Saturday, July 26, 2008

Watch out!

Minggu ini adalah hari yang sesak.Sesak dengan assignment dan otak yang kesesakan melihat kalkulus yang aku tak paham berbanding masa diploma dulu.Subjek MAT ni boleh bikin orang pening kepala sebab lecturer ni memang pelik tulisannya.Sesak sesak.Apapun,rumah sewa aku kini dah ada streamyx,so bolehla layan internet kalau tengah sesak-sesak otak.Haha.Oh ya,poket aku juga tengah sesak.Bukan sesak dengan duit.Sesak dengan habuk.Eh,bukan duit letaknya dalam dompet ke?Apa-apa jela.Tu metafora je.



Minggu depan pulak ada event yang disertai oleh band-band indie kat kampus aku. Tentunya Couple dan The Times menjadi faveret aku di konsert tu nanti.Cuma aku tak pasti macamana aku nak ke sana sebab takde transport.Pastu plak takde member yang bole layan sama.Entah ar.Nantilah fikir.Penganjur pun sengal gak sebab aku ada test Math yang aku tak paham-paham lagi skang minggu tu jugak.Adoii.Sakit kepala. Apapun,berhibur berhibur juga,adat pergaulan tetap kena jaga terutama yang perempuan.Macam kena culture shock je aku tengok dressing dorang kat dalam kampus.




Lastly,berapa korang expect Chelsea bantai Malaysia?Aku expect 4-0 paling minimum. Bukan aku nak jatuhkan semangat pemain Malaysia tapi dengan India pun seri 1-1 je.Jadi,korang pikirla sendiri kan. Apapun,kalau kalah sekali pun biarlah kalah melawan.Adios.

Sunday, July 13, 2008

Tak Dapat Gaji..


Semalam aku sempat ke Stadium Selayang untuk menonton perlawanan bola Piala Malaysia antara ATM dan Perak. Mulanya aku malas nak pergi sebab penat dan baik aku hadap monitor ni tapi disebabkan ayah aku yang beriya-iya mengajak untuk pergi bersamanya,aku pun beralah. Lagipun cuti dua hari ni perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin,betul tak?

On the way nak ke sana,beberapa kali jugalah ayahku tersesat dan sedikit konfius jalan mana nak ikut.Ada sekali tu sampai pusing roundabout yang sama 2 kali.Lupa katanya.

Sampai je stadium,diorang tengah nyanyi Negaraku. Then,beli tiket,cari port dan landing.Kitorang dapat port dekat orang yang rata-ratanya berpakaian biasa."Ahh,ni mesti supporter Perak yang biasa-biasa ni," monologku sendirian.

Start je game,agak bosan-bosan sikit dengan bola asyik berlegar tengah padang.Lepas 30 minit barulah Perak nampak garang.Terus terang aku cakap,aku tak berapa tahu sangat line-up Perak ni setelah agak lama tak ambil tahu tentang mereka. Cuma ambik tahu pasal result tu ada la.

Bila Perak mengasak,orang-orang sekitar aku hanya diam dan relax je.Tapi time ATM menyerang plak,dorang mula menjerit.Aduh,salah port la plak.Aku pun bisik kat ayah aku,"Half time nanti tukar tempat belah sana,". Tapi Perak sempat sumbat 2 gol sebelum rehat dan aku selamba dek je berdiri dan menjerit tatkala orang sekeliling semuanya pasif dan duduk diam.Hahaha,lantak koranglah!

2nd half tukar tempat port supporter Perak.Dapatlah aku menjerit tanpa segan silu lagi,hehe.Lastly,Perak menang besor 5-1.Padan muka orang-orang sekeliling aku masa 1st half tadi.Haha..

Abih je game,lepak-lepak la jap depan pintu stadium tu.Entah apa motifnya pun aku tak tahu,just saje-saje nak tengok player keluar kot. Tunggu punya tunggu,keluarlah player kedua-dua team.Dapatlah peluang aku bersalam dengan Fakri Saarani,Nazrul dan Daniel.



Pastu gerak ke kereta nak balik,ayah aku singgah jap kat gerai merchandise.Belilah stiker.Tengah dok syok pilih-pilih stiker,datang plak Hardi Jaafar nak lintas jalan dengan anak dia lebih kurang umur 3 tahun kot. Takdelah tinggi sangat mamat ni.Aku lagi tinggi.Huh.So,sembanglah kejap.Ayah aku tanya pasal gaji yang didakwa dah 3 bulan tak dapat.

"Betul ke dah 3 bulan tak dapat gaji?"

"Ha,ah.Macam tulah lebih kurangnya."jawab Hardi.

"Tapi nak buat macamana,kita main ajelah kan,"sambung Hardi dengan jawapan penuh profesional.

"Dengar cite,Isnin ni dapat kan?,"sampuk plak brader jaga gerai.

Aik,dia pulak lagi tahu?Hardi diam aje lalu minta diri nak blah.Sempat jugak pesan supaya turun Ipoh untuk next game lawan Johor PG.

Aduh,3 bulan tak dapat gaji tapi tetap main sungguh-sungguh.Profesional sungguh dorang ni. Macam nilah true footballer.Main untuk pride dan fans bukan untuk money.

Saturday, July 12, 2008

Rasalah..

Setelah seminggu aku berada di Shah Alam,dapat aku rasakan cabaran ini memang besar dan berat. Hanya kekuatan mental dan keimanan yang dapat menangkis segala asakan modenisasi ini. Dan aku tidak pasti adakah aku ada kekuatan sebegitu namun aku harus mencuba tempuhinya. Tapi aku rasa bersalah sangat sebab aku terpaksa menumpang kereta kawan aku untuk ke kelas tanpa membayar duit minyak! Aduhai..jahatnya aku.Tapi aku cuba jugak untuk bayar semula duit minyaknya atau sekurang-kurangnya berkongsi la sikit duit minyak dengan yang lain.

Di sini,memang transportasi adalah keperluan asas dan utama. Itupun kalau korang nak menjadi pelajar yang terbaik dan aktif. Tanpa transport agak susah untuk ke mana-mana. Meskipun ada disediakan bas-bas tapi bagi aku memang susah dan meletihkan kalau dah terpaksa menunggu hampir sejam nak ke kelas.Itu baru nak ke kelas belum lagi nak ke mana-mana bahagian tempat dalam kampus UiTM ni.So,membawa kenderaan adalah jalan terbaik bagi mereka yang berkemampuan dan ingin menjadi pelajar yang berjaya. Maksudnya,mana mungkin kita nak jalankan tugas sebagai MPP yang memerlukan kita sentiasa bergerak ke hulu dan ke hilir.Betul tak abang MPP?Haha..

Jadi,sekianlah saja untuk kali ni yee...

Saturday, July 05, 2008

Tangga Yang Baru

Setelah aku berjaya menyelesaikan satu langkah anak tangga yang lalu maka esok akan bermulalah satu penitian ke anak tangga yang baru dalam hidup aku. Tangga ibarat perjalanan hidup. Untuk melangkah ke anak tangga yang baru,anak tangga sebelum itu mestilah diselesaikan dulu dalam makna lain kita perlu melangkah anak tangga itu dengan jayanya. Jaya tak jaya pun, kita masih boleh melangkah walaupun sebelah kaki.

Menamatkan diploma dan akan melangkah ke ijazah itulah tangga-tangga yang aku maksudkan. 3 tahun diploma adalah satu masa yang agak panjang tetapi tanpa kita sedari pada penghujung perjalanan itu ia adalah masa yang terlalu pendek. Masih segar dalam ingatan aku ketika mula-mula mendaftar untuk diploma lalu. Seluruh keluarga,sanak saudara,datok dan opah aku turut bersama-sama mengikut aku mendaftar. Bukan aku pinta tetapi mereka yang ikut serta.Mungkin mahu beri sokongan dan terima kasih aku ucapkan.
Sepanjang perjalanan aku mengikuti pengajian diploma pula penuh dengan suka-duka yang mengajar aku erti seorang mahasiswa. Bercampur dan mengenali berbagai ragam orang.Mengetahui siapa rakan,siapa musuh.Juga siapa yang tikam belakang.Semua itu ada dan pernah aku rasai. Ini semua dapat memberi kita erti dan makna kehidupan. Walau kita cuba elak tetapi kita tetap perlu hadapinya dan hanya masa yang menentukan.

Kali ini aku akan buka lembaran baru yang menanti di Shah Alam. Aku tak tahu samada rintangannya lebih besar atau sebaliknya,tapi yang pasti dan paling penting aku kena hadapi mahu atau tidak.
Harapnya blog ini tidaklah banyak sangat sawangnya nanti...Hehehe

Thursday, July 03, 2008

Tangan-Tangan Kotor

Orang kata politik itu kotor. Sebab dalamnya ada macam-macam jenis orang.
Ada orang yang mempergunakan dan menyalahgunakan kuasa.
Ada orang yang menindas rakyat.
Ada orang yang kena suap dan rela disuap.
Ada juga orang yang gunakan duit untuk diri sendiri dan mengkayakan kroninya saja.

Entahlah. Tapi politik itu sebenarnya tak kotor. Tangan-tangan segelintir ahli politik itu yang mengotorkannya. Masakan dahulu ada sistem pemerintahan khalifah.Politik jugalah tu. Sekarang pun ada ulama dalam politik.

Jadi,politik tak kotorlah.Tak,tak.Tidak sekali. Hanya ahli politik itu sendiri yang tangannya kotor mengotorkan politik.

Hangpa pikirla sendiri.Assalamualaikum...

Tuesday, July 01, 2008

Kesepian

Tahniah buat Sepanyol atas kejayaan yang gemilang selepas menunggu 44 tahun.

Semalam aku berkesempatan menonton Sepi.Agak menarik.Kesepian aku(maksud aku berseorangan) menonton filem ini membuatkan ia begitu terasa.Ceh,jiwang pulak! Namun pujian patut diberikan warga kerja Sepi terutama Khabir dan gerak kerja kamera yang cukup indah. Sukar aku untuk mengingati filem-filem lain yang lebih cantik daripada ini selain Cinta. Kisah yang paling menonjol aku rasakan ialah kisah Adam lakonan Afdlin. Kisah kedua dan ketiga pula lebih syahdu dan menangkap perasaan.

Aku menontonnya bukan untuk melihat pelakon-pelakon gah di dalamnya atau ingin mengikuti jalan ceritanya sangat tapi ingin melihat sejauh mana falsafah Khabir Bhatia gunakan dalam filem ini. Selepas Cinta,aku dapat rasakan keistimewaan pengarahan Khabir. Tidak keterlaluan tema filem ini lebih berat dari Cinta dan itu yang menariknya ia daripada Cinta. Lakonan setiap pelakon begitu berkesan cuma Syed Husin masih nampak 'berlakon'. Pemandangan Taman Tasik Taiping dipergunakan sepenuhnya oleh Khabir lalu terhasillah paparan indah di layar lebar dan grafik bangunan di latar belakang taman itu begitu realistik sekali. Begitu juga adegan perlanggaran yang nampak real terutamanya babak jip yang melanggar Rozita Che Wan. Pasar borong Selayang pun boleh terlintas dalam fikiran Khabir dan shot di sini juga menjadi cantik.

Menontonnya selama hampir 2 jam bagaikan tidak puas apabila perjalanan cerita tampak laju dan diharapkan produksi Sepi boleh menghasilkan extended version dalam DVD. Bagi aku,adegan paling menarik dalam cerita ini ialah semasa imbas kembali watak Imaan(Baizuara) yang melihatkan apa yang terjadi kepada Pierre Andre. Hanya muzik yang melatari imbas kembali tersebut dan penyampaian sebegitu manjadi berkesan sekali. Walaupun kisah Imaan ideanya tidak asli atau nampak basi, gaya penyampaiannya memang lain daripada yang lain.Itu yang buat ia menarik.

Jika korang bukan peminat Cinta sekalipun, pastinya amat berbaloi mengeluarkan RM8 untuk menontonnya. Percayalah ia tidak menghampakan...

Friday, June 27, 2008

Russia kene bayar?




Ye ke?Ini sekadar spekulasi aku je. Melihat corak persembahan Russia semalam umpama mereka ini macam telah dibayar. Aduh,impian melihat perlawanan yang sengit dan pertarungan antara Fabregas dan Arshavin tidak menjadi kenyataan apabila Russia longlai dalam perlawanan tersebut. Hanya satu shot on target dari Russia. Spain jelas menguasai perlawanan sehinggaka kelihatan bahagian tengah Russia lumpuh sama sekali. Arshavin pula tidak menjadi apabila hantarannya kerap dipatahkan.


Apapun,malam tadi adalah milik Fabregas apabila menjadi assist untuk gol kedua dan ketiga. Beliau begitu berkesan sekali di bahagian tengah dan kerap menghantar bola ke depan. Fabregas bukanlah seperti mana-mana pemain Spain yang tampak laju dan agresif tetapi umpanannya itu yang berkualiti dan berbahaya. Letaklah Senna ke, Silva ke, Iniesta ke atau Xavi tetapi mereka semua takkan sama seperti Fabregas. Visi Fabregas adalah yang paling 'dahsyat' dan tidak ada dalam mana-mana pemain tengah Spain lain. Teruskan langkahmu Fabregas dan tundukkan Jerman pula.

Turki juga adalah pasukan mantap dalam kejohanan ini. Pada awalnya tiada sesiapa yang memandang Turki sebagai pilihan apabila tewas kepada Portugal dalam perlawanan pertama tetapi Turki membuatkan pengkritik memamah semula kata-kata mereka ibarat bayi tiada gigi. Perlawanan separuh akhir itu sepatutnya menjadi milik Turki dengan Jerman hanya bernasib baik memperolehi setiap gol dek kelalaian benteng mereka. Rumusannya, Turki layak menang malam itu tetapi inilah bolasepak dan mereka telah menunjukkan kepada dunia bahawa merekalah pemenang sebenar Euro ini. Teruskan semangat juangmu Turki dan jangan putus semangat untuk kejohanan seterusnya.

Monday, June 23, 2008

And the winner is...


Tumpas juga keegoan Italy dek penalti terakhir yang disumbat Fabregas demi langkahan untuk misi seterusnya. Kemasukan pemain Arsenal tersebut berjaya mengubah corak permainan Spain kerana sifat urgency yang dimiliki olehnya. Beliau banyak melakukan hantaran terus ke hadapan namun begitu gawang Italy tetap kebal sehinggalah ke masa tambahan. Dan nyata ketangkasan Casillas menjadi titik tolak kejayaan Spain apabila menyelamatkan dua sepakan pemain lawan. Pemain bernombor 10 kemudiannya menjadi pelengkap malam gemilang Spain yang akan bertemu anak buah Guus Hiddink. Satu pertembungan menarik bakal kita saksikan.

Sunday, June 22, 2008

"Superior Fitness"



Russia mempamerkan apa yang digelar sebagai "superior fitness" menyaksikan Belanda tampak kelesuan menahan asakan mantap anak buah Guus Hiddink. Awalnya,permainan agak seimbang apabila keduanya saling menyerang namun Belanda terperangkap apabila membenarkan Russia melancarkan serangan balas dengan mudah. Serangan balas inilah yang menghukum Belanda. Di kala itulah kita melihat penjaga gol kebanggaan Manchester, Van Der Sar mudah melepaskan gol kedua dan ketiga. Arshavin adalah pemain yang perlu diberi perhatian dan berpotensi dilamar kelab-kelab besar sebaik tamat Euro nanti.


Jika berkata mengenai kejayaan Russia,ia tidak akan lengkap apabila tidak menyebut nama Guus Hiddink. Sentuhan magisnya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana jurulatih dalam dunia. 6 tahun lalu,Korea layak ke separuh akhir iaitu satu pencapaian menakjubkan bagi Asia. 4 tahun kemudiannya,Australia pula layak ke Piala Dunia namun terkandas di tangan Italy. Begitu magisnya sentuhan mamat Hiddink ini.Mungkinkah harapan rakyat Malaysia melihat pasukan kebangsaan di pentas dunia terkabul dengan adanya 'tongkat sakti' Hiddink? Mungkin FAM perlu berbelanja besar bagi membawanya ke sini.Ataupun Tan Sri Ananda Krishnan boleh membantu dengan asetnya yang berbillion ringgit itu.



Tidak dinafikan pada awal saingan Belanda dan Croatia adalah calon pilihan untuk bergelar juara namun malam tersebut bukan milik mereka ketika barisan serangan mereka nampak tumpul. Turki yang sekali lagi menunjukkan 'kegilaan' mereka akan kehilangan khidmat Arda Turan yang terpaksa menjalani penggantungan akibat kad kuning kedua. Apa agaknya strategi yang akan digunakan Fatih Terim bagi menghadapi Jerman?Apakah akan hadir satu lagi kebangkitan Turki? Sama-sama kita nantikan. Diharapkan pagi nanti Spain mampu menghancurkan keegoan Italy yang menyingkirkan Perancis aku.Huh

Wednesday, June 18, 2008

Dejavu



Perancis seakan tidak dapat lari daripada sumpahan Italy pada saat-saat perlawanan penting.Tumpas 2-0 dan tersingkir daripada kejohanan pasti amat pahit untuk ditelan kepada pemain yang telah bermain sepenuh hati. Henry adalah yang paling kecewa jika melihatkan aksi semalam biarpun selepas perlawanan dia cuba menenangkan rakan-rakan lain. Gol kedua Italy terbias dari kakinya yang tidak semena-mena digerakkan. Henry kata,"Nak tahan ke tak ni.Ahh,tahan jelah sikit pun". Coupet pun terkeliru akibat gerakan ragu-ragu kaki Henry itu. Abidal pula yang sebelum ini di posisi kiri(tempat Evra) diletakkan bersama Gallas menjadi bodoh apabila menarik Luca Toni secara jelas ketika Coupet hampir saja mendapatkan bola itu. Apa rasionalnya meletakkan Abidal yang kurang waras itu di posisi milik Thuram? Mungkin Domenech ada jawapannya.



Malam malang Perancis sudah menampakkan petanda seawal minit ke-9 apabila Ribery terpaksa dikeluarkan angkara kecederaan tumit.Maka hilanglah satu connection di bahagian tengah Perancis. Benzema sahaja yang dilihat bekerja keras di midfield. Domenech memperlihatkan kebengapannya apabila mengeluarkan Samir Nasri yang tidak sampai 10 minit bermain bagi meletakkan pemain di posisi pertahanan iaitu Boumsong. Sudahlah ketinggalan malah nak bertahan pulak.

Pengadil juga kurang waras apabila Perancis seringkali gagal memperolehi sepakan sudut walaupun mereka berhak. Sebagai tindakbalas tersebut Henry dengan secara ganasnya menerjah Zambrotta yang didorongi rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan lalu kad kuning dilayangkan. Mungkinkah Zambrotta akan menumbuk muka rakan sepasukannya itu sekembalinya ke Barcelona?Siapa tahu.

Keseluruhannya,persembahan malam tadi tidak dapat memperlihatkan saingan sengit akibat kebodohan Abidal di awal permainan. Persembahan Italy juga boleh dikatakan biasa sahaja dan aku percaya Sepanyol dapat menumbangkan mereka di suku akhir berpandukan persembahan mereka malam tadi. Tidaklah aku tahu pulak kalau tuah sekali lagi menyebelahi mereka nanti.Sayonara France..

Monday, June 16, 2008

SSPN: Another mess from PTPTN?

Today,my day started at 9 am as I went to the Bank Islam inside Tabung Haji building to settle my UiTM bill. It took me so long to get out from my house to finally went to the heart of KL. Jalan Loke Yew has been upgraded(nearly) since it took a long time under construction. Back to the story,as I finished paid the bill, later I remembered that student who want to apply for PTPTN loan need to create new account called SSPN.So,I turned back to the counter and asked how to open the SSPN account.After filled all the details in the form we need to deposit at least RM20 into the account.I wondered,why do we need these thing? I mean the SSPN account.At the back of the form,it states that it was created to help student in financial aspect so that they could carry on studying in IPT. It also tells that they wanted student to have a firm plan for future savings.

Yeah,I started to think that is this the another way from PTPTN to get their money back by encourage us to saving.Maybelah.I don't know why must we have 2 accounts for the same purpose of existence.Also,I don't know which account that they would bank-in the loan either Bank Islam or SSPN account.PTPTN once again made a mess after their miscalculation of administration charge that forces Jakim to interfere.Enough said.

After all,I thought I wanted to watch Pensil directed by M.Subash but time did not allowed me to do so.Next time.Chau

Turki yang GILA


Kepercayaan dan keyakinan aku bahawa Turki mampu pergi jauh memang tepat sekali apabila membenam Czech 3-2 pagi tadi.Setelah aku melihat Czech menjaringkan gol kedua pada minit ke-62, aku dapat merasakan yang Turki boleh mengucap selamat tinggal Euro namun apa yang berlaku pada 20 minit terakhir adalah sesuatu yang GILA!. Ketinggalan 2-0 dengan permainan berbaki 20 minit sahaja lagi adalah sesuatu yang mustahil untuk menang apatah lagi berdepan dengan pasukan seperti Czech namun itulah takdir Turki. Adalah suatu kerugian buat peminat bolasepak jika tidak menonton perlawanan ini kerana inilah perlawanan paling dramatik setakat ini sepanjang kejohanan berlangsung.

Kebangkitan Turki bermula pada minit ke-75 apabila Arda yang mirip Fabregas wajahnya menjaringkan gol bagi gol pertama Turki.Selepas itu,Turki bagaikan mendapat suntikan untuk terus mengasak pintu gol Czech yang banyak bertahan selepas itu.Namun,penjaga gol Chelsea yang dikatakan antara terbaik dunia,Petr Cech gagal menangkap bola lintang Altintop untuk Nihat menjaringkan gol kedua pada minit ke-85. Selang dua minit selepas itu,Nihat melepasi perangkap ofsaid Czech dengan tenang menyempurnakan malam bergaya Turki.Penyokong Czech yang bergembira melihat pasukan mereka hampir ke pusingan seterusnya terus tergamam kemudian.


Apapun,Turki membayar harga yang mahal apabila penjaga gol mereka,Volkan dikenakan kad merah dalam masa tambahan kerana membuat tindakan bodoh menolak pemain Czech sebagaimana dilakukan Schweinsteiger sebelum ini. Namun,penjaga gol kedua mereka pun tidak kurang hebatnya kerana dia memang berpengalaman iaitu Rustu Recber.


Lastly, aku mengharapkan tuah dan keajaiban juga akan berlaku kepada Perancis yang menentang Itali sambil mengharapkan Belanda menewaskan Romania.Siap kau Van Basten!Kalau kalah aku kutuk!Adios..
 
Google Analytics Alternative