Aku ada terbaca satu hantaran (baca: posting) mengenai pengikut pemimpin.
Pengikut pemimpin ni ada 2 perangai yang utama. Pertama, setia. Kedua,
ampu. Ada pengikut yang tahu beza setia dengan ampu. Tetapi, ada juga
pengikut yang terkeliru antara ampu dan setia.
Yang setia, akan
berpegang dengan prinsip kebenaran. Contoh simple aku bagi adalah Rais
Yatim. Dia ni dulu pun menteri yang agak sombong dan poyo. Cuma kini,
beliau antara paling kerap bersuara hal Jho Low. Tu aku bagi contohlah.
Yang kaki ampu pula takkan tahan lama. Mana-mana pemimpin yang naik,
beliau akan jadikan mereka bos dan kaki ampu ni pula akan menjadi ibarat
anjing dicucuk hidung. Tak kisahlah benda tu salah atau benar dilakukan
oleh pemimpin mereka, mereka akan keluarkan kenyataan yang hanya sedap
didengari dan mahu didengari saja. Contoh sini adalah Salleh Keruak atau
Rizal Mansor.
Mereka nilah antara kaki ampu yang membontoti apa saja arahan ketua gampang itu.
Mereka nilah antara kaki ampu yang membontoti apa saja arahan ketua gampang itu.
No comments:
Post a Comment