Wednesday, March 28, 2012

Keperluan?

Kadang-kadang dalam hidup ni, kita bukan perlukan sangat sesetengah benda. Tapi kita tetap perlukannya.

Kita perlukan ia supaya kita nampak cool dan ohsem di mata masyarakat bukan? Walhal bukan kita perlukan sangat Ipad ni.



Budi Kepada Tanah

Orang sering berkata, "Berbudilah kepada tanah."

Terdapat pelbagai cara untuk kita berbudi kepada tanah. Walau pekerjaan anda memasang paip bawah tanah sekalipun, ia tetap dikira berbudi kepada tanah. Namun, aku berpendapat cara yang paling kool untuk kita berbudi kepada tanah adalah dengan menanam padi.

Sudah lama sangat aku kepingin untuk merasai sendiri pengalaman bergelumang dalam selut dan lumpur sambil kaki dipenuhi lintah dan pacat semata-mata mahu menanam padi yang kelak akan menjadi beras sebagai makanan kita seharian.

Aku harap impian ni dapat aku capai memandangkan peluang mengerjakan sawah hampir terbentang depan mata. Insyaallah.



Mudah-mudahan dapat merasai pengalaman menyediakan beras

Saturday, March 24, 2012

Menonton Injap



Baru-baru ini aku ditugaskan (chewah!) oleh bos mekanikal aku untuk menilai dan meninjau ujian injap bagi satu projek melibatkan air. Selaku konsultan, aku kena menjadi saksi keberkesanan injap tersebut seterusnya meluluskan injap ni untuk projek. Injap ni kalau dalam bahasa orang putihnya adalah 'valve'. Ada banyak jenis valve yang aku witness pada hari tersebut. Antaranya, butterfly, gate, check dan foot.


 Yang besor gedabak ni namanya check valve


Pembuat injap ni boleh dikatakan agak mahsyur juga di Malaysia dan serata Asia. Tapi melihat keadaan kilang mereka membuatkan aku berfikir sejenak. Adakah ini realiti atau fantasi? Jauh lebih cantik kilang Panasonic aku kerja dulu. Ah, lantaklah. Ujian atau testing ni memakan masa dua hari, namun atas kekalutan pihak kilang, ia terpaksa menjadi 3 hari di mana ketiga-tiga hari itulah aku terlibat. Termasuk ada satu hari di mana aku sorang saja mewakili pihak konsultan.

Banyak yang aku pelajari daripada testing ini. Selama ini, hanya tengok injap dalam katalog dan internet saja, namun pada hari tersebut aku berpeluang melihat sendiri depan mata kesemua injap-injap yang aku sebutkan tadi. Dari saiz diameter sebesar-besar 500mm hinggalah sekecil-kecil 80mm. Oleh itu, ujian ini hanyalah untuk melihat adakah injap ini mampu menampung bebanan air dengan memastikan tiada kebocoran air di sekeliling pintu injap.


Ini gate valve 500mm


Kaedah ujiannya mudah. Mereka akan mengisi air ke dalam injap tersebut sehingga penuh, kemudian dikenakan tekanan sebanyak 18 bar selama 3 hingga 5 minit. Jadi, setiap injap melalui proses yang sama di mana ada lebih kurang 23 unit kesemuanya. Setiap injap tu pulak bukannya ada satu test je. Ada seat test untuk side by side serta body test. Fuh, memang agak memakan masa la.

Walaupun kena berulang alik ke Kapar selama 3 hari, aku berasa agak puas kerana dapat melihat proses yang entah bila aku dapat lalui lagi ni. Kalau ada projek air di masa depan, ada canlah tengok lagi, insyaallah. Sekian pelajaran hari ni ye anak-anak.


P/S - Tekanan air 18 bar itu cukup kuat untuk menjatuhkan manusia.

Friday, March 23, 2012

Khidmat Masyarakat Jalanraya

Kadang-kadang ramai orang tidak mempedulikan penunggang motosikal apabila mereka memandu kereta. Ketika membelok di simpang, mereka langsung tidak 'nampak' yang ada penunggang di sebelah kiri. Kalau kesesakan kat highway atau lorong dua line, pemandu kereta biasanya akan menukar lorong secara tiba-tiba menyebabkan penunggang terkejut. Apatah lagi yang tidak memberi isyarat.

Ada juga kes di mana kereta terlalu rapat sebelah menyebelah sehingga tiada ruang untuk penunggang motor menyelit. Ini sangat tidak adil bagi penunggang motosikal. Kereta juga kadangkala terlalu laju bila memecut sehingga bergoyang motosikal. Bagi saya, penunggang motosikal juga ada hak dan mereka perlulah dihormati walaupun cuma membawa motosikal. Dan, ketika mereka berteduh di bawah jambatan janganlah anda memecut laju di lorong kiri berhampiran mereka berteduh dan menempiaskan air hujan dalam lopak.

Bagi penunggang motor pulak, ada yang bawak di tengah-tengah line jalan tu memang nak mendapat la. Kalau bawak laju takpe, ini bawak slow. Adoyai, bahaya tahu. Sekian, pesanan saya hari ini.

Wednesday, March 14, 2012

Musim Kahwin

Tahun 2012 ni menyaksikan hampir kebanyakan kawan-kawan aku naik pelamin atau dalam bahasa mudahnya, membuat syaitan menangis. Baik kawan dari sekolah rendah, menengah, satu universiti, semuanya pakat menikah ramai-ramai tahun ni. Maklumlah, umur pertengahan 20-an ni memang orang kata dah waktu puncak untuk menikah. Macam dah tak tahan ler orang kata. Keh keh keh.


Jadi, bila aku balik ke kampung ataupun berjumpa member-member, tidak hairanlah aku juga terkena tempias soalan, " Wei, ko bila lagi? Kerja takkan tak boleh kumpul duit kot".  Ya, alasan aku tak lain dan tak bukan adalah wang. Err, dan ilmu di dada yang masih belum mencukupi. Duit boleh dicari kan tapi ilmu kekeluargaan untuk membawa isteri ke redha Allah mestilah dicari sama. Oleh itu, aku menetapkan dalam jangka masa 5 tahun lagi, Insyaallah.


Bukan apa, sakit hati jugak tengok member-member dah kahwin ni. Siap dah nak tambah anak kedua pulak tu. Haishhh. Apapun, aku menjangkakan kalendar aku pada tahun ni memang penuh dengan undangan kahwin kawan termasuklah di Johor. Pada akhirnya, yang untungnya adalah aku juga. Dapat juga aku merasa makan nasi minyak percuma. :)

Wednesday, March 07, 2012

Irresistible Love

 Down and out


Walaupun Arsenal menang tapi tidak layak dalam perlawanan Champions League pagi tadi sekaligus meneruskan kemarau piala selama 7 musim, aku tidak tahu bagaimana untuk berhenti dari mencintai Arsenal. Hati ini terasa pedih tiap kali Arsenal tewas atau terkeluar daripada saingan sesuatu kejohanan. Masih aku ingat lagi bagaimana tidak lalunya aku makan dan bersemangat membuat pekerjaan ketika Arsenal tumpas 8-2 kepada Manchester di awal musim.


Apabila Arsenal kalah, ia mungkin akan memberi kesan kepada pergaulan aku dengan orang sekeliling. Terutama apabila Arsenal tewas game penting misalnya. Aku tidak ada mood untuk bercakap dengan orang dan tiada mood untuk bekerja yang mungkin akan mengambil masa sehari untuk pulih. Selepas sehari baru aku akan rasa okey dan boleh melupakan kekalahan yang terjadi.

Biarpun sudah 7 musim tidak menggenggam trofi, namun aku masih tidak jemu-jemu untuk mengikuti setiap match Arsenal dan tidak akan ketinggalan walau satu game sekalipun. Aku pun tidak tahu kenapa. Jika Arsenal kalah pada hari Sabtu, aku masih mahu menonton game hari Rabu berikutnya. Aku rasa seperti kurang lengkap hujung minggu aku jika tiada perlawanan membabitkan Arsenal atau jika aku tidak dapat menonton.

Mungkin inilah yang orang katakan fanatik dan taksub. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ketaksuban ini bermula dan terjadi. Yang aku tahu, aku hanya rindukan aksi Arsenal setiap minggu. Maafkan aku kerana taksub kepada pasukan luar berbanding pasukan dalam negara. Aku hanya ingin menikmati bolasepak yang bagus.

Monday, March 05, 2012

Fenomena Ustaz Youtube

Seperti yang diketahui ramai, fenomena ustaz Azhar Idrus semakin menjadi-jadi dan populariti beliau mencanak-canak naik. Aku mula mendengar video youtube ustaz ni sekitar tahun 2010. Ketika itu, tidaklah seglamer sekarang memandangkan ceramahnya lebih banyak di youtube sahaja. Berbanding sekarang, satu Malaysia beliau jelajah dan mudah untuk kita pergi mendengar ceramah beliau.


Lantang dan berani


Bukan itu sahaja, dengan adanya page ustaz Azhar Idrus Original di facebook menjadikan beliau semakin popular di kalangan anak muda. Apa agaknya resepi kejayaan ustaz ini dalam menambat hati golongan muda? Tentulah dari segi penyampaian ceramahnya yang menggunakan bahasa up-to-date(walaupun bahasa ganunya pekat!) dan elemen lawak disuntik bagi memberikan kesegaran dalam isinya. Inilah yang menjadi tarikan kepada anak muda.

Jarang aku dengar penceramah yang menggunakan pendekatan sebegini dalam menarik orang ramai mendengar apa yang mereka lontarkan. Seingat aku dahulu, Ustaz Harun Din dan ada beberapa ustaz yang menggunakan pendekatan lucu dalam berdakwah. Lama dahulu. Selepas itu, agak kurang ustaz yang menyerlah di kalangan orang ramai. Kini, muncul ustaz Azhar dan juga ustaz Kazim yang tidak kurang lucu dalam berceramah.

Begitupun, setiap hero pasti akan ada musuhnya sendiri. Dalam mendaki kejayaan pasti akan ada insan lain yang tidak berpuas hati dengan nikmat yang orang lain kecapi. Antara suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati mengatakan, " Ustaz ni suka membodohkan orang...", " Budak-budak sikit-sikit petik kata-kata ustaz Azhar, bukannya hadis..", "Ustaz ni suka menjatuhkan hukum.." dan macam-macam lagilah kalau lu orang rajin search.

Ini sebenarnya kata-kata orang bangang dan jahil agama. Pasal membodohkan orang tu aku tak mahu ulas pasal ustaz Azhar sendiri sudah jelaskan dan boleh cari di youtube. Mengenai ustaz yang tidak memberikan petikan dari hadis-hadis apabila menjelaskan sesuatu perkara, itu adalah gaya ustaz tersebut. Bukannya beliau tidak mahu memberikan petikan hadis tetapi itu adalah salah satu method beliau dalam berdakwah. Mungkin anak-anak muda bila dengar pasal hadis itu ini, mereka jadi jauh dan tidak mahu dengar. Sebaliknya, ustaz Azhar menggunakan cara halus dalam mendekati anak muda.

Lebih kurang begitulah dan kalau rajin, boleh cari penjelasan mengenai ini di internet juga. Dan kemudian pasal menjatuhkan hukum, aku rasa golongan ulama bukanlah penjatuh hukum. Seringkali manusia bangang agama merumuskan bahawa golongan ulama dan para ustaz ustazah suka menjatuhkan hukum dan beranggapan hanya Allah sahaja yang boleh menghukum mereka, bukannya manusia.

Sebagai contoh, telah diperjelaskan di dalam Al-Quran bahawa seseorang itu boleh jatuh murtad dengan 3 cara. Niat, lafaz dan perbuatan. Jadi, dengan ketiga-tiga asas inilah, para ilmuan agama merumuskan satu tafsiran berpandukan apa yang telah Allah tetapkan. Bukannya mereka sesuka hati menjatuhkan hukum. Konon mereka berkata, "Manusia sering mahu menjadi Tuhan, menghukum orang sesuka hati". Inilah yang sering terjadi kepada sesetengah masyarakat sekarang.

Aku bukanlah hebat dalam beragama namun percambahan golongan sekular dan fahaman sekularisme dalam masyarakat adalah sesuatu yang bahaya kerana ia melibatkan akidah. Mudah untuk mereka terpesong jika sudah berada di dalam landasan itu. Semoga aku dan setiap daripada anda dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini. Jika kurang pasti dalam sesuatu melibatkan agama, berjumpalah dan bertanya kepada mereka yang lebih arif dan rujuk pada buku-buku yang betul. Jangan mentafsir agama mengikut cara sendiri. 

Wallahualam.

Thursday, March 01, 2012

Seminar


Hakcipta Terpelihara


Minggu sudah aku menghadiri simposium kejuruteraan di Cologne, Jerman. Ah, nampak sangat menipunye bukan? Baiklah, aku menghadiri seminar dua hari bertempat di Wisma IEM Petaling Jaya. Seminar ni berkenaan dengan sistem bekalan air paip dan sanitari. Ini sebenarnya satu cara untuk aku mengaut ilmu baru walaupun aku pernah belajar semasa mula-mula join consultant ini.

Masa tu, aku belajar berpandukan kepada nota-nota senior dan beberapa buku yang tidak begitu mudah untuk difahami. Lagipun, ilmu kejuruteraan tidak mudah untuk dipelajari secara membuka buku atau internet. Perlu ada seseorang untuk guide kita dalam menerangkan proses dalam kejuruteraan itu sendiri. Justeru itu, dengan menghadiri seminar dan mendengar secara langsung daripada penceramah, ia sangat membantu kita memahami dan seterusnya mengaplikasikan apa yang dipelajari.

Aku tertarik untuk datang ke seminar berkenaan paip ini kerana buat masa sekarang, aku banyak terlibat dengan projek yang berkaitan paip. Jika aku membuat perkiraan berdasarkan pembacaan buku sahaja, itu mungkin akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. Lagipun, tiada sesiapa di ofis yang boleh bantu aku dalam memberi tunjuk ajar berkaitan design sesuatu paip kerana tiada staff yang berkebolehan dalam bidang itu. Staff yang hebat dalam bidang itu kebanyakannya menghabiskan banyak masa di tapak atau di luar ofis.

Besar harapan aku, semoga apa yang aku pelajari ini dapat digunakan sebaiknya. Bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kepentingan syarikat, agama, bangsa dan negara. Dengan genap 6 bulan aku berada di sini (dan sudah mendapat confirm letter!), masih banyak yang perlu aku pelajari dan kaut sebanyak mungkin. Insyaallah.

Terima kasih kerana sudi membaca cerita bosan aku pada kali ini.
 
Google Analytics Alternative