Sudah menjadi tabiat manusia untuk membanding beza. Dan untuk menetapkan kayu ukur sesuatu kekuatan ketumbukan itu, tentulah dari segi berapa
berjayanya mereka mengumpul ahli untuk turun menyertai perhimpunan.
UMNO bangga dengan Perhimpunan Agung walau rata-ratanya dikerah dan dijanji wang ringgit. PAS
bangga dengan Himpunan Fastaqim mereka yang kebanyakannya hadir tanpa
taburan wang ringgit atas nilai kesetiaan pada parti. Dan Pakatan
mungkin berbangga atas bantuan NGO dalam mengembleng tenaga membuat demo Bersih dan yang terbaru Himpunan Kleptokrasi.
Terus-terang dan tanpa berselindung, Himpunan Kleptokrasi lepas mungkin
boleh dikatakan gagal. Banyak faktor penyumbang antaranya yang utama adalah hebahan yang
secukupnya tidak dilakukan. Rata-rata orang tidak tahu ada himpunan ini jika
mereka tidak mempunyai akaun media sosial. Berbanding himpunan sebelum ini yang
mempunyai banyak masa untuk mengumpul orang dan hebahan mulut ke mulut
dilakukan. Berbanding demo Bersih yang diberikan masa secukupnya dengan hebahan hebat dilakukan.
Dari sudut lain, pakatan pembangkang itu sendiri yang kini terlalu banyak masalah membelenggu akibat terlalu banyak pecahan parti di dalamnya. Ditambah isu-isu lain yang menyebabkan serangan media BN dan blok ketiga (you-know-who) ke atas PH gagal ditangkis. Selain itu, boleh dikatakan faktor Mahathir juga menyebabkan orang masih tunggu dan lihat.
Namun, kita yang genius ini tidak perlu memikirkan ini semua. Sebaliknya, kita masih tetapkan fokus untuk menumbangkan BN. Maka, mereka bertanya,
"Pembangkang belum perintah pun dah banyak tak betul, macamana?"
Habis, yang tengah perintah pun sekarang dah macam 'haram', kau nak biar je?
Kesimpulan mudah, kertas undi sahaja bakal menjadi penentu kepada kekuatan pemerintah dan pembangkang. Wujudnya blok ketiga juga bakal memecah undi pembangkang. Lantas, hanya yang genius sahaja mampu berfikir satu ribu ke hadapan untuk menentukan jatuh bangunnya negara ini.

No comments:
Post a Comment