Hakcipta Terpelihara
Minggu sudah aku menghadiri simposium kejuruteraan di Cologne, Jerman. Ah, nampak sangat menipunye bukan? Baiklah, aku menghadiri seminar dua hari bertempat di Wisma IEM Petaling Jaya. Seminar ni berkenaan dengan sistem bekalan air paip dan sanitari. Ini sebenarnya satu cara untuk aku mengaut ilmu baru walaupun aku pernah belajar semasa mula-mula join consultant ini.
Masa tu, aku belajar berpandukan kepada nota-nota senior dan beberapa buku yang tidak begitu mudah untuk difahami. Lagipun, ilmu kejuruteraan tidak mudah untuk dipelajari secara membuka buku atau internet. Perlu ada seseorang untuk guide kita dalam menerangkan proses dalam kejuruteraan itu sendiri. Justeru itu, dengan menghadiri seminar dan mendengar secara langsung daripada penceramah, ia sangat membantu kita memahami dan seterusnya mengaplikasikan apa yang dipelajari.
Aku tertarik untuk datang ke seminar berkenaan paip ini kerana buat masa sekarang, aku banyak terlibat dengan projek yang berkaitan paip. Jika aku membuat perkiraan berdasarkan pembacaan buku sahaja, itu mungkin akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari. Lagipun, tiada sesiapa di ofis yang boleh bantu aku dalam memberi tunjuk ajar berkaitan design sesuatu paip kerana tiada staff yang berkebolehan dalam bidang itu. Staff yang hebat dalam bidang itu kebanyakannya menghabiskan banyak masa di tapak atau di luar ofis.
Besar harapan aku, semoga apa yang aku pelajari ini dapat digunakan sebaiknya. Bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kepentingan syarikat, agama, bangsa dan negara. Dengan genap 6 bulan aku berada di sini (dan sudah mendapat confirm letter!), masih banyak yang perlu aku pelajari dan kaut sebanyak mungkin. Insyaallah.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita bosan aku pada kali ini.
3 comments:
insyaAllah..pasni boleh baiki paip umah aku..hehe
sama -sama
rasa nak bantu pun ada..hehe
-mr.silent reader-
Hafizin Jamil: Takde hal. Boleh aje..Haha
Mr. silent reader: Nak bantu apa ye?
Post a Comment