Monday, March 25, 2013

Dingin Eropah


Ketika aku berjalan pulang dari kenduri kahwin saudara di Klang di bawah terik mentari, tanpa sedar, baju  aku habis dibasahi peluh. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta, aku harus menahan haba kepanasan dalam kereta pula sebelum membuka pendingin hawa. 

Lebih kurang 2,3 minit barulah aura kesejukan menerpa ke arahku.

Tiba-tiba aku merindukan bau angin Eropah. Merindui nikmat kedinginan di sana yang sering aku rungutkan. Masih melekat kuat dalam ingatan ketika aku dihujani salji di Neckarpark sehingga aku mampu menjamah salji-salji halus itu.


Aku telah menjadi manusia yang tidak bersyukur sekarang. Sedih. Tapi, aku benar-benar rindukan dingin Eropah.


No comments:

 
Google Analytics Alternative