Baru-baru dan sekarang ini semakin giat kempen Undi Rosak dijalankan.
Apapun cara, kesemua perkara mengundi ini adalah hak untuk setiap
rakyat di bawah negara demokrasi. Dan, cara yang baik untuk bertoleransi
adalah dengan meraikan pendapat.
Boleh dilihat gerakan dan
kempen undi rosak ini dijalankan oleh kebanyakan pihak atas pagar dan
page atas pagar (seperti pernah aku tulis sebelum ini) dan juga pihak
yang kecewa dengan pembangkang. Kerana orang BN tidak akan melakukan undi rosak bersama-sama mereka.
Perlu diketahui bahawa penentangan terhadap UMNO bukan baharu. Bukan
semasa era Mahathir. Bahkan sudah bermula sejak zaman sebelum merdeka.
Bagaimana UMNO yang berkawan baik dengan British mula menolah perjuangan
kiri seperti AWAS, API dan lain-lain.
Jadi, apabila muncul pihak-pihak yang mengaku kononnya mereka inilah yang menggerakkan kerja-kerja membantu pembangkang semasa PRU lepas, mereka perlu bertanya kembali apa asas perjuangan mereka?
Adakah sekadar menolak Mahathir pada era Reformasi 1998? Atau menolak sistem yang dibangunkan UMNO?
Jika ditanya pandangan aku (atau blog ini), kita menolak secara total sistem yang lahir daripada UMNO. Mahathir lahir daripada UMNO. Oleh itu, kita menolak UMNO dan bukannya Mahathir seorang. Dapat difahami bahawa trend penyokong pembangkang kini adalah menolak Mahathir (di dalam masa yang sama membenci BN).
Ya, Anwar juga lahir daripada sistem UMNO dan kebanyakan pemimpin pembangkang juga daripada situ. Tapi perlu difaham bahawa mereka ini bangun untuk menentang sistem korupsi dalam UMNO. Ya, tolak tepi Mahathir.
Jangan kerana wujudnya undi rosak ini, maka, Selangor akan kehilangan kuasa kepada BN atau pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mahathir hanyalah satu entiti tahi di dalam satu gabungan yang belum terbukti tahap korupsinya jika dibandingkan dengan satu gabungan yang sudah memerintah terlalu lama sehingga sistem busuk mereka telah bernanah dari segenap kampung hingga ke peringkat kolar putih.

No comments:
Post a Comment