Thursday, March 07, 2013

Jambatan Dunia


Duit adalah penyebar kebahagiaan. Duit juga adalah pembawa kemusnahan. Maka, apabila seseorang manusia itu bergantung harap pada 'keagungan' duit, maka, mereka akan terus mencari dan mencarinya. Di sini, kita akan mula lupa akan fungsi kewujudan kita dihidupkan di atas muka bumi ini.

"Husaini!, apa rahsia anda kekal positif dan nampak seperti tiada masalah dalam hidup ni?" tanya Usman.

"Tiada apa-apa. Cuma saya tidak berharap kepada dunia. Jika saya menjadikan dunia sebagai teras kehidupan saya, pastinya hidup saya akan kelam kabut dan ditimpa banyak masalah. Jika sudah memang kita punya pekerjaan atau kehidupan itu ada banyak masalah, maka kita harus berfikir semula atau re-think matlamat kewujudan kita di dunia. Dunia hanyalah jambatan kita ke akhirat.

Banyak manusia hari ini lebih risaukan tugas-tugas mereka di dunia yang belum selesai sambil memejamkan mata terhadap persediaan di akhirat. Jadi, marilah kita memudahkan perkaranya sebegini: Jadikan akhirat sebagai matlamat akhir kamu dan jadikan tugas-tugas di dunia kamu untuk bekalan akhirat, Insyaallah, kamu akan berjaya di dunia dan akhirat.

Jika kamu hanya kejar dunia, kamu akan lihat betapa dunia akan mengejar kamu semula. Sebab itu kamu ditimpa pelbagai musibah di dunia yang memeningkan kamu."

Begitulah panjang lebar jawapan Husaini terhadap Usman.

1 comment:

Anonymous said...

salam saudara,

"...Jika kamu hanya kejar dunia, kamu akan lihat betapa dunia akan mengejar kamu semula. Sebab itu kamu ditimpa pelbagai musibah di dunia yang memeningkan kamu."

tapi pada pandangan saya lebih cocok kalau sekiranya semakin kamu mengejar dunia, semakin pantas ia meninggalkan kamu sehingga dirimu tidak terdaya mendapatkannya..

wallahua'lam..

-silent reader-

 
Google Analytics Alternative