Saturday, March 24, 2012

Menonton Injap



Baru-baru ini aku ditugaskan (chewah!) oleh bos mekanikal aku untuk menilai dan meninjau ujian injap bagi satu projek melibatkan air. Selaku konsultan, aku kena menjadi saksi keberkesanan injap tersebut seterusnya meluluskan injap ni untuk projek. Injap ni kalau dalam bahasa orang putihnya adalah 'valve'. Ada banyak jenis valve yang aku witness pada hari tersebut. Antaranya, butterfly, gate, check dan foot.


 Yang besor gedabak ni namanya check valve


Pembuat injap ni boleh dikatakan agak mahsyur juga di Malaysia dan serata Asia. Tapi melihat keadaan kilang mereka membuatkan aku berfikir sejenak. Adakah ini realiti atau fantasi? Jauh lebih cantik kilang Panasonic aku kerja dulu. Ah, lantaklah. Ujian atau testing ni memakan masa dua hari, namun atas kekalutan pihak kilang, ia terpaksa menjadi 3 hari di mana ketiga-tiga hari itulah aku terlibat. Termasuk ada satu hari di mana aku sorang saja mewakili pihak konsultan.

Banyak yang aku pelajari daripada testing ini. Selama ini, hanya tengok injap dalam katalog dan internet saja, namun pada hari tersebut aku berpeluang melihat sendiri depan mata kesemua injap-injap yang aku sebutkan tadi. Dari saiz diameter sebesar-besar 500mm hinggalah sekecil-kecil 80mm. Oleh itu, ujian ini hanyalah untuk melihat adakah injap ini mampu menampung bebanan air dengan memastikan tiada kebocoran air di sekeliling pintu injap.


Ini gate valve 500mm


Kaedah ujiannya mudah. Mereka akan mengisi air ke dalam injap tersebut sehingga penuh, kemudian dikenakan tekanan sebanyak 18 bar selama 3 hingga 5 minit. Jadi, setiap injap melalui proses yang sama di mana ada lebih kurang 23 unit kesemuanya. Setiap injap tu pulak bukannya ada satu test je. Ada seat test untuk side by side serta body test. Fuh, memang agak memakan masa la.

Walaupun kena berulang alik ke Kapar selama 3 hari, aku berasa agak puas kerana dapat melihat proses yang entah bila aku dapat lalui lagi ni. Kalau ada projek air di masa depan, ada canlah tengok lagi, insyaallah. Sekian pelajaran hari ni ye anak-anak.


P/S - Tekanan air 18 bar itu cukup kuat untuk menjatuhkan manusia.

No comments:

 
Google Analytics Alternative