Saturday, January 02, 2010

Cerita Tahun Lepas



31 Disember 2009

Aku bercuti dari praktikal untuk menyelesaikan segala masalah pendaftaran kat universiti. Ada teknologi pun menyusahkan jugak ye. Nak buat macam mana. Teknologi tu manusia sendiri yang buat. Ada la salah silap sana sini. Selesai je masalah pendaftaran yang sebenarnya tak selesai sebab kena tunggu sistem online ok semula makan masa seminggu, rakan serumah mengajak ke Damansara. Aku punya penat kerja semalam pun tak hilang, dia mau ajak aku pegi Damansara pulak. Bukan main jauh dari Shah Alam nak ke sana bhai. Katanya nak tukar adapter laptop beliau yang rosak namun masih ada waranti itu di HP Tower. Yang adapter beliau ni pun satu. Tak boleh tunggu hari lain ke mau rosak. Aku bajet nak tidur satu hari suntuk sebab penat punya pasal.

Tapi takpe, demi memegang title sahabat sejati, aku menyudikan diri menemani beliau sambil diiringi oleh seorang lagi teman baikku. Pukul 3 bertolak dari Shah Alam. Menyusuri Lebuhraya Persekutuan di laluan motosikal memang menyakitkan. Bukan sakit apa, tapi banyak bonggol yang tiba-tiba ada hampir sepanjang laluan tersebut. Bayangkan tengah syok layan pemandangan di kiri kanan, tiba-tiba aku terasa di awang-awangan sebab terlanggar bonggol yang pekerja JKR mana entah lupa nak turap betul-betul. Risau betul aku dengan tahap produktiviti pekerja pembuat jalan ni.

Sampai area Damansara dalam pukul 4 lebih. Sambil-sambil tercari-cari mana alamat HP Tower tu, aku sempat jugak tengok-tengok rumah besar yang ada kat sana. Kapitalis betul. Lepas tu, ada dalam 2 kali jugaklah kitorang pusing-pusing Bukit Damansara dalam area yang sama. Tiba-tiba aku ternampak pondok polis kat situ. Aku suruh member park motor tepi kejap. Aku dengan member aku berhajat bertanya terus kepada pegawai polis yang mungkin dapat menolong kami. Aku tengok 2 polis wanita sedang dalam proses mahu pulang sebab dia nampak macam dah nak kunci pintu. Lepas bertanya, rupanya bangunan HP ni dah dekat sangat dengan area sini. Setelah mengucapkan terima kasih kepada 2 pegawai polis wanita nampak-macam-muda-mungkin-polis-pelatih tu, kami meneruskan perjalanan dan alhamdulillah sampai destinasi yang dicari. Selesai Yamaha SS dan Yamaha LC 135 parkir selamba depan pondok pak guard HP Tower, kami terus menuju HP Service Center. Sementara menunggu member aku berurusan di kaunter, aku dengan member lagi sorang cuba mengambil air dari sebuah mesin pembancuh kopi. Aku tengok member aku ambik Espresso tanpa gula. Sebab dia dah ambik Espresso tanpa gula, aku sambar Milo panas jela. Memang kaw tapi Espresso tanpa gula adalah satu pengalaman pahit bagi member aku tu. Tobat dia nak minum dah. Tak sampai separuh cawan kecik tu air tak habis.

Setel masalah member aku dengan adapternya tu, dia ajak ke KL pulak. Tanpa sebarang bantahan, aku pun jadi co-pilot bagi arahan menunjuk jalan ke KL pada member-member aku kelahiran Perak yang tak arif jalan KL. Aku pun bukan arif sangat. Takat tengok signboard, bolehlah aku bedal. Jadi, dari pukul 5 sampai 9.30 malam, sempatlah singgah Sogo dengan Times Square. Bukan beli apa pun. Duit pun takde. Nak dijadikan cerita, kami plan nak tengok sambutan tahun baru 2010 di Dataran Merdeka alang-alang dah sampai sini. Sebaik saja motor member aku melepasi simpang empat di Times Square tu, motor dia mati tiba-tiba. Aku yang naik motor satu lagi dah jauh sebatu di depan terpaksa patah balik selepas menerima berita sedih itu melalui panggilan telefon. Check punya check, try hidup banyak kali, rupanya problem spark plug. Apalagi, mencanak la kami yang lain mencari spark plug di kala jam sudah pukul 10 malam di tengah bandar besar KL ni.



Round area Pudu, takde. Round area Masjid India, takde. Singgah Esso depan Kompleks Wilayah, ada pakcik bagi idea tak masuk akal suruh kami ke Sentul sebab dia ada member kedai motor area sana. Berterima kasih atas pertolongan pakcik itu, kami terus mencari stesen minyak atau kedai motor yang ada jual spark plug. Lalu area Jalan Ampang, tengok umat manusia membanjiri KLCC dan tak lupa kelab malam Zouk sampai kereta penuh parkir tepi-tepi jalan. Semua dah ready nak celebrate New Year dengan muzik bising dan air kencing syaitan agaknya. Dan nasib kami baik, ada jugak Petronas jual spark plug bhp7. Repair punya repair balik, jam dah pukul 11.40. Tanpa buang masa, kami terus menuju ke Dataran Merdeka yang sesak nak mampus.



Tepat jam 12, berpuluh-puluh tembakan mercun dan bunga api dilepaskan ke ruang udara menjadikan ruang angkasa seperti medan perang yang penuh dengan asap. Dalam 15 minit jugakla tengok bunga api ni. Member aku dah ajak nak balik tapi aku suruh member aku lepak dulu kasi jalan clear dulu sebab orang semua berpusu-pusu nak balik. Mungkin mereka ada projek lain pula tambahan pula ini malam, malam jumaat. Dalam 12.30 malam, pentas diambil alih Bunkface. Member aku yang minat band ni terus ke padang dataran. Terus nak ke barisan depan pulak tu. Sampai Hujan buat show, baru kitorang blah. Memang penat gila. Semalam punya penat kerja campur penat jalan hari ni, gua nasib baik je tak terbabas semayang Jumaat.

1 comment:

eJAI said...

selamat tahun baru juga..Terima kasih sudi singgah di blog hodoh ni..:)

 
Google Analytics Alternative