Semalam, aku tertonton satu rancangan di televisyen kerajaan mengenai pendapat panel yang terdiri dari pakar ekonomi, pakar pendidikan dan usahawan mengenai bajet. Perbincangan pada mulanya menarik tetapi dua ahli panel (Naib Canselor UPSI dan Presiden Gabungan Usahawan) mula melalut tentang sikap rakyat. Padahal, intipati perbincangan adalah mengenai ekonomi dan bajet. Pakar ekonomi, Dr Mohamad Khalid berada dalam perbincangan dan dalam konteks apabila berhujah sehingga keupayaan beliau mengingati statistik dan data-data dari analisis beliau pasti akan mengkagumkan kita. Mari kita simpulkan beberapa perkara mengenai pandangan golongan intelektual (kononnya) terhadap rakyat kelas bawahan.
1. Rakyat yang suka merungut dan meminta-minta ini tidak mahu mengubah
sikap. Bak kata Naib Canselor UPSI, berilah gaji mereka tinggi mana
sekalipun, tetapi jika mereka tidak mahu mengubah nasib dan mentaliti
mereka, mereka tidak akan ke mana.
Gaji tinggi bermasalah, gaji rendah pun bermasalah. Ini rumusan Naib Canselor tersebut.
2. Ubah cara hidup. Ingatkan menteri saja yang suruh ubah cara hidup.
Rupanya orang kaya, orang intelek (segelintir) dan orang acah-acah kaya
pun suruh marhaen ubah cara hidup.
3. Terima apa yang kerajaan
buat secara positif. Lagi sekali, Naib Canselor UPSI mengatakan walau
efektif mana sekalipun bajet dibuat, tidak akan berjaya jika rakyat
tidak positif. Tidak ada mana-mana kerajaan di dalam dunia ini buat
bajet yang 100% disukai rakyat.
4. Generasi subsidi merosakkan aspirasi kerajaan.
Inilah satu lagi mentaliti orang 'atas awan' yang suka menerima apa
sahaja yang kerajaan laksanakan. Kegagalan menyelami perasaan dan
kesusahan rakyat seringkali menjadikan mereka dibuai hakikat bahawa
rakyat seringkali berfikir secara negatif.
Jadi, kita sudah
sedia maklum akan perkara yang sering dilaungkan orang kapitalis, orang
kaya, orang yang positif (rakyat sahaja yang negatif) dan segala macam
orang yang tidak faham konteks sebenar apa itu intipati atau garis
panduan tepat dalam pembelaan kepada nasib rakyat. Dan akhirnya, rakyat
akan disalahkan jika mereka gagal mendapatkan sesuatu. Pada akhirnya,
ini menjadi ratib mereka kepada marhaen:
~ Kadar pengangguran naik - graduan memilih kerja, graduan tidak menguasai 'softskill, graduan tidak menguasai Bahasa Inggeris.
~ Kos sara hidup meningkat - rakyat suka merungut, pendatang asing pun ramai berkemampuan, pendatang asing pun boleh 'survive'.
~ Pendidikan tidak meliputi semua kelas masyarakat - pelajar malas, pelajar suka buang masa, pelajar suka komplen, pelajar taknak berusaha memasuki sekolah bagus.
~ Kos sara hidup meningkat - rakyat suka merungut, pendatang asing pun ramai berkemampuan, pendatang asing pun boleh 'survive'.
~ Pendidikan tidak meliputi semua kelas masyarakat - pelajar malas, pelajar suka buang masa, pelajar suka komplen, pelajar taknak berusaha memasuki sekolah bagus.
Ini contoh cakap-cakap bangang yang
bermain di bibir mereka. Mereka ini tidak sekalipun melihat kepada
statistik dan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Mereka lebih
kepada penilaian atau 'assumption' mereka sendiri dan menyalahkan sikap.
Cendikiawan berusaha membina 'empangan ilmu' untuk dinikmati
rakyat segenap masyarakat tetapi yang memecahkan empangan ini adalah
golongan yang terlalu selesa dalam kehidupan mereka dan menyuruh rakyat
mengambil timba sendiri untuk menadah air di sungai.
Boleh tonton video di link ini.
Boleh tonton video di link ini.
No comments:
Post a Comment