Najib dalam Buletin Utama yang sudah pasti aku sendiri tidak tonton
menyatakan perlumbaan F1 tidak lagi dianjurkan oleh Malaysia kerana
faktor ekonomi.
Sedangkan binatang pun faham apabila sebelum ini
Najib beria-ia menyatakan ekonomi Malaysia bertumbuh secara baik.
Tetapi, apabila masuk bab penganjuran F1, kita dikatakan rugi pula.
Begitulah nasib rakyat Malaysia. Setiap hari ditipu. Setiap hari merelakan diri ditipu. Dan masih lagi yang menyukai BN.
Jika diimbas, kita boleh melihat beberapa permasalahan dalam urustadbir
beberapa agensi berkaitan kerajaan mengalami kegagalan. Sebut saja, MAS
yang perlu di'bail-out', Proton yang dibantu tetapi tidak dapat menjana
keuntungan baik, Plus yang kerajaan beli dan tempoh konsesi
dipanjangkan atas alasan rugi, Monsoon Cup yang gagal di Terengganu,
Formula One yang dicanang menjana pendapatan negara tetapi sebaliknya,
Intrakota yang kerajaan beli dan tukar kepada Rapid kerana rugi, LRT
yang kerajaan beli kerana syarikat tidak dapat menjana keuntungan, Felda
yang sana-sini penuh skandal dan bermacam lagi yang kita boleh nampak.
Tetapi kita, apa kisah? Ini kan semua salah DAP!!
Tetapi kita, apa kisah? Ini kan semua salah DAP!!
No comments:
Post a Comment