Saturday, January 23, 2010

Live Dari Bangladesh

Agak lama juga aku tidak menulis entri baru di sini. Bukan bermakna aku tinggalkan terus sebaliknya aku hanya mampu mengintai-ngintai saja. Dan kesibukan menjadi penghalang utama walaupun ini kedengaran agak klise. Apa lagi alasan blogger yang tidak mengupdate blognya selain dari memberi alasan sibuk.

Apapun, tiada entri menarik yang akan aku hidangkan cuma hanya bercerita mengenai kehidupan aku dan perkara di sekeliling aku saja kali ini. Jadi, mungkin akan bosan baca entri kali ni. Seperti yang korang sedia maklum bahawa aku sedang menjalani latihan praktikal di sebuah tempat di Subang. Syarikat dipunyai orang cina dan ramai para pekerjanya terdiri daripada pendatang-pendatang Bangladesh dan Myanmar. Kebanyakannya dari Bangladesh termasuk supervisor aku. Oh,tiba-tiba terbayangkan filem Bangladesh lakonan Nabil oleh Kru Studios. Macamanalah agaknya filem tu nanti. Mungkinkah ramai warga sana menontonnya?

Kerja-kerja yang aku buat untuk 2 minggu pertama memanglah amat mudah tetapi sangat bosan. Bermula dari 8 pagi hingga 6 petang, kerja aku mencanai komponen yang dipanggil ekzos dengan memastikan permukaan luaran itu licin dan rata. Jika ada kerja-kerja lain pun, kena angkat barang, mengemas dan membungkus. Kilang pun tak sebesar mana. Jadi, kerja-kerjanya pun tak mengambil masa lama untuk siap. Cuma bahagian mencanai itu yang paling lama sebab kena pastikan ia mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan. Ok,sudah bosan?

Seterusnya, 2 minggu kebelakangan ini barulah kerja mencanai aku siap dan aku memulakan tugas di bahagian lain pula. Kali ni,mengira dan membungkus. Komponen kecil untuk kereta ni perlu dikira dan dibungkuskan dengan setiap guni mengandungi 200-250 keping komponen. Jadi dalam tempoh lebih kurang 3 hari, aku berjaya membungkus sebanyak 10 guni semuanya. Penyakit yang aku dapat lepas 3 hari ni ialah sakit pinggang. Mengira sudahlah dengan mencangkung dan kadangkala lenguh cuba berlutut pulak. Lenguh lagi berdiri kejap. Kemudian mencangkung semula. Itulah posisi yang diulang-ulang dalam proses ini. Setelah itu, aku menstapler(apa cakap melayu dia?) kotak-kotak untuk digunakan di bahagian stamping.



Sambil aku buat kerja-kerja ni, ada juga aku bersembang dengan supervisor kedua aku dari Bangladesh. Beliau sudah 11 bulan berada di sini. Aku tanya kenapa datang sini. Jawabnya, Bangladesh negaranya susah. Di sini keadaannya bagus dan senang cari makan. Jenuh juga aku nak bersembang dalam bahasa Melayunya yang kadang-kadang tak betul dan susah didengar. Kemudian, aku tanya bila mahu balik kampung. Lagi 10 tahun lebih kurang, jawabnya. Aku berfikir sejenak. Beliau sanggup menunggu lagi 10 tahun untuk berada di sini dan mengumpul harta sebanyak mungkin dengan meninggalkan keluarga. Dengan gaji mereka yang rendah dan apabila dibawa ke sana, nilainya jadi besar itu yang membuatkan mereka mampu dan sanggup menunggu lama di sini. Jika setiap dari warga mereka boleh datang ke sini saban hari dan hanya meninggalkan Malaysia selepas 10 tahun, bayangkan berapa banyak nilai matawang mengalir keluar?Ah, aku tak mahu fikirkan pasal itu. Cuma, sayangnya rakyat negara ini tak mahu mengambil peluang kerja yang ada di mana-mana. Mungkin juga salah mereka yang berkuasa kerana undang-undang yang ada tidak ketat. Apapun, kita semua adalah sama. Rezeki juga ada di mana-mana dan kepada mereka yang berusaha lebih, makin lebatlah yang diterimanya.


Berbalik kepada tempat praktikal aku, baru-baru ini aku ditugaskan di mesin pressworking atau kerja tekan. Tugas aku adalah mengoperasikan mesin untuk menghasilkan washer untuk absorber Perodua Kancil. Antara pelanggan lain kilang ini juga adalah Toyota. Maka, terlibat sama dalam penghasilan kereta nasional adalah satu kebanggaan bagi aku walaupun saham Toyota dalam Perodua lebih tinggi. Cuma, mesin ni asyik buat masalah di mana setiap hari pasti ada masalah. Worktable larilah, besi sangkut kat 'die' lah, pedal lambat bacalah, dan macam-macam lagilah yang bakal menyebabkan produktiviti terjejas.



Notakaki - 16 haribulan hari tu, aku berjaya mempunyai komputer sendiri setelah sekian lama asyik menumpang. Moga memudahkan kerja-kerja aku nanti, insyaallah.

No comments:

 
Google Analytics Alternative