Monday, June 16, 2008

Turki yang GILA


Kepercayaan dan keyakinan aku bahawa Turki mampu pergi jauh memang tepat sekali apabila membenam Czech 3-2 pagi tadi.Setelah aku melihat Czech menjaringkan gol kedua pada minit ke-62, aku dapat merasakan yang Turki boleh mengucap selamat tinggal Euro namun apa yang berlaku pada 20 minit terakhir adalah sesuatu yang GILA!. Ketinggalan 2-0 dengan permainan berbaki 20 minit sahaja lagi adalah sesuatu yang mustahil untuk menang apatah lagi berdepan dengan pasukan seperti Czech namun itulah takdir Turki. Adalah suatu kerugian buat peminat bolasepak jika tidak menonton perlawanan ini kerana inilah perlawanan paling dramatik setakat ini sepanjang kejohanan berlangsung.

Kebangkitan Turki bermula pada minit ke-75 apabila Arda yang mirip Fabregas wajahnya menjaringkan gol bagi gol pertama Turki.Selepas itu,Turki bagaikan mendapat suntikan untuk terus mengasak pintu gol Czech yang banyak bertahan selepas itu.Namun,penjaga gol Chelsea yang dikatakan antara terbaik dunia,Petr Cech gagal menangkap bola lintang Altintop untuk Nihat menjaringkan gol kedua pada minit ke-85. Selang dua minit selepas itu,Nihat melepasi perangkap ofsaid Czech dengan tenang menyempurnakan malam bergaya Turki.Penyokong Czech yang bergembira melihat pasukan mereka hampir ke pusingan seterusnya terus tergamam kemudian.


Apapun,Turki membayar harga yang mahal apabila penjaga gol mereka,Volkan dikenakan kad merah dalam masa tambahan kerana membuat tindakan bodoh menolak pemain Czech sebagaimana dilakukan Schweinsteiger sebelum ini. Namun,penjaga gol kedua mereka pun tidak kurang hebatnya kerana dia memang berpengalaman iaitu Rustu Recber.


Lastly, aku mengharapkan tuah dan keajaiban juga akan berlaku kepada Perancis yang menentang Itali sambil mengharapkan Belanda menewaskan Romania.Siap kau Van Basten!Kalau kalah aku kutuk!Adios..

No comments:

 
Google Analytics Alternative