Wednesday, March 07, 2012

Irresistible Love

 Down and out


Walaupun Arsenal menang tapi tidak layak dalam perlawanan Champions League pagi tadi sekaligus meneruskan kemarau piala selama 7 musim, aku tidak tahu bagaimana untuk berhenti dari mencintai Arsenal. Hati ini terasa pedih tiap kali Arsenal tewas atau terkeluar daripada saingan sesuatu kejohanan. Masih aku ingat lagi bagaimana tidak lalunya aku makan dan bersemangat membuat pekerjaan ketika Arsenal tumpas 8-2 kepada Manchester di awal musim.


Apabila Arsenal kalah, ia mungkin akan memberi kesan kepada pergaulan aku dengan orang sekeliling. Terutama apabila Arsenal tewas game penting misalnya. Aku tidak ada mood untuk bercakap dengan orang dan tiada mood untuk bekerja yang mungkin akan mengambil masa sehari untuk pulih. Selepas sehari baru aku akan rasa okey dan boleh melupakan kekalahan yang terjadi.

Biarpun sudah 7 musim tidak menggenggam trofi, namun aku masih tidak jemu-jemu untuk mengikuti setiap match Arsenal dan tidak akan ketinggalan walau satu game sekalipun. Aku pun tidak tahu kenapa. Jika Arsenal kalah pada hari Sabtu, aku masih mahu menonton game hari Rabu berikutnya. Aku rasa seperti kurang lengkap hujung minggu aku jika tiada perlawanan membabitkan Arsenal atau jika aku tidak dapat menonton.

Mungkin inilah yang orang katakan fanatik dan taksub. Aku sendiri tidak tahu bagaimana ketaksuban ini bermula dan terjadi. Yang aku tahu, aku hanya rindukan aksi Arsenal setiap minggu. Maafkan aku kerana taksub kepada pasukan luar berbanding pasukan dalam negara. Aku hanya ingin menikmati bolasepak yang bagus.

No comments:

 
Google Analytics Alternative