Sunday, January 31, 2010

Lalang


"Saya suka main bola. Hari-hari saya main bola."

Itu antara dialog dalam filem Masam Masam Manis arahan P.Ramlee. Entah betul ke arahan beliau, aku main sebat saja. Bolasepak kini sudah jadi suatu alat atau penarik bagi sekalian umat manusia bernama lelaki. Tidak lupa juga kaum wanita yang semakin lama semakin menunjukkan minat dalam sukan nombor 1 dunia ini. Adalah suatu kejanggalan bagi seorang lelaki jika tidak menunjukkan minat dalam bolasepak. Jika persepsi mereka tentang bolasepak adalah permainan ini hanya melalaikan mereka, itu cerita lain. Tetapi bagaimana dengan mereka yang sejak dari azali takde dalam nawaitu dorang nak minat bola ataupun pergi mapley tengok bola?

Dari pemerhatian aku, lelaki jenis yang tidak minat bola ini adalah anti sosial. Bukan aku cakap yang minat bola adalah jenis sosial. Tapi jika difikirkan, dari kecil lagi kita sudah terbiasa bermain di waktu petang. Jadi, sukan apa lagi yang boleh dimainkan di waktu petang di padang permainan awam selain bolasepak. Mungkin kanak-kanak yang tidak keluar bermain di waktu petang tak berupaya untuk meminati bolasepak setelah umurnya meningkat dewasa. Lantas menjadi satu punca bagi mereka apabila tidak meminati bola berbeza dengan rakan sebaya mereka. Lebih malang lagi apabila ada yang menjadi lalang dengan mengikut rakan sebaya menonton bolasepak walhal segala apa mengenai bolasepak langsung tidak diketahuinya. Biasanya, mereka akan meminati Manchester Utd kerana kelab ini lebih dominan di dalam liga dan memang diketahui ramai akan sejarahnya yang hebat. Jadi, para lalang yang menjadi penyokong MU inilah yang berbahaya pada bolasepak kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan pengalaman lebih dari orang-orang yang telah lama meminati bola tetapi menghentam pasukan lain ibarat mereka adalah bapak segala juara. 

Rasanya aku pernah menulis isu ini berkali-kali tapi anggaplah ini sebahagian dari provokasi terbaru untuk game Arsenal-MU malam ini. Sebenenarnya aku mahu menulis lebih entri berjiwa bolasepak tapi ideanya tersangkut. Tunggulah lain kali.

Sunday, January 24, 2010

Jurnal Kembara 3: Tanjung Harapan

Sudah lama aku tidak mengepost entri bercorak jurnal. Jadi, disebabkan aku baru pergi ke satu tempat yang aku kira baru bagi aku(agaknya sudah lama kot), aku nak berkongsi di sini.

Setelah penat bekerja seharian, maka rakanku mengajak pekena ikan bakar di Klang iaitu di Tanjung Harapan. Bukan Tanjung Harapan Cape Town. Lebih tepat lagi, di Medan Muara Ikan Bakar. Aku syak lepas aku siapkan entri ni, berduyun masuk sini kalau taip 'medan muara ikan bakar' ni di Google.



Baiklah, kami sampai ke sana lebih kurang pukul 9.30 malam dan bernasib baik tidak ramai orang di sini. Apalagi, tanpa membuang masa, rakan-rakan aku memilih ikan-ikan yang akan diberikan pada tukang masak mengikut citarasa kita. Terpulang pada pengunjung untuk memilih sendiri makanan laut di dalam bekas-bekas yang ada seterusnya memilih cara masakan. Ada 3 rasa, bakar, masak kicap, masak pedas dan macam-macam lagilah yang tak sempat aku ingat. Kami pula memilih ikan siakap dan pari untuk dibakar manakala ikan kerapu dimasak 3 rasa. Sebagai menu tambahan, sebanyak 900gram udang dan sotong digoreng tepung. Untuk sampingan, kami memilih sayur kailan ikan masin. Apa macam?Sudah kecur air liur? Harap aku boleh claim royalti kat kedai ni nanti...:)


Pilih-pilih ikan yang anda mahu




Dah pilih, bagila tukang masak dan ikut citarasa sendiri nak masak bagaimana



Sebagai pelengkap kunjungan ke sini, kami sepakat memilih meja menghadap laut sebagai penyedap mata. Malangnya semua meja menghadap laut penuh dan kami memilih menghadap ke pantai yang rupanya tak semenggah itu. Sebelum terlupa, pengunjung dihiburkan dengan gadis karaoke yang mana merupakan pekerja kedai itu juga. Dan kebanyakan pelayan di sini terdiri daripada wanita yang memilih baju ketat sebagai penarik. Apa punya strategi la.




Part makan aku skip lah ye. Agak boleh tahan jugalah rasanya terutama kerapu 3 rasa tu. Yang bakar, rasa macam biasa saja. Dan sotong dan udang goreng tepung itu memang sedap. Maka, tibalah masa pembayaran. Berbekalkan dompet yang pastinya berisi duit sebanyak 8 kepala, amatlah mustahil untuk melihat bil yang tidak melebihi dari RM100. Jadi, kesemuanya mula mengagak berapa bil yang akan kami dapat nanti. Ada yang mencongak lebih dari 3 ratus. Ada yang sudah mula tidak senang duduk kerana dompet hanya ada RM50. Semua mula berkira-kira.

Namun, setelah sampai di kaunter bayaran, kami hanya dikenakan bil sebanyak RM220. Agak berbaloi dengan menu yang banyak untuk seramai 8 orang. Kesimpulannya, kenyang perut suka hati. Kalau sekali sekala nak datang takde hal tapi kalau hari-hari, mau dompet tinggal kad-kad je. Sebagai penutup perjalanan ke sini, kami berjalan mengambil angin di sepanjang pantai yang tercemar dengan remaja-remaja berkapel dating di dalam gelap.



Notakaki - Dah macam blog jalan-jalan cari makan plak aku rasa...

Saturday, January 23, 2010

Live Dari Bangladesh

Agak lama juga aku tidak menulis entri baru di sini. Bukan bermakna aku tinggalkan terus sebaliknya aku hanya mampu mengintai-ngintai saja. Dan kesibukan menjadi penghalang utama walaupun ini kedengaran agak klise. Apa lagi alasan blogger yang tidak mengupdate blognya selain dari memberi alasan sibuk.

Apapun, tiada entri menarik yang akan aku hidangkan cuma hanya bercerita mengenai kehidupan aku dan perkara di sekeliling aku saja kali ini. Jadi, mungkin akan bosan baca entri kali ni. Seperti yang korang sedia maklum bahawa aku sedang menjalani latihan praktikal di sebuah tempat di Subang. Syarikat dipunyai orang cina dan ramai para pekerjanya terdiri daripada pendatang-pendatang Bangladesh dan Myanmar. Kebanyakannya dari Bangladesh termasuk supervisor aku. Oh,tiba-tiba terbayangkan filem Bangladesh lakonan Nabil oleh Kru Studios. Macamanalah agaknya filem tu nanti. Mungkinkah ramai warga sana menontonnya?

Kerja-kerja yang aku buat untuk 2 minggu pertama memanglah amat mudah tetapi sangat bosan. Bermula dari 8 pagi hingga 6 petang, kerja aku mencanai komponen yang dipanggil ekzos dengan memastikan permukaan luaran itu licin dan rata. Jika ada kerja-kerja lain pun, kena angkat barang, mengemas dan membungkus. Kilang pun tak sebesar mana. Jadi, kerja-kerjanya pun tak mengambil masa lama untuk siap. Cuma bahagian mencanai itu yang paling lama sebab kena pastikan ia mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan. Ok,sudah bosan?

Seterusnya, 2 minggu kebelakangan ini barulah kerja mencanai aku siap dan aku memulakan tugas di bahagian lain pula. Kali ni,mengira dan membungkus. Komponen kecil untuk kereta ni perlu dikira dan dibungkuskan dengan setiap guni mengandungi 200-250 keping komponen. Jadi dalam tempoh lebih kurang 3 hari, aku berjaya membungkus sebanyak 10 guni semuanya. Penyakit yang aku dapat lepas 3 hari ni ialah sakit pinggang. Mengira sudahlah dengan mencangkung dan kadangkala lenguh cuba berlutut pulak. Lenguh lagi berdiri kejap. Kemudian mencangkung semula. Itulah posisi yang diulang-ulang dalam proses ini. Setelah itu, aku menstapler(apa cakap melayu dia?) kotak-kotak untuk digunakan di bahagian stamping.



Sambil aku buat kerja-kerja ni, ada juga aku bersembang dengan supervisor kedua aku dari Bangladesh. Beliau sudah 11 bulan berada di sini. Aku tanya kenapa datang sini. Jawabnya, Bangladesh negaranya susah. Di sini keadaannya bagus dan senang cari makan. Jenuh juga aku nak bersembang dalam bahasa Melayunya yang kadang-kadang tak betul dan susah didengar. Kemudian, aku tanya bila mahu balik kampung. Lagi 10 tahun lebih kurang, jawabnya. Aku berfikir sejenak. Beliau sanggup menunggu lagi 10 tahun untuk berada di sini dan mengumpul harta sebanyak mungkin dengan meninggalkan keluarga. Dengan gaji mereka yang rendah dan apabila dibawa ke sana, nilainya jadi besar itu yang membuatkan mereka mampu dan sanggup menunggu lama di sini. Jika setiap dari warga mereka boleh datang ke sini saban hari dan hanya meninggalkan Malaysia selepas 10 tahun, bayangkan berapa banyak nilai matawang mengalir keluar?Ah, aku tak mahu fikirkan pasal itu. Cuma, sayangnya rakyat negara ini tak mahu mengambil peluang kerja yang ada di mana-mana. Mungkin juga salah mereka yang berkuasa kerana undang-undang yang ada tidak ketat. Apapun, kita semua adalah sama. Rezeki juga ada di mana-mana dan kepada mereka yang berusaha lebih, makin lebatlah yang diterimanya.


Berbalik kepada tempat praktikal aku, baru-baru ini aku ditugaskan di mesin pressworking atau kerja tekan. Tugas aku adalah mengoperasikan mesin untuk menghasilkan washer untuk absorber Perodua Kancil. Antara pelanggan lain kilang ini juga adalah Toyota. Maka, terlibat sama dalam penghasilan kereta nasional adalah satu kebanggaan bagi aku walaupun saham Toyota dalam Perodua lebih tinggi. Cuma, mesin ni asyik buat masalah di mana setiap hari pasti ada masalah. Worktable larilah, besi sangkut kat 'die' lah, pedal lambat bacalah, dan macam-macam lagilah yang bakal menyebabkan produktiviti terjejas.



Notakaki - 16 haribulan hari tu, aku berjaya mempunyai komputer sendiri setelah sekian lama asyik menumpang. Moga memudahkan kerja-kerja aku nanti, insyaallah.

Thursday, January 14, 2010

Nissan Sunny, Toni Braxton dan Spring

Sekitar tahun 1990, keluarga aku hidup macam nomad. Berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa yang lain. Hanya pada tahun 1994, baru kami sekeluarga dapat membeli rumah sendiri. Dan dalam masa pindah randah tu, memang tak terkira banyaknya berapa kali keluarga aku keluar masuk rumah sewa. Itu sudah jadi kenangan lama yang aku simpulkan erat-erat dalam peti kenangan aku.

Dan masih segar dalam ingatan aku, sekitar 1990-an, ayahku mempunyai sebuah kereta Nissan Sunny. Nak cerita tentang kereta ini memang panjang. Dengan kereta buruk inilah yang membawa kami sekeluarga ke sana sini. Meredah bandar itu bandar ini. Meranduk kampung itu kampung ini. Pendek kata, Sunny inilah yang telah banyak berjasa kepada ayahku dan keluarga. Sehingga kadangkala aku yang masih kecil ketika itu memanggilnya "Sunshine" hasil daripada perkataan Sunny itu sendiri.


Bentuk rupa "Sunshine"


Tahun 1990. Ketika itu, kami menetap di flat di Setiawangsa. Setiwangsa ketika itu tiada apa sangat. Paling kuat masa tu pun yang ada ialah Jaya Jusco Alpha Angle di Wangsa Maju. Nak cerita pasal Alpha Angle ni yang menarik adalah jamnya. Lumrah kanak-kanak tertarik kepada muzik dan bunyi-bunyian. Setiap kali ke sini aku tak lupa untuk mendengar dan menonton 'persembahan' dari jam utamanya yang akan berbunyi setiap satu jam. 'Persembahan' patung-patung yang bermain alat muzik dan mengayuh basikal adalah suatu pesona bagi aku pada masa itu. Sehingga sanggup kadangkala aku menunggu lagi sejam hanya semata-mata untuk melihat persembahan ini. Sekarang, aku tak pasti samada masih wujudkah persembahan dari jam ini. Ada lebih kurang berbelas tahun lamanya aku tak singgah di Alpha Angle ini.


Banyak memori indah di sini suatu ketika dulu


Berbalik kepada cerita Nissan Sunny tadi. Aku seringkali dikejutkan waktu subuh untuk mengikut ibubapaku menghantar abangku ke sekolah. Suasana masih gelap ketika kami keluar dari rumah. Aku yang kadangkala mandi, kadangkala tidak, hanya mengikut arahan ayahku dengan mata separuh terbuka dek mengantuk yang amat sangat. Tapi, rasanya jadi lain apabila aku melangkah masuk ke dalam Sunny ini.

Dengan berbaring di kerusi belakang, aku memandang ke langit yang gelap. Aku masih ingat lagi yang radio dalam kereta buruk itu sering memainkan lagu Toni Braxton-Unbreak My Heart dan jika lagu Melayu pula yang hit pada masa itu adalah Spring-Sampai Hati. Dua lagu inilah yang jadi peneman aku dalam Nissan Sunny sambil aku melayan iramanya sambil memandang kegelapan langit pagi. Memang menenangkan bagi seorang budak yang hatta masih belum masuk tadika lagi!





Try layan pagi-pagi.

Saturday, January 02, 2010

Cerita Tahun Ini

Masuk hari ni dah 2 hari kita melangkah ke tahun baru 2010. Apa yang specialnya tahun baru? Bukankah ia sekadar pertukaran angka? Okla. Biaq pi depa la. Yang penting kehadiran tahun baru bermakna kita makin bertambah usia. Makin dekat dengan kematian agaknya.

Jadi, kenapa bila tahun baru tiba je orang semua sibuk-sibuk nak pasang azam? Penting ke berazam pada tahun baru?Dan kenapa banyak orang berazam hanya bila tiba tahun baru? Yang paling penting, kenapa banyak sangat aku bertanya dalam entri ini? Mungkin banyak benda yang masih aku dan kamu tidak tahu mengenai hal ehwal dunia ni.

Hari ni aku baca dalam suratkhabar yang mana dibuat satu tinjauan samada lelaki atau perempuan yang mampu menunaikan azam mereka setiap kali tibanya tahun baru. Kebanyakan para perempuan yang ditemuramah menjawab kaum lelaki lebih susah untuk menunaikan azam mereka menjadikan azam mereka hanya tinggal azam. Ada juga yang berkata lelaki jarang memasang azam.

Memang tak dinafikan yang para lelaki jarang memasang azam atau tak berminat memasang azam. Aku juga tak pernah memasang azam sejak kali terakhir sewaktu darjah 6 dulu. Sebenarnya, azam bukanlah perlu dibuat tiap tahun baru je. Hari-hari pun boleh buat. Semuanya bergantung pada situasi semasa. Jika aku menetap sebarang sasaran untuk tahun itu, konfem aku tak terdaya memenuhinya kerana segalanya bergantung pada situasi waktu itu. Jadi adalah lebih baik tidak payah buang masa dari memasang azam itu ini.


Tapi satu yang tak pernah berubah bila tiba tahun baru ialah kalendar kuda. Orang panggil kalendar kuda sebab ada judi lumba kuda setiap hujung minggu. Bagi aku, kalendar kuda ni lah kalendar paling terbaik pernah dibuat sebab semua detail ada kat sini. Juga, Hari Raya Puasa jarang tersasar walaupun kita tahu memang pengiraan falak digunakan. Kadangkala juga kalendar kuda ada tahun untuk setiap binatang bagi kalendar cina. Dan, masih sehingga ke hari ini tidak ada kalendar yang dapat menandingi keaslian dan kehebatan kalendar kuda ini.

Kredit gambar: sini

Cerita Tahun Lepas



31 Disember 2009

Aku bercuti dari praktikal untuk menyelesaikan segala masalah pendaftaran kat universiti. Ada teknologi pun menyusahkan jugak ye. Nak buat macam mana. Teknologi tu manusia sendiri yang buat. Ada la salah silap sana sini. Selesai je masalah pendaftaran yang sebenarnya tak selesai sebab kena tunggu sistem online ok semula makan masa seminggu, rakan serumah mengajak ke Damansara. Aku punya penat kerja semalam pun tak hilang, dia mau ajak aku pegi Damansara pulak. Bukan main jauh dari Shah Alam nak ke sana bhai. Katanya nak tukar adapter laptop beliau yang rosak namun masih ada waranti itu di HP Tower. Yang adapter beliau ni pun satu. Tak boleh tunggu hari lain ke mau rosak. Aku bajet nak tidur satu hari suntuk sebab penat punya pasal.

Tapi takpe, demi memegang title sahabat sejati, aku menyudikan diri menemani beliau sambil diiringi oleh seorang lagi teman baikku. Pukul 3 bertolak dari Shah Alam. Menyusuri Lebuhraya Persekutuan di laluan motosikal memang menyakitkan. Bukan sakit apa, tapi banyak bonggol yang tiba-tiba ada hampir sepanjang laluan tersebut. Bayangkan tengah syok layan pemandangan di kiri kanan, tiba-tiba aku terasa di awang-awangan sebab terlanggar bonggol yang pekerja JKR mana entah lupa nak turap betul-betul. Risau betul aku dengan tahap produktiviti pekerja pembuat jalan ni.

Sampai area Damansara dalam pukul 4 lebih. Sambil-sambil tercari-cari mana alamat HP Tower tu, aku sempat jugak tengok-tengok rumah besar yang ada kat sana. Kapitalis betul. Lepas tu, ada dalam 2 kali jugaklah kitorang pusing-pusing Bukit Damansara dalam area yang sama. Tiba-tiba aku ternampak pondok polis kat situ. Aku suruh member park motor tepi kejap. Aku dengan member aku berhajat bertanya terus kepada pegawai polis yang mungkin dapat menolong kami. Aku tengok 2 polis wanita sedang dalam proses mahu pulang sebab dia nampak macam dah nak kunci pintu. Lepas bertanya, rupanya bangunan HP ni dah dekat sangat dengan area sini. Setelah mengucapkan terima kasih kepada 2 pegawai polis wanita nampak-macam-muda-mungkin-polis-pelatih tu, kami meneruskan perjalanan dan alhamdulillah sampai destinasi yang dicari. Selesai Yamaha SS dan Yamaha LC 135 parkir selamba depan pondok pak guard HP Tower, kami terus menuju HP Service Center. Sementara menunggu member aku berurusan di kaunter, aku dengan member lagi sorang cuba mengambil air dari sebuah mesin pembancuh kopi. Aku tengok member aku ambik Espresso tanpa gula. Sebab dia dah ambik Espresso tanpa gula, aku sambar Milo panas jela. Memang kaw tapi Espresso tanpa gula adalah satu pengalaman pahit bagi member aku tu. Tobat dia nak minum dah. Tak sampai separuh cawan kecik tu air tak habis.

Setel masalah member aku dengan adapternya tu, dia ajak ke KL pulak. Tanpa sebarang bantahan, aku pun jadi co-pilot bagi arahan menunjuk jalan ke KL pada member-member aku kelahiran Perak yang tak arif jalan KL. Aku pun bukan arif sangat. Takat tengok signboard, bolehlah aku bedal. Jadi, dari pukul 5 sampai 9.30 malam, sempatlah singgah Sogo dengan Times Square. Bukan beli apa pun. Duit pun takde. Nak dijadikan cerita, kami plan nak tengok sambutan tahun baru 2010 di Dataran Merdeka alang-alang dah sampai sini. Sebaik saja motor member aku melepasi simpang empat di Times Square tu, motor dia mati tiba-tiba. Aku yang naik motor satu lagi dah jauh sebatu di depan terpaksa patah balik selepas menerima berita sedih itu melalui panggilan telefon. Check punya check, try hidup banyak kali, rupanya problem spark plug. Apalagi, mencanak la kami yang lain mencari spark plug di kala jam sudah pukul 10 malam di tengah bandar besar KL ni.



Round area Pudu, takde. Round area Masjid India, takde. Singgah Esso depan Kompleks Wilayah, ada pakcik bagi idea tak masuk akal suruh kami ke Sentul sebab dia ada member kedai motor area sana. Berterima kasih atas pertolongan pakcik itu, kami terus mencari stesen minyak atau kedai motor yang ada jual spark plug. Lalu area Jalan Ampang, tengok umat manusia membanjiri KLCC dan tak lupa kelab malam Zouk sampai kereta penuh parkir tepi-tepi jalan. Semua dah ready nak celebrate New Year dengan muzik bising dan air kencing syaitan agaknya. Dan nasib kami baik, ada jugak Petronas jual spark plug bhp7. Repair punya repair balik, jam dah pukul 11.40. Tanpa buang masa, kami terus menuju ke Dataran Merdeka yang sesak nak mampus.



Tepat jam 12, berpuluh-puluh tembakan mercun dan bunga api dilepaskan ke ruang udara menjadikan ruang angkasa seperti medan perang yang penuh dengan asap. Dalam 15 minit jugakla tengok bunga api ni. Member aku dah ajak nak balik tapi aku suruh member aku lepak dulu kasi jalan clear dulu sebab orang semua berpusu-pusu nak balik. Mungkin mereka ada projek lain pula tambahan pula ini malam, malam jumaat. Dalam 12.30 malam, pentas diambil alih Bunkface. Member aku yang minat band ni terus ke padang dataran. Terus nak ke barisan depan pulak tu. Sampai Hujan buat show, baru kitorang blah. Memang penat gila. Semalam punya penat kerja campur penat jalan hari ni, gua nasib baik je tak terbabas semayang Jumaat.
 
Google Analytics Alternative