Sempena Hari Wanita semalam, aku saja nak kongsi sedikit kisah tentang wanita.
Nak masuk 2 tahun kahwin ni, aku boleh perasan yang kaum wanita (of
course yang aku kenal la) ni boleh jump into conclusion dengan pantas.
Ada kejadian depan mata, dia akan terus sepantas kilat membuat
kesimpulan. Jika dalam matematik, kita ada langkah-langkah penyelesaian
pengiraan, depa tak. Depa terus ada jawapan yang berdasarkan sangkaan
atau persepsi.
"Bang, water heater rosakkkk..."
Bila aku check, laaa..tempat pemanas dia kena tekan kuat sikit dari kebiasaan. Isteri ingat rosak bila tekan-tekan tak mahu panas.
"Bang, mesin basuh rosak! Baju ni basah tak berapa lembab pun.."
Adus, aku tadi taruh sabun banyak sikit. Jadi, mesin tak berapa nak spin la tu. Itu pasal jadi baju lebih lembab daripada biasa.
Sebagai lelaki, korang kena rilek dan bertenang dua kali ganda daripada isteri korang. Ini sekaligus dapat menenangkan isteri korang dan korang juga. Bagi lelaki, siasatan kepada punca permasalahan adalah perkara penting dan itulah perkara pertama yang terlintas dalam kepala kami. Manakala, perkataan 'rosak' ni pulak adalah perkataan terakhir atau jawapan terakhir yang pernah kami fikirkan. Kalau boleh, nak elak sebut perkataan 'rosak' ni sebab apa yang kita sebutkan biasanya doa kan?
Oleh itu, jangan lupa untuk bersikap rilek dan cool jika isteri korang kata ada benda rosak kat dalam rumah. Siasatlah sendiri kerna itulah tugas lelaki.
Selamat Hari Wanita kepada Puan Azleen!

No comments:
Post a Comment