Sunday, June 22, 2008
"Superior Fitness"
Russia mempamerkan apa yang digelar sebagai "superior fitness" menyaksikan Belanda tampak kelesuan menahan asakan mantap anak buah Guus Hiddink. Awalnya,permainan agak seimbang apabila keduanya saling menyerang namun Belanda terperangkap apabila membenarkan Russia melancarkan serangan balas dengan mudah. Serangan balas inilah yang menghukum Belanda. Di kala itulah kita melihat penjaga gol kebanggaan Manchester, Van Der Sar mudah melepaskan gol kedua dan ketiga. Arshavin adalah pemain yang perlu diberi perhatian dan berpotensi dilamar kelab-kelab besar sebaik tamat Euro nanti.
Jika berkata mengenai kejayaan Russia,ia tidak akan lengkap apabila tidak menyebut nama Guus Hiddink. Sentuhan magisnya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana jurulatih dalam dunia. 6 tahun lalu,Korea layak ke separuh akhir iaitu satu pencapaian menakjubkan bagi Asia. 4 tahun kemudiannya,Australia pula layak ke Piala Dunia namun terkandas di tangan Italy. Begitu magisnya sentuhan mamat Hiddink ini.Mungkinkah harapan rakyat Malaysia melihat pasukan kebangsaan di pentas dunia terkabul dengan adanya 'tongkat sakti' Hiddink? Mungkin FAM perlu berbelanja besar bagi membawanya ke sini.Ataupun Tan Sri Ananda Krishnan boleh membantu dengan asetnya yang berbillion ringgit itu.
Tidak dinafikan pada awal saingan Belanda dan Croatia adalah calon pilihan untuk bergelar juara namun malam tersebut bukan milik mereka ketika barisan serangan mereka nampak tumpul. Turki yang sekali lagi menunjukkan 'kegilaan' mereka akan kehilangan khidmat Arda Turan yang terpaksa menjalani penggantungan akibat kad kuning kedua. Apa agaknya strategi yang akan digunakan Fatih Terim bagi menghadapi Jerman?Apakah akan hadir satu lagi kebangkitan Turki? Sama-sama kita nantikan. Diharapkan pagi nanti Spain mampu menghancurkan keegoan Italy yang menyingkirkan Perancis aku.Huh
Labels:
Sembang Bola
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment