Sunday, January 24, 2010

Jurnal Kembara 3: Tanjung Harapan

Sudah lama aku tidak mengepost entri bercorak jurnal. Jadi, disebabkan aku baru pergi ke satu tempat yang aku kira baru bagi aku(agaknya sudah lama kot), aku nak berkongsi di sini.

Setelah penat bekerja seharian, maka rakanku mengajak pekena ikan bakar di Klang iaitu di Tanjung Harapan. Bukan Tanjung Harapan Cape Town. Lebih tepat lagi, di Medan Muara Ikan Bakar. Aku syak lepas aku siapkan entri ni, berduyun masuk sini kalau taip 'medan muara ikan bakar' ni di Google.



Baiklah, kami sampai ke sana lebih kurang pukul 9.30 malam dan bernasib baik tidak ramai orang di sini. Apalagi, tanpa membuang masa, rakan-rakan aku memilih ikan-ikan yang akan diberikan pada tukang masak mengikut citarasa kita. Terpulang pada pengunjung untuk memilih sendiri makanan laut di dalam bekas-bekas yang ada seterusnya memilih cara masakan. Ada 3 rasa, bakar, masak kicap, masak pedas dan macam-macam lagilah yang tak sempat aku ingat. Kami pula memilih ikan siakap dan pari untuk dibakar manakala ikan kerapu dimasak 3 rasa. Sebagai menu tambahan, sebanyak 900gram udang dan sotong digoreng tepung. Untuk sampingan, kami memilih sayur kailan ikan masin. Apa macam?Sudah kecur air liur? Harap aku boleh claim royalti kat kedai ni nanti...:)


Pilih-pilih ikan yang anda mahu




Dah pilih, bagila tukang masak dan ikut citarasa sendiri nak masak bagaimana



Sebagai pelengkap kunjungan ke sini, kami sepakat memilih meja menghadap laut sebagai penyedap mata. Malangnya semua meja menghadap laut penuh dan kami memilih menghadap ke pantai yang rupanya tak semenggah itu. Sebelum terlupa, pengunjung dihiburkan dengan gadis karaoke yang mana merupakan pekerja kedai itu juga. Dan kebanyakan pelayan di sini terdiri daripada wanita yang memilih baju ketat sebagai penarik. Apa punya strategi la.




Part makan aku skip lah ye. Agak boleh tahan jugalah rasanya terutama kerapu 3 rasa tu. Yang bakar, rasa macam biasa saja. Dan sotong dan udang goreng tepung itu memang sedap. Maka, tibalah masa pembayaran. Berbekalkan dompet yang pastinya berisi duit sebanyak 8 kepala, amatlah mustahil untuk melihat bil yang tidak melebihi dari RM100. Jadi, kesemuanya mula mengagak berapa bil yang akan kami dapat nanti. Ada yang mencongak lebih dari 3 ratus. Ada yang sudah mula tidak senang duduk kerana dompet hanya ada RM50. Semua mula berkira-kira.

Namun, setelah sampai di kaunter bayaran, kami hanya dikenakan bil sebanyak RM220. Agak berbaloi dengan menu yang banyak untuk seramai 8 orang. Kesimpulannya, kenyang perut suka hati. Kalau sekali sekala nak datang takde hal tapi kalau hari-hari, mau dompet tinggal kad-kad je. Sebagai penutup perjalanan ke sini, kami berjalan mengambil angin di sepanjang pantai yang tercemar dengan remaja-remaja berkapel dating di dalam gelap.



Notakaki - Dah macam blog jalan-jalan cari makan plak aku rasa...

2 comments:

Lia3003 said...

sodapnya....

eJAI said...

sodap kot...sekali sekala bulihla..hehehe

 
Google Analytics Alternative