Saturday, December 12, 2009

Mayat Hidup

Sebelum tidur - Depan PC

Lepas bangun pagi - Depan PC

Time makan - Depan PC

Baca paper - Depan PC

Tengok movie - Depan PC


Mana masa berkualiti kau??



Notakaki - Citer The Tournament best siot....

Tuesday, December 08, 2009

Malapetaka Bola



1. Malapetaka Pertama - Kekalahan kepada Vietnam dan reaksi.

Kekalahan kepada Vietnam seperti sudah aku dan juga mungkin kamu jangkakan. Namun, apa yang menjadi malapetakanya adalah reaksi pemain atau skuad Malaysia keseluruhannya. Melalui pembacaan di akhbar-akhbar perdana negara, reaksi yang ditunjukkan pemain terhadap keputusan pengadil adalah memalukan sehinggakan The Star melabelkan reaksi mereka sebagai 'disgraceful behaviour'. Dan melalui gambar-gambar yang disertakan dalam akhbar-akhbar tersebut, para pemain menunjukkan reaksi amarah mereka angkara keputusan tidak adil daripada pengadil Korea dalam perlawanan tersebut. Terutamanya Zaquan Adha yang diperintah keluar padang kelihatan cuba membaling botol minuman kepada pengadil tersebut. Samada kena atau tidak botol itu, aku kurang periksa.

Apa yang menjadi malapetaka di sini adalah reaksi mereka terhadap keputusan pengadil. Marilah kita cuba membandingkan sikap profesional kita dengan sikap pemain luar negara. Biarpun emosi mencengkam jiwa mereka, sesekali mereka tidak bertindakbalas sebagaimana pemain negara lakukan. Keputusan pengadil walau tidak seadil manapun, mereka tidak boleh memegang pengadil seakan mahu bertumbuk. Apabila diperintah keluar padang, turutilah saja. Dan selepas tamatnya perlawanan, maka segalanya juga tamat. Tidak sepatutnya insiden memegang, melontar dan mencaci pengadil berlangsung. Ya, Drogba juga pernah memaki pengadil ketika habisnya separuh akhir Champions League musim lepas tetapi masih lagi dalam suasana terkawal dan secara profesionalnya dia meminta maaf selepas insiden tersebut. Menunjukkan emosi itu bagus tapi bukannya selepas tamat 90 minit perlawanan. Separuh masa pertama result 3-1. Selepas tamat game, result juga 3-1. Alangkah baiknya jika emosi diletakkan di tempat yang sepatutnya sepanjang 90 minit itu. Pemain Malaysia ternyata lemah mental dek kerana penalti sebijik, fokus mereka hilang sehingga melepaskan baki 2 gol itu. Ini diakui sendiri Rajagobal. Cuma bahagian lemah mental itu bukan ayat darinya.

2. Malapetaka Kedua - Reaksi Khairy

Reaksi daripada pemain tersebut memanglah salah dan tidak boleh diterima. Tetapi bolehkah seseorang yang berjawatan dalam FAM ketika ini mengeluarkan kenyataan akan mengkaji bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas Zaquan Adha walhal mereka masih di dalam persaingan Sukan SEA? Apa relevannya kenyataan ini dikeluarkan ketika ini di mana para pemain masih ada 2 lagi baki perlawanan?Apa impaknya ke atas Zaquan Adha dan rakan-rakan lain? Jika kamu biasa dengan mainan psikologi bolasepak Inggeris atau mana-mana bolasepak luar negara, kamu akan faham impak kenyataan ini terhadap moral pemain dan pasukan.

Mereka masih berjuang. Mereka perlukan sokongan. Walau sokongan mungkin bukan dari peminat tetapi persatuan haruslah supportive. Tidak kena masa langsung kenyataan dari Timbalan Presiden FAM. Kenyataannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menjaga air muka FAM dan sebagai reaksi balas kenyataan dari menteri sukan. Kesannya ke atas pasukan? Tak payah susah dia nak fikir. Air muka lagi penting. Bertindak ke atas pemain yang membuat onar itu lagi penting. Untuk bercerita mengenai peri pentingnya kaitan tindak tanduk persatuan dengan pasukan dan pemain biarlah contoh kes Henry tempoh hari dijadikan contoh. Ada kita dengar sebarang komen dari French Football Federation(FFF) mengenai hand ball Henry? Ada kita dengar mereka akan bertindak ke atas Henry? Sampai sekarang, tiada langsung khabar tersebut kita dengar. Jika persatuan sendiri menekan pemain, apa rasionalnya mereka ingin terus menyarung jersi negara. Yang rugi persatuan dan bolasepak itu sendiri. Sepatutnya, persatuan tak perlu memberi komen apa-apa mengenai pemain apatah lagi ketika mereka masih dalam perjuangan. Kalau korang jadi player, lepas tu dengar korang akan kena denda dengan persatuan lepas ni, apa korang rasa?Fikirkan...

3. Malapetaka ketiga - Pahang terus bermain Liga Super.



Terima kasih kepada Presiden FAM yang tidak segan silu dan berusaha keras membantu pasukan Pahang selama yang boleh. Pahang diketahui ramai sudah lama tidak layak beraksi di liga peringkat tinggi iaitu Liga Super. Seingat aku, dalam 3 musim lepas, FAM jenuh merombak itu ini demi memastikan Pahang kekal dalam Liga Super. Tahun 2010 juga begitu. Sepatutnya Pahang berada di Liga Perdana. Tetapi, dengan kuasa keramat yang ada pada Presiden FAM, Harimau Muda dibubarkan dan sebagai galang gantinya, tentulah pasukan Pahang kesayangan baginda. Alasannya, Pahang berada di senarai teratas antara pasukan-pasukan Liga Perdana.

Aku bukanlah anti Pahang atau bencikan pasukan Pahang. Yang nak disampaikan di sini, sampai bila sikap kroni nak diterapkan dalam struktur bolasepak negara kita? Macam-macam dah dilakukan demi memastikan Pahang masih dalam Liga Super. Tapi, apakah ada peningkatan atau pengajaran yang diambil skuad Pahang setelah sekian lama baginda membantu pasukan mereka? Mereka masih finished antara pasukan tercorot dalam liga setiap musim. Takde pembaharuan. Takde peningkatan. Tapi yang lebih penting, sampai bila kronisme dalam bolasepak yang dipimpin FAM harus berlaku?




Kredit gambar kepada Kosmo Online.

Friday, December 04, 2009

Kera Dapat Bunga

Kata orang, bila kera dapat bunga perangainya jadi pelik. Maklumlah tak pernah dapat bunga. Bila dapat jadik lain macam. Kadang-kadang over. Kadang-kadang gedik. Kadang-kadang lu orang rasa nak terajang je kera ni. Semalam, aku jumpa gambar kera kat tepi padang bola.




Arsene Wenger hairan macamana kera ni boleh masuk kawasan dia.



Kera yang tensen cuba memprovok Wenger dengan gaya 'kera menyampah'.



Kera ini melambai ke arah Wenger yang jelas kurang sabar dengan tindakan kera yang macam kera ini.

P/S - Memang dasar kera dapat bunga. Ada kuasa jadi gila pulak. Alahai...

Thursday, December 03, 2009

Bezanya Pengalaman

Budak-budak zaman sekarang terutamanya yang baru naik sekolah menengah asyik gila Facebook je skarang. Pendek kata, 24 jam tercongok depan PC je layan internet. Kalau dulu, budak-budak kumpul duit beli basikal ke, beli layang-layang, gasing dan ah banyak lagilah. Sekarang ni, budak-budak punya duit belanja kumpul hari-hari buat beli komputer. Bukannya diorang nak teroka dunia kat luar yang lagi luas tu. Memanglah yang dunia maya ni luas tanpa sempadan tapi apa pengalaman yang kita boleh dapat kalau asyik memandang kotak segi empat skrin monitor ni je tanpa membabitkan sentuhan fizikal.

Zaman aku dulu, budak-budak mana kenal sangat internet ni. Semua dok main gasing bila tiba musim gasing. Bila tiba musim layang-layang, semua pakat beli layang-layang. Walaupun layang-layang plastik yang ada gambar Spiderman, Superman dan lain-lain kat atas dia. Janji boleh terbang jalan je. Kalau kat sekolah pun ada main galah panjang, konda-kondi, teng-teng, batu serembang atau tutup botol.

Sekarang ni dah lain. Sejak tiba era Playstation, budak-budak semua stok lepak rumah. Nak ajak main bola pun payah. Pastu datang lagi era internet, lagilah ramai pakar IT lahir kat Malaysia ni. Tu yang lahir pakar 3gp kat celah semak, bawah tangga dan macam-macam lagi la. Ni akibat bila takde experience dengan real life kat luar. Melahirkan generasi rosak akidah. Sekarang ni pun futsal je budak-budak layan. Nak main bola kat padang pun susah dah. Aku pun sebenarnya sama gak. Asyik layan futsal je sekarang ni. Tapi aku dah pernah experience dah main bola padang. Dah tua-tua ni layan futsal jela. Haha. Ape barang layan futsal nih?

Kalau nak lahirkan generasi yang matang dan berani, kita kena balik tanya orang tua kita.

Thursday, November 26, 2009

Korban


Aku dengan ini mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua umat Islam tak kira di mana anda berada. Jangan sampai terkorban diri sudah.(baca dengan nada penyimpan mohor besar kat tv tu)

Goyang Kepala




P/S - Tetap maintain brader Loque...

Saturday, November 21, 2009

Apa Kata Mereka


Setelah selesai perlawanan France lawan Republic of Ireland di Stade De France, aku pun mendapatkan pandangan orang ramai tentang tindakan Henry.

"Kan aku dah cakap guna teknologi!! Kita dah 2009 tapi masih di takuk lama. Malu aku kalau layak cara macam ni. Dah, jom main balik...." - Arsene Wenger(pengurus Arsenal).


"Referee mana kau bawak ni Sepp Blatter? Ko memang ar nak kasik team-team hebat layak. Taula Ireland ni negara kecik je. Aku ajar bebudak supaya main bersih tapi korang buat macam ni kat aku kan?Sial ahh.." - Giovannni Trapattoni(jurulatih Republic of Ireland).


"Padan muka korang Ireland! Sapa suruh biar Henry dapat bola tuh. Salahkanlah diri sendiri. Yang korang tau,kompelin,kompelin,kompelin..Tu je la. Ah, Ireland memang tak layak ada kat World Cup la senang citer..." - Roy Keane(pengurus Ipswich merangkap orang buangan FAI).


"Eh, tak nampak pun kena tangan. Ada ke? Korang je yang cakap ni semua. Tapi aku kesal la pasal Ireland tak layak sebab patutnya diorang layak. Apapun, gua happy bhai kitorang layak!" - Raymond Domenech(jurulatih Perancis).


"Lek ar. Kita kena teruskan hidup. Koman-koman aku ada gak kat Afrika nanti. Korang yang kutuk aku ni, kat mana? - Martin Hansson(pengadil yang memberi kelayakan kepada Perancis).

"Sampah! Layak dengan cara macam ni memang tak patut ar!! - Pengguna Facebook yang namanya mahu dirahsiakan.


"Apa kata kite replay?" - Thierry Henry(mangsa).


Baik, sekian saja laporan kali ni. Komen aku? Lantak pi lah depa nak layak macam mana pun, yang penting Perancis main kat Afrika. Kahkahkah...Kembali ke studio.

Sebab Dan Akibat

Sebab dan akibat. Kadangkala disebabkan tindakan bodoh seseorang boleh mengakibatkan seseorang yang lain itu rugi. Manusia yang gagal memahami takrif 'akibat' adalah si jahil ulung di atas muka bumi. Jika sesuatu itu tidak membawa keuntungan kepadanya atau membebankannya, dia pasti tidak mahu susah payah membantu yang lain. Yang lebih penting adalah supaya kerjanya selesai dan tidak lagi ditanggung di bahunya. Manusia yang hanya tahu bertindak mudah tanpa memikirkan akibat yang buruk pada orang lain adalah manusia keparat. Mereka hanya mahu senang dan selesa. Akibatnya, orang lain terpaksa ber'praktikal' berpuluh batu jauh dari rumah sedangkan ia mampu untuk melakukannya berdekatan rumah. Itulah akibat dari tindakan bodoh manusia ini yang hanya tahu duduk selesa di dalam bilik yang berpendingin hawa sambil boleh membalas komen di Facebook.



P/S - Abaikan saja entri emo aku ini.

Monday, November 16, 2009

Dari Mata Burung


Terkadang aku teringin melihat dunia dari kaca mata burung.

Ingin melihat bagaimana transformasi dan komposisi segala macam rupa di muka bumi.

Bukan sebarangan kaca mata burung.

Aku mahu merenung ke dasar dari mata itu.

Mata yang mampu meloloskan diri jauh dari kotak pemikiran sempit sang manusia.

Bahkan mampu melihat lebih jauh daripada itu.

Jauh ke dalam mata hati.

Mahu bangun dari segala statik dan spastik manusia.

Saturday, November 14, 2009

Empat Saja Yang Ada


Petang tadi harapan aku nak tengok satu lagi pasukan Asia layak ke Afrika Selatan tak kesampaian apabila Bahrain tumpas dengan jaringan 1-0 dengan New Zealand. Macamana aku boleh tengok game ni pun, mungkin sebab petang tadi takde cerita best kot kat tv. Takkan nak layan cerita Hindustan kat TV3, ape barang? Cerita Hindustan ni kejap je orang Malaysia minat. Dulu orang boleh layan 3 cd yang makan masa 3 jam yang ada Shah Rukh Khan berlakon. Kalau takde Shah Rukh Khan berlakon pun, mesti yang ada Khan-Khan jugak. Kalau takde, memang orang tak amik pot nak tengok punya. Tapi tu dulu la. Skang ni mana orang nak layan Hindustan lagi dah. Yang TV3 dok siar lagi tuh, nak buat apa? Tapi aku dengar mereka yang berbangsa India masih lagi menonton filem-filem dari Bollywood ni. Aku ingat orang Melayu yang tengok Hindustan ada berapa kerat je dalam Malaysia ni. Maklumlah, orang Melayu kan cepat jemu. Tengok jelah Akademi Fantasial tuh, sampai 7 musim dah skang. Jemu aku tengok tergedik sana, tergedik sini. Tak tahulah kalau yang kepala batu tu nak buat sampai 16 musim memang aku tendang tv tu.


Eh, jap. Aku sebenarnya nak cerita pasal kelayakan Piala Dunia tadi. Banyak pula melalut. Ok. Kalau tengok game Bahrain - New Zealand tadi memang menyedihkan. Aku tengok dua-dua team memang main cap ayam. Tapi sebab Bahrain ni negara Islam dan Asia, maka secara tidak langsungnya, sokongan aku mestilah pada mereka. Bahrain memang kontrol game 1st half tapi caca marba bila masuk 2nd half. New Zealand ni sebenarnya bukanlah kuat sangat tapi Bahrain pulak memang tak mempergunakan kesempatan dan peluang yang ada. Korang tak ingat ke masa Brazil kitai New Zealand 4-0 masa friendly sebelum World Cup 2006 dulu. Bosan nak mampus tengok New Zealand main. Samalah macam game tadi, New Zealand nak hold bola pun tak boleh. Memang luck dorang la sebab Bahrain pulak tak perform. Aku agak, New Zealand ni antara team yang akan kena lauk kat Afrika nanti.

Berbalik kepada team Asia, aku rasa ralat bila team-team hebat Asia macam Iran dan Arab Saudi takde dalam World Cup tahun depan. Arab Saudi tu takpe lagi sebab kalah pun dengan Bahrain dalam play-off. Tapi slot untuk pasukan Asia ni sebenarnya dah kena rembat dengan Australia. Yang untungnya New Zealand la. Sebelum Australia join Asia, New Zealand memang harapanlah nak jejak kaki kat Piala Dunia kalau ada Australia. Australia dulu plak selalu kantoi kat play-off. Semenjak dua Piala Dunia yang latest ni, chances untuk Australia layak ke Piala Dunia memang cerah secerah muka kau menggunakan krim Safi Rania Gold.



Nilah kebengapan Mohamed Hammam dari Qatar ni. Tindakan dia menerima Australia ni memanglah masyuk dari segi publisiti dan pulangan tapi slot untuk pasukan yang truly Asia dah mengecil. Tak kiralah publisiti untuk Asia tapi kau dah memusnahkan harapan untuk satu slot pasukan Asia ke world cup. Hasilnya, pasukan macam Bahrain, Iran dan Arab Saudi susah untuk layak ke Piala Dunia. Kalau Malaysia lu orang jangan ceritalah. Kalau Sepp Blatter bagi satu slot percuma untuk Asia Tenggara pun jauh panggang dari api la kalau nak layak. Memang ibarat menunggu bulan jatuh ke ribalah. Jadi, kat sini nampak sangat kebodohan Presiden AFC ni. Perumpamaan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan memang kenalah dengan mamat Qatar ni. Aku rasa nak lempar je tv kat kepala dia bila tengok Bahrain tak layak tadi. Bahrain pun satu. Tak banyak try langsung. Penalti pulak tak masuk. New Zealand tu bukan kuat mana pun. Harap defend depa je kebal tadi. Ah, cerita banyak pun tak guna. Ni yang Perancis ni pulak macamanalah gamaknya pagi nanti.

Tuesday, November 10, 2009

Memahami Emosi


Tidak hairan jika melihat kepada sikap segelintir penyokong Kelantan yang bertindak luar batasan dan ganas tempohari kerana itulah sebahagian daripada rencah bolasepak. Tidak selamanya kita boleh menjangkakan penonton yang hadir ke stadium adalah penonton yang berbudi pekerti dan sopan-sopan belaka. England juga mengambil masa yang lama untuk pulih daripada elemen hooligan dalam bolasepak. Begitu juga di Malaysia. Bukannya tidak pernah berlaku kejadian membaling mercun, membaling botol, membakar kerusi stadium dan pelbagai lagi aktiviti yang berkait dengan keganasan. Lepas tu, kecoh semuanya marahkan penyokong yang ganas dan tak bertamadun. Bezanya Malaysia dengan England, kita hanya pandai bersuara dan bercakap. Tindakan follow-up takde. Di sana, mereka bertindak. Di sini, kita bersuara. Lepas sebulan dua, senyaplah semuanya. Macam kes stadium runtuh. Sunyi sepi.

Tidak sukar juga sebenarnya untuk memahami emosi yang ditunjukkan segelintir penyokong Kelantan. Mungkin sesetengah penyokong boleh menerima kekalahan dengan hati terbuka dan menyimpannya dalam hati. Bagi aku, segelintir penyokong hari tu yang tidak dapat menerima kekalahan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati. Mereka sebenarnya tak simpan dalam hati. Mereka lepaskan saja apa yang terbuku. Apatah lagi, malam tersebut, Kelantan bermain dengan begitu buruk sekali seperti hilang arah. Aku menjangkakan perlawanan final itu sengit tapi sebaliknya. Jadi, para penyokong yang segelintir inilah melepaskan rasa marah dan tak puas hati dengan corak persembahan pasukan mereka kepada benda-benda lain. Aku percaya, kalau korang tak puas hati kat mana-mana tapi tak boleh nak luah secara terbuka, korang akan melepaskannya kat tempat atau orang lain bukan? Contohnya, kau nak bayar road tax kat JPJ yang queuenya panjang gila, alih-alih kau sampai kat kaunter, kena maki ke, tak boleh buat ke apa ke. Tu beza penyokong yang sabar dan tak sabar.

Penyokong yang datang juga ada hak. Hak untuk menyokong. Dan juga hak untuk berasa marah. Cuma penyokong tak berhak bertindak ganas. Itu aku tak setuju. Tapi benda ni kadangkala tak boleh dielakkan. Aku pernah juga membaling botol dan objek ke padang. Samada ketika pasukan menang atau kalah, aku pernah buat. Semua itu terdorong kerana otak hanya mampu berfikir dalam masa yang singkat. Yang aku tau, otak dapat pulak menghantar isyarat saraf impuls ke otot tangan untuk bertindak membaling objek ke padang. Tahun bila aku tak berapa ingat tapi bila Frank Seator skor untuk Perak masa Perak lawan Kuala Lumpur, semua penonton Perak kat situ membaling objek ke padang bagi meraikan kegembiraan. Apatah lagi, Frank Seator ketika itu berlari ke arah penonton dan dia bernasib baik tidak terkena balingan objek-objek itu. Tapi, dia nampak teruja. Tu yang seronok orang membaling kot.

Nak salahkan penyokong yang ganas 100% pun tak boleh juga. Penguatkuasaan satu hal. Lemah. FAM patut fikir cara untuk menghalang benda-benda terlarang daripada diseludup masuk. Kalau dulu masa aku pergi final Piala Malaysia 1998, kat pintu berputar tu ada orang jaga. Walaupun dia tak buat full inspection, tapi orang cuak gakla nak bawak benda-benda haram dalam stadium sebab muka brader yang jaga tu memang otai. Hari tu, aku tengok diorang bukak pintu gate macam apa aje. Semua berterabur masuk. Memanglah susah nak buat pemeriksaan kalau macam tu.

Sebenarnya, perkara keganasan dalam bolasepak Malaysia bukan topik baru. Media saja yang mensensasikannya hanya kerana ia adalah pasukan Kelantan. Walhal presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa. Tapi topik ini akan diulang-ulang lagi jika muncul lagi keganasan. Takkan pernah ada jalan penyelesaian dan tindakan yang akan diambil.

Ini aku petik dari komen seorang penyokong Kelantan dalam Sokernet. Sama-sama renungkan,


kawe harap jgn salahkan fan kelantan cuma kesian je kt dorang...kt tempat korang byk entertainmen cam pub, disko, paggung wyg...kt kelantan mane ade..wayang kulit pun jarang2 ade..konsert dikir barat pun xleh nk lompat2..so dgn melepak, merempit n tgk bola la dijadikan tempat nk enjoy n release tension...

Sunday, October 25, 2009

Lama

Asal lama tak update blog? Busylah woi ngan exam ape semua...Kate nak kasi up kan CGPA, kenalah busy-busykan diri ni...

Tapi Arsenal tetap layan gak....
 
Google Analytics Alternative