Hari tu aku singgah satu kedai makan lewat malam. Kebetulan ada satu
program TV bertajuk The Sherry Show. Biasalah, rumah aku tv pun takde.
Aku pun menonton sambil menunggu nasi goreng ayam disiapkan (apa punya
cilaka dekat setengah jam buat nasi goreng ayam). Tonton punya tonton,
aku pun terfikir. Kalau beginilah kualiti program tv tempatan, aku tak
hairan akan terus wujud golongan yang self-centered, malas membaca dan
yang guna otak kanan sahaja berkembang biak.
Rancangan sebegitu wujud sejak aku kecil (ketika itu, aku menonton tv
rumah ibubapa) lagi. Dan sudah masuk 2018, rancangan yang memanggil
artis lalu ajak bersembang, buat video parodi sikit-sikit, menari dengan
iringan band dan temuramah topik ringan tiada hala tuju masih menjadi
acuan penerbit rancangan tempatan. Aku macam, what? This is 2018 bro. Yet, we still have this s*it?
Dan bila nasi goreng ayam aku siap, lega akhirnya.
Dan bila nasi goreng ayam aku siap, lega akhirnya.
No comments:
Post a Comment