Tuesday, June 10, 2008

EURO 2008 dan Kontroversi...


Euro 2008 sudah bermula.Apakah pasukan kegemaran anda?Aaa..Lu pikirla sendiri.Haha.
Setelah membuat penilaian awal dalam kempen Euro setakat ini(sebelum Spain vs Russia), aku terkejut melihat persembahan yang dipamerkan oleh pasukan Belanda.Pasukan ini telah mengubah hampir keseluruhan rentak dan tempo permainannya.Corak mereka ini pasti mengingatkan kita kepada Total Football yang dipelopori oleh mereka sekitar 70-an.Yang pastinya kekuatan mereka malam tadi menentang Italy dibantu persembahan hebat Sneijder.Dia yang bertindak selaku playmaker bermain sungguh cemerlang dengan kawalan bola yang mantap di bahagian tengah.Dibantu dengan jaringannya yang sungguh menakjubkan.Tapi betul ke gol Nistelrooy itu ofsaid?
Apabila melihat kepada posisi beliau ketika itu memanglah nampak ofsaid tetapi jika diamati betul-betul terdapat seorang player Italy terbaring kesakitan setelah berlaga dengan Buffon.Mengikut UEFA, gol tersebut dikira bersandarkan kepada hakikat bahawa pemain Italy itu masih berada dalam permainan meskipun dia sudah terkeluar daripada garisan padang.Apapun,ia sudah berlalu dan aku percaya Italy pasti akan tewas juga jika gol pertama itu tidak dikira berdasarkan persembahan memberangsangkan pasukan Belanda malam tersebut.

Sebelum itu berlangsungnya perlawanan Perancis-Romania yang boleh disifatkan sebagai perlawanan pasukan ranking tinggi yang 'busuk'.Ya,busuk!Kerana apa?Kerana Perancis menampilkan persembahan longlai dan layu serta penyudah yang tumpul lebih-lebih lagi pada babak pertama. Anelka langsung tidak membuat try yang mengancam ke atas Romania manakala Benzema kerap hilang kawalan bola dek gerakan yang mudah dibaca lawan. Hanya Ribery yang dilihat hardworking dan kerap berlari meskipun jarang membuat percubaan dan larian berbahaya ke kubu Romania. Harapan penyokong adalah mahu melihat Perancis memperbaiki permainannya terutama serangan agar tidak 'berkemas' awal apatah lagi Belanda dilihat cukup menyengat kali ini.

Satu perkara yang menarik perhatian ialah dalam kem Sepanyol apabila Aragones dikatakan bertindak meletakkan Fabregas dibangku simpanan.Alasan beliau ialah Fabregas kurang bermain hampir 30 hari.Apakah yang digunakan Aragones apabila meletakkan tanda aras sebegitu rupa?Tidakkah dia melihat persembahannya di Arsenal? Beliau prefer Alonso sebagai pengganti di bahagian tengah.Alonso yang kerap tercedera di Liverpool musim sebelum ini menggantinya?Layakkah dia?Apapun kita lihat persembahan pasukan Sepanyol tanpa Fabregas yang mungkin boleh menjadi supersub yang mampu mengubah rentak mereka.Kita tunggu dan lihat sahajalah..
Kesimpulannya,Euro kali ini mungkin ada kejutan kerana tak mustahil pasukan kerdil boleh menjuarainya.Jumpe lagi..

No comments:

 
Google Analytics Alternative