Ada sebab mengapa kita disuruh zuhud dan tidak berlebihan dalam
setiap perkara. Ia boleh mendatangkan fitnah kepada agama itu sendiri.
Agama yang suci boleh dirosakkan dengan perilaku penganutnya. Buktinya?
Lihat beberapa rakan IG beliau (you-know-who) atau peminat beliau barangkali bahawa
beliau adalah simbol wanita Melayu Islam moden dan ke hadapan.
Bukankah ini fitnah terhadap agama?
Dunia tidak memerlukan lebih ramai orang kaya dan berjaya. Apa yang
dunia perlukan adalah orang yang bijak, pemberi dan pencinta.
Apa
gunanya orang berjaya kepada masyarakat? Mereka ini hanya berminat
mengumpul follower di media sosial dan menayangkan kisah hidup mereka
agar peminat dapat berfantasi bersama-samanya. Realiti itu tidak.
Realiti itu pahit. Jauhilah orang berjaya (terutama yang bodoh) kerana
ia tak memberi manfaat langsung kepada kau.
No comments:
Post a Comment