Selama ini, jika aku di kampung, aku dengar pelbagai cerita dan merasai
sendiri betapa kuatnya pengaruh UMNO BN di kampung-kampung dan
pedalaman.
Antara bentuk subsidi yang mereka dapat secara
berterusan dan berkala ialah penerimaan beras dan barangan dapur,
lawatan percuma ke mana-mana tempat anjuran UMNO yang melibatkan
pemimpin turun padang (kadangkala sampai ke
KL), kain pelekat 1Malaysia, ketua kampung dapat mengerjakan umrah
secara percuma, dapat jalan yang sentiasa diturap dan macam-macam.
Paling utama, asalkan BN jaga bekalan air mereka, elektrik mereka dan
jalan kampung mereka, mereka tidak kisah untuk beri undi kepada BN.
Inilah kekuatan UMNO di kampung-kampung. Mereka menyumbang secara
berterusan di kampung sehingga adakalanya siapa yang lebih kuat pengaruh
dan kronismenya, maka, dialah akan mendapat pelbagai bantuan termasuk
menerima tanah.
Sebab itu, orang kampung tidak kisah mengundi UMNO walau kau hidang mereka cerita korupsi tentang 1MDB dan Felda sekalipun. Yang penting, dapur mereka berasap dan perut mereka terisi.
Pada akhirnya, perlu muncul satu generasi baharu di kalangan anak muda di kampung-kampung untuk memberi satu wadah baharu kepada segenap lapisan masyarakat supaya berhenti menyokong UMNO.

No comments:
Post a Comment