Bagaimana GST mampu membankrapkan sesebuah syarikat?
Merujuk
kepada tulisan Dato Ir Abdul Hak selaku pengerusi Malaysia Ship Owners'
Association, syarikat dalam Malaysia perlu membayar GST setiap kali
membuat pesanan peralatan. Ini dipanggil 'upfront payment' setiap kali
berlaku transaksi.
Barang masih belum boleh dijual atau dijanakan
keuntungan daripadanya tetapi GST perlu dibayar setiap kali pesanan
dibuat. Dan kutipan semula GST adalah satu proses yang panjang dan mengambil masa. Lainlah jika ianya 'back to back'.
Maka, wujud satu kesulitan dalam sesebuah syarikat untuk survive
apabila mereka perlu mengeluarkan satu belanja untuk cukai yang entah
bila akan dapat semula sementara barang pula masih belum terjual. Lama
kelamaan, syarikat tidak akan bertahan kerana sejumlah wang yang besar
telah dikeluarkan semata-mata untuk membayar GST.
Jangan hairan jika ada banyak syarikat telah gulung tikar akibat penangan GST.
Sekian.
Jangan hairan jika ada banyak syarikat telah gulung tikar akibat penangan GST.
Sekian.
No comments:
Post a Comment