Saturday, December 24, 2016

Hamba Kepada Yang Maha Kaya

Hari ini baru 24hb Disember 2016. Baki duit bulan ni adalah seperti di dalam gambar. Lepas tolak makan tengahari tadi dengan menjamah murtabak sekeping, tinggallah RM4.30 ngam-ngam. Dalam akaun bank, jangan ceritalah, memang apa pun takde dah.



Tetapi, mengapa aku begitu tenang setenang air di kali?

Kita perlu yakin bahawa Allah itu ada dan Dia pasti akan membantu hambaNya.

----

Aku pergi ke ATM lepas solat di surau Hospital KPJ belakang Hospital Tawakkal Jalan Pahang. Aku ke situ bukan apa. Aku pergi tukar cermin depan sebab ada crack masa aku ke site minggu lepas. Nasib baik insurans ada cover. Berbalik kepada mesin ATM tadi, aku saja-saja la check baki akaun, manalah tahu ada keajaiban berlaku.

Tup. Lepas dah klik 'Pertanyaan Baki', terpaparlah di skrin jumlah amaun wang dalam akaun aku.

Alhamdulillah!! Nampaknya aku baru teringat yang aku punya claim dah masuk. Tak mampu ku ucapkan apa melainkan rasa syukur yang amat sangat. Terima kasih ya Allah!

Tiba-tiba, aku teringat sebuah kata-kata dari gelandangan...

"Bagaimana kamu boleh jatuh miskin sedangkan kamu semua adalah hamba kepada Yang Maha Kaya?"

Sunday, December 18, 2016

Hikayat The Red Warrior

Suatu ketika dahulu, Annuar Musa diangkat dan dijulang selaku perwira bolasepak Kelantan. Kehebatannya menarik penaja sehingga membolehkan pemain-pemain hebat dikumpulkan di satu negeri cukup disegani. 

Siapa yang boleh lupa bahawa pemain-pemain Kelantan ketika itu antara penerima gaji tertinggi dalam Malaysia sehinggakan mereka boleh membeli kereta mewah mencecah ratusan ribu ringgit. 

Namun, benarlah kata pepatah, seseorang ahli politik itu tidak boleh melihat duit yang banyak kerana dia pasti akan kelabu mata. Hasilnya, persatuan berhutang jutaan ringgit, gaji pemain tidak dibayar, penaja menarik diri dan kesudahannya, pasukan Kelantan menarik diri. 

Ini semua mengesahkan bahawa pemimpin politik UMNO itu sememangnya dungu dan bebal jika melibatkan urusan duit. Dan lebih teruk, seorang Presiden boleh meninggalkan persatuan dengan selamba tanpa rasa bersalah. 

MARA apa cerita?

Aleppo

Sana sini kita mendengar umat Islam dibunuh, umat Islam berperang. Kini, Timur Aleppo sedang meratap sedih di atas kekejaman tentera kerajaan Bashar al Assad dan Russia melakukan jenayah penyeksaan yang bukannya baru semalam berlaku.

Pokok pangkalnya, kita masih jauh daripada desah nafas Sultan Al-Fateh penakluk Konstatinopel yang kita idamkan. Kerana kita hanya pengamal Islam sekejap-sekejap. 

Hari semalam kita bersedih dengan Rohingya. Hari esok kita bergegar vaganza. Lusa, bersedih semula dengan tragedi Aleppo. Tulat, kita bercerita pasal si Buntat. 

Kedai tudung tetap laris. Fesyen muslimah terus mendapat perhatian kerana setiap hari pasti akan munculnya rekabentuk baru yang kita sendiri pun tidak terkejar dengan halajunya. Tetapi, mengapa umat Islam masih lemah?

Kesimpulannya, yang merosakkan Islam (baca:pemimpin munafik dan korup) inilah kita harus tolak terlebih dahulu sebelum kita bersatu padu menentang musuh Islam yang nyata.

Friday, December 09, 2016

Mendapat Isyarat Lucah


Sedang aku memandu di sebatang jalan raya lurus setelah melalui bulatan, ada sebuah Exora keluar agak laju dari sebuah persimpangan u-turn. Aku dengan rasa terkejut, membrek secara mengejut lantas menekan hon sebagai tanda marah.

Exora ni pun brek dan memperlahankan kenderaannya bagi memberi aku laluan. Aku potong macam biasa dan anggap benda ini biasa. Aku pun tak toleh kepada pemandu Exora tersebut kerana aku sedar, kalau kita toleh terhadap pemandu lain yang membuat onar di jalanraya takkan mengubah apa-apa. Jadi, apa perlu toleh?

Namun, Exora ni pun memecut dengan laju dan mencucuk kenderaan aku dari belakang sambil menekan hon beberapa kali. Aku pun tanya isteri aku, "apahal gila mamat ni? Sakit hati ke kena hon di pagi hari?"

Aku pun bila dah kena hon banyak kali ni, aku mula memperlahankan kenderaan untuk membiarkan Exora ni memotong aku. Sebaik sahaja dia melintas di tepi aku, pemandunya seorang lelaki India menunjukkan jari tengahnya kepada aku.

Yang kelakarnya, isteri aku pun menghulur tangan dan terus menekan hon panjang sebagai membalas perbuatan pemandu Exora ni tadi. Aku segera menenangkan dia.

"Sabar. Kalau dah tahap tunjuk jari tengah ni, kita dah boleh tahu kat mana level dia..."

Isteri aku diam tanda setuju (gamaknya?). Exora tu pun memandu agak perlahan menanti reaksi aku agaknya. Aku pun memperlahankan kenderaan juga. Bagi aku, kadangkala, kita harus membiarkan binatang memandu di jalanraya supaya mereka boleh bercampur serba sedikit dengan manusia.

Rohingya yang Dipolitikkan

Sebelum kita pergi jauh melangkaui batas kemanusiaan, mari kita periksa dahulu fakta dan pandangan page ini. Anda boleh bebas untuk tidak bersetuju.

1. Raja Kamarul Bahrin pernah mengemukakan permintaan untuk membahaskan isu Rohingya di Parlimen dan pada waktu itu tiada sokongan dari ahli parlimen BN, menyebabkan Speaker menolak usul bahas dikemukakan Raja Kamarul.

2. Najib selaku ketua kerajaan mempunyai kuasa legislatif dan memegang amanah di dalam pertubuhan OIC dan Asean berhak memutuskan tindakan terhadap Myanmar memandangkan ia telah memasuki fasa campurtangan ketenteraan yang digunakan terhadap etnik Muslim dari luar.

3. Tetapi, Najib menggunakan kuasanya selaku ketua kerajaan menggunakan pentas demo (sambil mengajak PAS) bagi menjentik sensitiviti umat Islam (yang mudah terpedaya dan diperdaya)supaya hadir solidariti dianjurkan oleh Umno. Rakyat yang dungu dan kononnya seakan bersimpati dengan nasib Rohingya serta atas nama kesepakatan umat Islam melangkaui batas kemanusiaan akan percaya percaturan politik yang dimainkan Najib. 

Mudah kata, Najib berjaya memainkan strategi politik pecah belah ini sehinggakan orang kampung JKKK (baca:FB Page) dan si bodoh (UG) percaya kita harus bersolidariti untuk Rohingya tanpa mengira fahaman politik.

Sunday, November 27, 2016

Kisah Di Sebalik Dewan Seri Kasih


Tahun 2014, semasa aku berada di syarikat lama, aku telah ditugaskan untuk merekabentuk sistem mekanikal bagi sebuah dewan untuk kegunaan majlis kahwin dan acara-acara berkaitan. Tuan pemiliknya bernama Haji Ayub. Punyalah banyak duit Haji Ayub ni buat bisnes katering dan restoran sampai dia boleh labur berjuta ringgit untuk bina sebuah dewan untuk kenduri kahwin. Bila asyik menyewa khemah pada orang, dah tentulah kita rasa nak buat dewan untuk kenduri kahwin pulak kan. Bukan macam itu ke sistem kapitalis berfungsi? Eh, maaf Haji Ayub. Saya cakap pasal orang lain.

Berbalik kepada tahun 2014 tu, bila aku tengok kena buat rekabentuk sistem pendingin hawa yang dipanggil sistem pendingin hawa berpusat atau 'centralised air-conditioning system', aku tak tahu macamana nak mula. Aku dahlah tak pernah buat sistem aircond luar biasa ni. Setakat suruh aku rekabentuk aircond yang untuk dalam rumah kau tu, aku tahulah. Centralised aircond ni bukan kerja kecil anak. Banyak parameter dan kriteria kena ambil kira.

Aku selaku jurutera yang perlu berfikir di luar kotak memulakan langkah pertama dengan menelefon pengedar aircond. Orang engineering panggil, supplier. Aku telefon Panasonic buat presentation. Panasonic bentangkan sistem aircond dia. Tak banyak membantu. Aku telefon pula York atau sekarang lebih dikenali dengan Daikin. Mr. Mark ni banyak bantu aku. Dia rekabentuk sekali kapasiti aircond dia. Siap bagi ductulator. Apa tu ductulator? Itulah kalkulator untuk mengira saiz ducting yang diperlukan dari outdoor unit kepada outlet grille aircond. Punyalah power dan bagus Mr. Mark ni sampai aku dapat ilmu baru yang tak ternilai hasil tunjuk ajar dia. Semenjak dari tu jugak, aku berkawan baik dengan dia sampai setiap seminar Daikin, dia jemput. Daikin launch product baru kat Hotel Sunway pun dia jemput aku. Daikin keluar diari dan kalendar baru pun dia bagi aku. Alhamdulillah.

Ada satu lagi supplier aku panggil iaitu Acson. Acson sekarang ni kira satu jenama teguh juga lepas dia rebranding dan masuk bawah company Group HSL (aku tak pasti betul ke tak) bersama-sama dengan Daikin. Cuma skop dah lain-lain. Acson pun banyak bantu aku dalam design aircond dewan Haji Ayub ni. Dan, sama macam Daikin, lepas tu aku diajak ke seminar percuma dan pelancaran produk dan kalendar baru. Inilah bukti jika kita berbuat baik pada orang, orang akan bantu kita.

Setelah aku membanding-banding beberapa sistem yang aku terima dari supplier-supplier ini, aku pilih sistem dicadangkan supplier Daikin kerana lebih reliable, murah dan jimat ruang. Cuma sekarang yang mendatangkan masalah pada aku ialah bagaimana nak rekabentuk sistem ducting aircond ni. Yang ni bukan bawah skop Daikin. Jadi, aku kena perah idea bagaimana untuk design ducting dia. Tak dinafikan, ductulator yang dihadiakan Daikin tu banyak membantu aku tetapi untuk mengesahkan rekabentuk tu, entah siapa yang boleh lakukan.

Aku pun survey dan terjumpa nama Prudentaire. Mr. Evan dari Prudentaire ni salah satu bentuk pertolongan Allah yang dijelmakan dalam rupa manusia (jika tak keterlaluan). Kerana apa aku berkata begitu? Dia ini membantu aku dari A sampailah ke Z. Walaupun dia tak keluarkan ducting, tetapi dia berusaha membantu aku sehabis baik terutama sekali melibatkan rekabentuk diffuser. Oh, Prudentaire ni keluarkan grille, diffuser ataupun hasil akhir dalam sistem aircond yang engkorang nampak di dewan-dewan atau mana-mana bangunan. Untuk dewan Haji Ayub ni, aku pilih linear slot diffuser. Ala, aircond dia ni macam line tu. Jadi, kalau ada kesempatan, aku nak berjumpa dengan Mr. Evan ni kerana ilmu yang dia curahkan secara percuma kepada aku tu memang tak ternilai. Dan sebagaimana yang lain, aku masih berhubungan dengan Mr. Evan sehingga hari ini.

Tetapi, isu ducting masih tergantung juga sebenarnya. Hahaha.

Maka, aku pun merujuk kepada rakan-rakan aku yang ada. Alhamdulillah, aku ketemu dengan seorang sahabat baik semenjak zaman UiTM bernama Farhan. Dia ni kerja konsultan M&E dan boleh dikatakan agak biasa dengan design aircond. Dia boleh bantu aku design ducting aircond ni dengan bantuan seorang kawan dia yang boleh siap lukiskan sekali.

Cuma masalah dia, kena bayar rakan dia ni. Setelah aku beristikharah dan memohon petunjuk Allah, aku keluarkan duit sendiri RM250 untuk bayar kepada rakan dia supaya dia bantu aku design ducting dewan Haji Ayub ni. Aku tak minta duit bos dan aku tidak bagitahu sesiapa pun pasal outsource ni. Projek sudah nak tender, maka, aku kira, inilah jalan terbaik yang aku ada. Aku bayangkan kalau aku jumpa bos dan minta duit syarikat, nescaya aku akan disuruh cari jalan untuk design ducting tu. Ducting aircond ni bagi aku adalah bahagian terpenting sekali dalam rekabentuk sesebuah aircond. Jika silap perkiraan, maka, tidak mustahil dewan tu nanti akan jadi samada terlampau sejuk ataupun tak sejuk. Yang kedua tu yang menakutkan aku. Maka, perlukan seseorang yang expert untuk mengesahkan design ni.

Kini, pada 26 November lepas, aku dijemput untuk ke majlis perasmian Dewan Seri Kasih oleh ex-boss aku sebagaimana dia jemput aku ke majlis penyerahan SMKA Kuala Lipis. Aku tolak kerana aku tidak boleh hadir atas kapasiti aku yang tidak lagi berada dalam projek tersebut. Sayang sekali kerana aku tidak berpeluang merasa hasil lelah aku (dan juga rakan Farhan) tu setelah projek siap. Semoga aku ada rezeki untuk masuk ke dalam dewan tu satu hari nanti.

Buatlah kenduri kahwin korang kat sini. Aku boleh kawtim harga dia. Hehe...


Nota kaki - Aku pernah terserempak dengan Haji Ayub semasa aku nak hantar baju di kedai dobi yang terletak betul-betul di sebelah dewan dia yang masa itu sedang dalam pembinaan. Dia kata "design mekanikal ok, cuma ada sikit-sikit sahaja yang ada masalah. Tapi boleh setel. Yang tak setelnya, design C&S (civil & structure). Teruk sangatlah...". Dia mengadu kat aku. Aku cuma berkata, "takpelah Haji Ayub, semoga semuanya berjalan baik nanti".

Haji Ayub macam terpaksa senyum dan dia minta izin berlalu pergi.


Siapnya Sa-buah Sekolah di Kuala Lipis


Dulu, hati aku yang memberontak dan geram dengan ketidakadilan sistem dalam pejabat (sekarang: bekas) pernah menulis sebuah sekolah yang aku rekabentuk di Pahang pada 10 September 2012.

Baca sini : http://warkahkembara.blogspot.my/2012/09/sa-buah-sekolah.html

 Kini, setelah 4 tahun berlalu, ex-boss aku (pengarah elektrikal) menghantar gambar di bawah ini.




Pada 27 November 2016, sekolah SMKA Kuala Lipis di Pahang ini telah selamat diserahkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sebuah majlis yang sederhana. Disebabkan hubungan baik aku dengan ex-boss elektrikal aku tu, aku dijemput oleh beliau untuk sama-sama melihat majlis bersejarah tersebut. Namun, aku menolak dengan baik disebabkan aku tidak lagi bersama perunding yang terlibat dalam projek ini.

Sekolah ini bukannya apa, cuma ia meninggalkan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana sepanjang proses rekabentuknya, memang banyak onak duri dan ranjau mencabar yang perlu aku tempuhi. Dengan mula-mula masuk ke perunding dari seorang budak graduan (fresh grad) yang berbekalkan zero knowledge tentang rekabentuk mekanikal dalam sekolah, aku perlahan-lahan tangkap dan kaut ilmu yang ada dengan pembacaan, rekod rekabentuk lama, rujukan dari rakan lain dan rujukan dengan mentorku. Apatah lagi, boleh dikatakan aku single-handedly membuat rekabentuk mekanikal sekolah ini kerana tiada orang jurutera yang ada tinggal dalam perunding aku masa tu. Lebih membanggakan, kesilapan rekabentuk ketika proses pembinaan adalah sangat minima dan boleh dikatakan ia memenuhi piawaian rekabentuk mekanikal yang baik. Semua ini juga jasa kakak drafter aku yang membantu seperti akak Moriyah, akak Munawarah dan akak Salbiah. Termasuk juga En Zahidin mentorku dan Ir Amin (selaku pemerhati dan checker luar).

Alhamdulillah, satu kepuasan melihat sekolah ini akhirnya berdiri teguh dan siap dengan begitu indah sekali. Cuma sayangnya, aku tidak dapat berada di sana untuk sama-sama menjadi saksi acara bersejarah tersebut.

Semoga adik-adik yang terpilih masuk ke sekolah ini menimba ilmu dengan sebaiknya dan jagalah sekolah SMKA Kuala Lipis ini dengan baik.

Sebagaimana aku maklumkan di dalam posting aku pada tahun 2012 lalu, jika ada rezeki, akan aku masukkan anak-anakku di sini satu hari nanti. Insyaallah.


Wednesday, November 16, 2016

Apabila Kesemuanya Hendak di'Freemason'kan...


Baru-baru ini Neil Armsteen, penulis tersohor tentang Freemason, ada menulis mengenai Bersih, demokrasi dan pilihanraya.

Mungkin ada benar sesetengah para dalam penulisan itu. Namun, apabila pada akhirnya menyuruh kita berbalik kepada agama dan berserah kepada Allah sambil menyanggahi sistem demokrasi yang diusulkan sejak zaman kemerdekaan daripada British dahulu, menolak demonstrasi jalanan yang di'kawal' Rothschild dan lain-lain lagi berbentuk penuduhan kepada Freemason bukanlah tindakan bijak. Sebaliknya, ia memerangkap diri ke lembah kebodohan dan hina.

Menuduh segala punca kepada kerosakan sistem yang ada hari ini kepada Yahudi, Freemason dan Rothschild hanya menunjukkan kedangkalan otak kita melepaskan diri dari segala asbab ini. 

Sistem yang rosak perlu dilawan, jika demokrasi itu agenda Yahudi, maka, lawanlah dengan cara memanipulasikan ia. Pandai pula Neil Armsteen ni apabila bercakap, "guna Facebook ciptaan Yahudi untuk menyerang mereka kembali". Tetapi, mengapa bila bab suruh mengundi atau memilih demokrasi tidak dijadikan salah satu cara menyerang kembali?

Kesimpulannya, jika kita ikut penulisan Neil Armsteen ni, sememangnya kita akan duduk sahaja di rumah beribadat dan membiarkan orang lain yang 'melawan sistem'.

Bunuh Diri Kerana Kerajaan


Sehingga hari ini ramai Melayu mengaku Islam mudah menjatuhkan hukum yang memang telah kita semua sedia maklum. Tapi untuk kita meletakkan diri kita di tempat si mati, pernahkah ada rasa itu?

Hari ini orang miskin mati kerana terjun. Namun, berapa ramai lagi orang miskin yang mati yang tidak kita ketahui?

Yang mati kerana kelaparan di bawah jambatan macamana?

Yang tidak dapat rumah PR1MA kerana telah diberikan kepada kroni-kroni macamana?

Yang tidak dapat BR1M walaupun seorang ibu tunggal macamana?

Yang menjadi gelandangan kerana tidak tahu dan tidak mampu mengisi borang bantuan online macamana?

Bukankah itu juga satu 'kematian'?

Manakala, kau pula terus sibuk menulis di atas kerusi empuk dan rumah berkipas engkau sambil menuduh si mati akan ke neraka.


Norway


Dalam negeri yang mempunyai banyak sumber alam dan semulajadi, kita masih di bawah Singapura.

Sedangkan Norway yang bangun melalui royalti minyak telah muncul sebagai antara 10 negara terkaya dunia. 

Dan mampu memberi pendidikan percuma.

Kat sini, pendidikan percuma pun takde. Bajet universiti kena potong. Kos sara hidup pulak naik.

BN di Kampung

Aku bercampur sedikit sebanyak dengan orang-orang kampung sementelahan semua barang naik ni dan beberapa kesimpulan dibuat:

1. Orang kampung kebanyakannya masih bergantung harap dengan parti Umno kerana isu 1MDB dan Jho Low kurang meninggalkan geram di hati mereka.

2. Harga minyak petrol dan minyak masak naik tidak memberi kesan banyak kepada mereka. Mereka isi minyak motor paling banyak RM5 pun boleh tahan seminggu. Minyak masak pula boleh beli 1kg yang bersubsidi.

3. Dapat BR1M dah seronok. UMNO pakar dalam bab merasuah dan sogok menyogok ni. Bila dapat beras dan barang dapur, dah cukup melegakan mereka tambah-tambah lagi bila musim nak mengundi.

4. Peratusan tempat yang kurang maju dengam kawasan bandar masih berbeza jauh. Jadi, jangan haraplah orang kampung nak undi selain BN kerana parti pembangkang pun takde modal nak masuk ke kampung-kampung secara kerap.

Kesimpulannya, kau yang duduk bandar dan ada kemudahan pun masih sokong UMNO apahal?

Amerika Trump dan Malaysia Najib


Tak perlulah kita nak sibukkan pilihanraya Amerika yang bukan tandingan dunia Islam satu ketika dahulu. 

Yang kita patut sibukkan mengapa bodoh sungguh orang Malaysia 'guna' satu parti untuk tadbir negara lebih 50 tahun.

Wednesday, October 26, 2016

Menjadi Power di Zaman Moden

Zaman sekarang ni tak cukup untuk ibubapa sendiri sahaja tahu kepandaian anak. Maka, adalah perlu untuk ibubapa memberitahu kepada semua di dalam Facebook bahawa anak mereka pandai mengeja, pandai berjalan, pandai solat. 

Lagi satu, puji suami/isteri dalam Facebook. Contohnya, masakan. Tak boleh ke kau puji secara berdepan?

Ambik gambar dan gambar yang diambil tu kau print dan letak dalam album gambar rumah kau? Dekat gambar tu kau boleh letak tarikh bersama caption untuk tunjuk pada anak cucu kemudian. 

Bukankah tu lagi power dan sentimental?

Londeh Sana Sini

Bekas KPN pun dah mula berani bersuara bila kena sogok RM2 juta sebulan. Itu lepas dia pencen la. Masa dia belum pencen, ada ke dia kira berapa ringgit dia sebat? Ada dia bagitahu engko?

Sekarang pulak memang trend melondehkan pemimpin UMNO yang dah keluar daripada UMNO.

 Tapi, yang dungunya, mereka merasuah dan berakhlak buruk ketika dalam UMNO. Kalau dikatakan Shafie Apdal terlibat dalam ketirisan di Jabatan Air Sabah, ia datang daripada UMNO jugak. Kalau dikatakan Mahathir memilih pembekal di kalangan kroni ketika menjadi Pengerusi Proton, ia asalnya daripada UMNO jugak. 

Pendek kata, UMNO adalah punca segala kebusukan dan kerosakan di muka bumi ini. Jadi, benda yang dah menjadi barah dan virus ni nak simpan apa lagi? Elok ditenggelamkan dalam banjir besar atau mati dihempap gunung.

Takziah Buat HSA


"Kalau kau sakit jangan nak pergi hospital kerajaan!"

Selepas respon kerabat semalam...

"Pegila mintak dana dengan kerajaan kau tu! Apa ke gila mintak dengan orang bukan ahlinya."

Pencerahan: Selama ni 'ilmuan' UMNO bukan main menegakkan benda tidak betul mengenai hal tanggungjawab kerajaan. Jika ada yang tidak suka kerajaan, mereka disuruh tinggalkan negara, jangan pergi ke hospital kerajaan, jangan bersekolah di sekolah kerajaan. Namun, sebaik berlaku peristiwa semalam, 'ilmuan' UMNO sepakat bersetuju bahawa tanggungjawab membina hospital adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. 

Entah faham ke tidak engko?

Sunday, October 09, 2016

Kupasan : Bisnes atau Profesional?

Baru-baru ini, agak kerap kita membaca di laman-laman sosial dan media perdana bahawa ramai graduan telah berhenti daripada menjadi ahli profesional lantas membuka bisnes sendiri atau menguruskan pekerjaan lain selain yang dipelajarinya.

Apakah pandangan anda jika ada rakan yang bekerja sebagai jurutera tetapi kemudiannya memilih untuk berhenti lalu membuka bisnes sendiri.

Ini adalah pendapat aku dan tidak semestinya anda perlu bersetuju.

1. Ilmu bersifat universal dan kerangkanya juga berciri diversiti. Ia boleh diperolehi daripada mana-mana sumber, mana-mana ceruk dan mana-mana tempat sekalipun. Tidak semestinya di universiti, kolej kemahiran, politeknik dan lain-lain. Malah, ia boleh diraih daripada pengalaman di jalanan, pergaulan dengan ramai orang dan lain-lain. Itu salah satu ciri pemerolehan ilmu.

2. Untuk mendapatkan ilmu bersifat profesional atau dalam skop perbincangan ini dipanggil ilmu kejuruteraan bukan mudah. Ia kadang-kadang perlu mengambil masa 3 tahun, 4 tahun atau sehingga 6 tahun. Dapatan ilmu yang diperolehi dari kerangka masa yang panjang ini seharusnya 'dipulangkan' semula kepada industri dalam bentuk sumbangan tenaga, buah fikir dan ilmu.

3. Adalah sayang, jika seseorang itu belajar ilmu kejuruteraan sehingga menghabiskan hidupnya selama 6 tahun dan apabila sudah bergelar graduan, beliau membuka bisnes sendiri yang tidak berkaitan dengan kejuruteraan. Malah, ada yang bertahan untuk bekerja selama 3,4 tahun lalu mengambil keputusan untuk terjun ke bidang lain (non-engineering).

4. Antara faktor pendorong mereka beralih arah adalah faktor pendapatan dan minat. Ada yang tidak berminat untuk meneruskan pekerjaan dalam bidang kejuruteraan yang mana ini juga dipengaruhi pelbagai sebab. Faktor pendapatan lumayan adalah antara faktor paling tinggi mereka meninggalkan bidang pekerjaan berkait dengan kejuruteraan.

5. Tidak dinafikan berbisnes sendiri itu lebih baik daripada makan gaji malah boleh ia digalakkan di dalam agama. Antara tarikan utama adalah masa yang lebih fleksibel dan pendapatan lumayan mampu dikecapi dalam masa yang singkat. Namun, sebagaimana yang ditegaskan dalam point sebelum ini, 'sayang' sekali apabila ia terjadi.

6. Ada pelajar yang telah menghabiskan ribuan ringgit untuk belajar ilmu kejuruteraan. Ada yang dibiayai kerajaan untuk meneruskan pengajian dengan selesa. Semua ini adalah pelaburan. Jika pelaburan ini gagal memberi pulangan kepada industri, bukankah itu suatu kerugian? Industri kerugian sumber tenaga graduan muda. Industri kerugian buah fikir dan daya kreatif daripada golongan lepasan ijazah ini. Mereka yang sepatutnya menyumbang kembali kepada industri kejuruteraan ini, telah beralih fokus menyumbang kepada perniagaan lain.

7. Faktor ingin cepat memperolehi pendapatan lumayan barangkali telah menarik ramai graduan untuk menceburi bidang yang berbeza daripada apa yang telah mereka pelajari. Tambahan pula, banyak kisah-kisah tentang mereka yang bergelar hartawan apabila membuka bisnes sendiri membuatkan mereka terpengaruh dan dalam bahasa kasarnya 'kelabu mata'. Ini juga berkait dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

8. Kita bukan hendak menghukum mereka dan menuduh mereka. Cuma, apabila difikirkan jumlah mereka yang berbisnes sendiri semakin bertambah perlu membuatkan kita berfikir, apakah berbaloi pengajian di universiti atau pusat pengajian jika kita mencari sesuatu yang berbeza dan lain. Kita mungkin tidak rugi apa-apa. Namun, negara akan rugi dari segi sumber tenaga dan percambahan ilmu.

9. Ada yang tidak berminat untuk mendapatkan ijazah, malah diploma sekalipun apabila terpengaruh dengan cerita 'nasi lemak' yang mampu memberi pulangan lumayan. Ada yang terpengaruh dengan cerita pemain hartanah menjadi jutawan walau dengan memiliki sijil SPM.

10. Di sinilah kita perlu bina kekuatan ilmu. Bukanlah satu 'dosa' walau anda memiliki sijil SPM sekalipun. Cuma, masyarakat yang lain perlulah bangkit mengejar ilmu. Menjadi jurutera adalah satu fardu kifayah. Jika semua hendak membuka bisnes, siapa yang mahu mengoperasikan mesin-mesin di kilang Proton? Siapa yang hendak memantau kerja-kerja penggerudian bawah tanah MRT? Siapa yang hendak merekabentuk sistem penghawa dingin di dalam pejabat-pejabat besar? Siapa yang hendak mengira kedudukan aras tanah bagi membina 'retaining wall'? Siapa yang hendak menyusun dan menyelia vendor-vendor bagi industri minyak dan gas?

11. Oleh itu, bersabarlah wahai graduan sekalian. Libatkan diri dalam bidang yang kamu telah kamu pelajari dengan susah payah untuk mendapatkan gulungan ijazah itu sekurang-kurangnya sehingga 8 ke 10 tahun. Bantu adik-adik yang perlukan bimbingan. Industri ini perlukan kamu. Industri perlukan tenaga kamu. Industri perlukan buah fikiran kamu. Inspirasikan semula bidang kerja profesional ini. Walau pendapatan mungkin tak seberapa, namun, ingatlah, ilmu yang kamu kongsikan lebih jauh bernilai daripada wang ringgit yang berada di dalam dompet kamu.

Saturday, October 08, 2016

Kaya Infiniti Cara Kerja Kerajaan

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan projek bernilai RM3.3 billion (betul ke?) yang sepatutnya dibelanjakan bagi infrastruktur air di Sabah telah digelapkan oleh penyangak kelas atasan. Mereka dikatakan mengumpul kekayaan sehingga RM50 juta dan mengagihkan tender kepada 38 syarikat kroni mereka. Menurut akhbar, 60% daripada peruntukan telah digunakan untuk membuat kerja selain daripada kerja yang menguntungkan rakyat. Masyaallah.

Yang RM50 juta itu yang kita tahu? Macamana dengan lain-lain? Sejak zaman merdeka, berapa ratus billion yang telah disonglap oleh orang-orang kerajaan? 

Adalah mustahil apabila amaun sebegitu besar boleh melepasi peringkat semakan dengan perunding dan kontraktor tanpa adanya persetujuan untuk membahagi sama rata.

Malaysia ini sesuai untuk pencinta dunia yang gemarkan kekayaan infiniti. Asalkan berada di bawah Barisan Nasional, semuanya beres. Akhirat nanti, beratlah soalan yang akan ditanya wahai kamu pemerintah.



Zuriat Soleh?


Resam manusia itu adalah ibarat parasit. Ia perlu menumpang pada pohon lain demi kelangsungan hidup. Untuk makan, ia perlu berpegang pada yang kuat. 

Demikian jugalah pengikut dedak belaan ketua Gerakan Merah. Ia perlu menumpang ibarat parasit pada Dato Jamal untuk meneruskan hidup. Untuk menyara anak bini. Untuk membeli pakaian, membayar hutang sana sini dan melancong. 

Sayangnya, hasil pendapatan haram inilah yang digunakan untuk membeli susu anak dan menyara isteri yang kemudiannya akan menjadi seperti bapanya juga. Kerana itulah, ibubapa yang rosak akan melahirkan anak yang rosak.

Thursday, September 29, 2016

"Suamiku Doktor pHD Penipu"

Ada sesetengah orang sanggup 'menghalalkan' kerja jahat hanya kerana seseorang itu telah memberi manfaat kepada orang lain. Dalam konteks ini, kita bercakap mengenai seorang doktor yang selalu buat ceramah motivasi dan keusahawanan disabitkan menipu kelayakannya.

"Sekurang-kurangnya dia membantu memajukan ekonomi orang melayu. Kau, apa sumbangan yang kau dah buat?"
Ia ibarat engkau melakukan rasuah untuk membina masjid kepada penduduk. 

"Takpelah rasuah asalkan dia buat masjid untuk kita semua."
  
Amat menyedihkan melihat masyarakat 'terlampau positif' sampai tidak tahu lagi untuk membezakan kebenaran dan kebatilan.

Orang menipu tetap perlu diberi hukuman. Bukannya diberikan kata-kata galakan, dorongan dan lain-lain slogan 'I support u'.

Berapa ramai melayu yang dah tertipu dengan daya penarik menggunakan pHD tersebut? Apakah selepas ini, akan ada anak muda memohon pekerjaan menggunakan diploma dan ijazah palsu dan kita atas nama 'telah banyak sumbangan yang diberikan' akan menghalalkan penipuan maha dahsyat ini.

Ternyata masyarakat bukan sahaja telah menjadi rosak, malah menjadi sial...

Sunday, September 18, 2016

Analisa Perak Kedua Termiskin

Beberapa bulan kebelakangan ini, aku lihat beberapa situasi dan keadaan di negeri Perak yang seakan mengesahkan bahawa Perak sewajarnya diletakkan di tempat kedua negeri termiskin. Oleh itu, aku akan gariskan beberapa kesimpulan awal yang mungkin kamu boleh tidak bersetuju dengannya, terpulang.

Kesimpulan pertama adalah mengenai projek pembangunan di dalam negeri Perak:

1. Seri Iskandar Wholesale Centre

Tempat ini dicanang-canang akan memberikan alternatif kepada Nilai 3 di Negeri Sembilan. Promosi pada awalnya cukup bagus dan meluas. Terdapat lambakan kedai-kedai menjual pakaian dan aksesori pengantin yang sudah mula dibuka di sekitar pekan Seri Iskandar lewat tahun 2014 (jika tidak silap). Maka, akan adalah alternatif kepada pengunjung belah utara bagi yang mencari aksesori pengantin dan perkahwinan daripada bertandang hingga ke Nilai.

Masuk tahun ketiga yakni, tahun 2016, tidak ada sebarang ciri-ciri bahawa Seri Iskandar ini akan berubah landskap menjadi Nilai. Bahkan, kedai mula kosong dan tutup. Tidak ada pertambahan kedai-kedai baharu walaupun pembangunan rumah kedai rancak dilakukan. Maka, apakah projek pembangunan SIWC ini akan menjadi gajah putih?

2. RTC Gopeng

Aku kurang ingat bila RTC Gopeng ini mula beroperasi. Tetapi, ia sudah agak lama di Gopeng ini. Terdapat pasar basah, pasar awam, Mydin Mall, kedai-kedai kecil dan tentunya pusat sehenti untuk urusan-urusan melibatkan agensi-agensi kerajaan. Aku bertandang bulan lepas ke sana. Apa yang memeranjatkan adalah banyak kedai telah ditutup. Pasar awam yang besar itu juga telah ditutup. Yang tinggal beroperasi hanyalah Mydin Mall dan kedai-kedai kecil di dalam itu yang aku ibaratkan sudah nyawa-nyawa ikan barangkali. Orang ke sini mungkin hanya untuk urusan melibatkan di RTC sahaja.

3. Marina Island Lumut

Lumut adalah satu pekan yang sudah lama muncul sebagai salah satu tempat pelancongan di Perak. Namun, dengan tiadanya tarikan baharu di Lumut, ia seakan sudah tidak menjadi destinasi wajib kunjung jika ke Perak. Aku ke sana baru-baru ini. Rupanya ada satu pembangunan Marina Island di Lumut di mana ia mengandungi perumahan (barangkali ekslusif), hotel tepi laut, pulau buatan manusia dan taman tema. Apa yang memeranjatkan adalah Marina Island ini tidak begitu menyerlah dan menarik baik malam mahupun siang. Taman tema pun belum dibuka (mungkin belum siap, namun tiada langsung kerja-kerja pembinaan dijalankan), siar kaki lengang dan lampu jalan lebih banyak daripada manusia. Apakah pemaju silap perancangan atau memang pembangunnya lambat?

Daripada pemerhatian aku terhadap tiga kawasan atau tempat ini, maka, izinkan aku membuat hipotesis awal. Jika tidak bersetuju, maka, terserahlah.

A. Faktor geografi.

Siapa yang mahu ke Seri Iskandar semata-mata hendak membeli kelengkapan perkahwinan yang perjalanannya dari Kuala Lumpur memakan masa dua jam lebih? Atau dari Alor Setar ke Seri Iskandar yang lebih kurang 3 jam perjalanan? Maka, faktor geografi menjadi punca bahawa SIWC ini tidak mendapat pengunjung yang sepatutnya. Masyarakat tempatan tidaklah setiap hari membeli barang-barang sebegini.

B. Ekonomi setempat

Taraf ekonomi penduduk setempat bukanlah baik sebagaimana di bandar besar seperti Ipoh dan Kampar. Maka, barangkali penduduk tidak berbelanja besar atau mengunjungi Mydin Mall hari-hari. Bahkan, lebih baik mereka membeli di pasararaya kecil dan kedai runcit berdekatan rumah mereka. Keadaan ekonomi yang rata-ratanya isi rumah di bawah RM1000 (mengikut kajian Khazanah Research Institute) tidak memungkinkan populasi penduduk di Gopeng berbelanja lebih. Begitu juga di Lumut. Berapa ramai sahaja pendapatan isi rumah mereka melebih RM3000 di sana? Peluang terhad menjadikan keadaan ekonomi setempat juga terhad.

Ini adalah analisa awal berdasarkan pemerhatian sahaja. Mungkin ada analisa yang lebih baik daripada pemain hartanah, pemaju atau cendekiawan di Perak. Tetapi, inilah realiti yang terjadi. Aku sedang menunggu Movie Animation Park untuk disiapkan di Ipoh bagi melihat sejauh mana pembangunan yang dirancang mencapai sasaran sekaligus mungkin dapat menamatkan riwayat Perak menduduki tangga kedua negeri termiskin.

Mendatangkan Roh Islam


Takziah diucapkan di atas pemergian murabbi agung Ustaz Haron Din setelah perginya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pemergiannya seakan mengulangi episod sama sebagaimana arwah tuan guru apabila tidak terkecuali dicaci kata nista dan kata-kata jelik. Tambah panas, ia diucapkan oleh salah seorang pemimpin pembangkang.

Apa yang aku nampak di sini adalah salah dan silap orang Melayu itu sendiri. Jika mereka didatangkan dengan perasaan kuatnya Islam, kaum bukan Islam akan lebih menghormati agama Islam. Siapa yang tidak lupa ketika perginya arwah Nik Aziz, betapa ramai melayu yang mengucapkan kata-kata kurang ajar dan biadap terhadapnya. Ini termasuklah kata-kata kurang ajar bekas Ketua Polis Negara sehingga menggelarnya kafir.

Tidak terkecuali kes mendiang Karpal Singh yang dihina oleh berapa ramai orang Melayu dalam media sosial? Jadi, menjengah ke media sosial, ramai melayu mengambil peluang untuk menghentam parti DAP walaupun yang terlibat itu adalah individu, bukannya organisasi. Aku tanyakan diri aku kembali.

Apakah mereka ini benar-benar mengambil berat tentang arwah Ustaz Haron Din?

Atau sekadar pengucapan yang diambil kesempatan untuk kepentingan diri?

Ada antara mereka yang sanggup screenshot beberapa petikan FB dari kaum lain sambil membuat caption 'supaya aku tidak terlupa setiap tahun'. Ini satu lagi tindakan bodoh kebudak-budakan. Apa gunanya engkau membuat perkara sedemikian yang tidak menguntungkan sesiapa? Orang bijak tidak akan berhujah dengan si jahil. Orang genius juga tidak menjadikan pengucapan orang dungu sebagai modal ketika menulis. Maka, apa gunanya sehingga nak kumpul screenshot kata-kata jelik itu lantas untuk diingatkan setiap tahun? Bukankah bagus jika kita umat Islam membuat ucapan doa dan kata-kata yang baik untuk arwah lalu dapat diingatkan kata-kata yang baik ini setiap tahun? Lepas tu, engkau terpekik terlolong bila arwah dihina atas perbuatan buruk kamu itu.

Ini akibat dari kerosakan sistem moral masyarakat Melayu hari ini. Atas didikan apa yang menyebabkan kerosakan sebegini hari ini? Siapa yang menjulang sekularisme dalam pendidikan dari zaman British sehingga ke saat ini? Siapa kalau bukan pemerintah yang sudah berkuasa 59 tahun kita merdeka ini?

Bak kata arwah Nik Aziz, cara terbaik menyatukan kesemua kaum di dalam Malaysia ini adalah dengan membuang 'kebangsaan' masing-masing. Tinggalkan 'pakaian' Melayu kamu, 'pakaian' Cina kamu, 'pakaian' India kamu dan lain-lain. Sebaik-baik penyatuan adalah menerusi agama.

Namun, sayang, UMNO tidak suka akan idea ini. Hasilnya, lihatlah Melayu hari ini....

Tuesday, July 26, 2016

Tarik Telinga


Ketika aku pulang daripada kampung di Perak dengan memandu kereta isteri, keadaan lebuhraya agak licin dek dibasahi hujan renyai-renyai. Aku pula memandu agak laju untuk sampai ke KL dengan cepat. Aku memotong kereta kanan dan kiri dengan sering bertukar haluan di lebuhraya.

Isteri yang tadi tidur terjaga perlahan-lahan. Ketika aku membawa laju, dia senyap sahaja.

Tiba di keadaan lebuhraya yang agak sesak dan banyak kereta, aku perlu memperlahankan kereta. Ketika itulah, telinga aku ditarik manja oleh isteri.

Rupa-rupanya beliau marah aku memandu laju. Ingatkan senyap, ok je.

Woha!

Friday, July 01, 2016

Syukur dan Asimilasi


Adik aku mengeluh lagi tentang keadaan dan kondisi rumah yang tidak selesa menyebabkan dia sukar untuk belajar. Sudah beberapa kali setiap kali dia kembali dari tempat belajarnya di universiti, dia mengeluh sebegitu. Ada lagi keluhan lain. Misalnya tiada kenderaan hendak ke tempat belajar. Kawan-kawannya katanya, mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana sekaligus memudahkan mereka untuk menelaah pelajaran dan urusan ke kelas.




Aku faham. Keadaan rumah yang tidak selesa memang boleh merencatkan mood untuk belajar. Tambahan lagi, jika sempit, bising dan tiada kemudahan belajar yang sesuai. Memang tidak dinafikan bahawa segala apa yang diperkatakan itu benar belaka. Namun, apa yang kita harus buat atau dia harus buat adalah cuba memaksimumkan sebaik mungkin kemudahan yang ada dan cuba belajar untuk bersyukur. Aku faham bahawa perkara itu susah apatah lagi, jika kadang-kadang manusia telah selalu berada di zon selesa.

Apa yang aku telah lalui sebelum ini sama juga seperti apa yang telah dia lalui. Atau aku biarlah aku bercerita secara umum sahaja supaya dapat dijadikan panduan samada untuk aku mahupun sesiapa yang terbaca.

Ketika aku sekolah rendah dan menengah bawahan, tempat belajar aku di rumah adalah di tangga naik ke laluan tingkat satu. Keadaan tangga yang mempunyai bukaan di ruang antara pemijak membolehkan aku memasukkan kaki ke dalam bukaan tersebut, seterusnya membolehkan aku meletakkan buku di atas pemijak tangga tersebut. Dapat dibayangkan bukan? Jadi, itulah tempat aku belajar selama beberapa tahun. Andaikata ada orang ingin naik atau turun tangga tersebut, terpaksalah aku 'berkemas' sedikit untuk melegakan ruang laluan.

Aku tidak tahu mengapa ketika itu meja belajar tidak ada disediakan oleh ibubapaku. Mungkin aku sendiri tidak berapa kisah belajar di antara ruang pemijak tangga. Dan, aku faham ketika itu, memang tiada ruang untuk menempatkan meja belajar. Kadang-kadang, baring di ruang tamu sambil belajar jika letih duduk terlalu lama. Sehingga aku masuk Tingkatan 4, aku terpaksa meninggalkan 'meja belajar' aku itu untuk duduk di asrama yang jauh lebih selesa daripada di rumah. Dan, ketika aku belajar di Pulau Pinang dahulu, aku tidak kerap balik walaupun kadang-kadang ada cuti semester atau cuti perayaan (yang kadang-kadang 3 hari tu) kerana aku lebih suka belajar di universiti yang jauh lebih selesa. Aku tidak merungut dengan keadaan rumah aku tersebut. Jadi, aku mengoptimumkan apa yang aku ada untuk mencapai keselesaan walaupun terpaksa berjauhan lama dengan keluarga.

Begitu juga ketika aku belajar di Shah Alam. Juga aku tidak kerap balik kerana faktor untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja atau assignment yang lebih selesa di rumah sewa (kerana ada meja!). Aku tidak suka menyalahkan keadaan jika ia tidak boleh diubah (dengan drastik), maka, aku sendiri yang berubah mengikut keadaan. Bak kata peribahasa, ikutlah haluan angin, ke mana ia menghembus, ke situlah padi akan terbang meliuk lentuk ditiup angin.

Seperkara lagi adalah kenderaan ataupun barang bantu belajar (contohnya komputer). Bukan tidak pernah aku suarakan kepada ibubapaku yang aku memerlukan komputer peribadi untuk memudahkan membuat kerja-kerja diberikan pensyarah, namun, dengan keadaan ketika itu yang tidak mengizinkan, maka, aku dinasihatkan untuk meminjam komputer kawan ataupun pergi ke perpustakaan siber.

Sudahnya, aku kumpul duit daripada latihan praktikal di sebuah kilang besi dan alhamdulillah, berjaya juga aku memiliki komputer peribadi yang aku guna sampai sekarang (sehingga saat ketika post ini ditaip). Tidak susah untuk kumpul duit dan tidak mudah juga untuk kumpul duit. Tapi, disebabkan ada target untuk dibeli, maka, usaha mengumpul duit daripada latihan praktikal kelihatan mudah dan lebih fokus.

Sekali lagi, aku ada menyuarakan hasrat untuk mempunyai kenderaan kepada kedua orang tuaku untuk memudahkan pergerakan aku ke kampus dengan tidak selalu menumpang motosikal kawan. Sedar ia mungkin tidak memberikan hasil, aku bekerja ketika cuti semester di sebuah kilang membuat pendingin hawa dengan ditemani beberapa rakan. Pengalaman yang ada ketika aku menjalani praktikal memang sangat membantu aku untuk memahami budaya kerja dan bagaimana untuk kita meletakkan sesuatu fokus untuk mencapai apa yang kita inginkan.

Hasilnya, aku berjaya membeli motosikal daripada kawan dengan harga RM1,500 yang mana, motosikal itu alhamdulillah, masih dalam keadaan baik sekarang. Motosikal ini amat membantuku yang selama ini menumpang motosikal rakan serumah untuk ke kampus. Kadang-kadang, kawan aku ni tertidur sampai tak terjaga pagi (belah malam dia jadi burung hantu, aku tak tahulah masalah apa dia ni), jadi, menyebabkan aku sendiri tidak dapat ke kelas kerana rakan-rakan lain ada yang tidak sama waktu atau motosikal mereka sudah penuh dengan pembonceng. Rakan aku yang selalu tuang kelas itu juga menyumbang kepada faktor aku untuk membeli kenderaan sendiri.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah manusia ini berasimilasi. Ia harus mengubahsuaikan diri mereka jika keadaan di sekeliling tidak dapat berubah untuk mereka. Rumah tak selesa, jadi pergilah belajar di kampus. Tiada kenderaan hendak ke kelas, jadi usahalah dengan apa cara sekalipun, untuk sampai juga ke kelas. Kadang-kadang ibubapa mungkin boleh membantu semampu mereka dan kita tidak perlulah memaksa mereka untuk membantu kita membeli itu ini. Adalah lebih baik kita berusaha sendiri, raih wang ringgit sendiri dan nikmati hasil yang kita usahakan itu sendiri kerana ia lebih manis. Ruang lingkup yang selesa juga mampu mematikan kita apabila kita terdedah dengan kesusahan secara tiba-tiba. Oleh itu, berasimilasilah ye.

Saturday, June 25, 2016

Vaksinasi

Isu vaksin kini tiba-tiba menjadi hangat. Sehangat tahi ayam yang melekat di bahu Najib Razak. Mengapa hangat?

Kerana adanya kematian melibatkan kanak-kanak yang tidak divaksin. Dan wujud satu status daripada seorang imam yang muda berkenaan isu itu. Masyarakat marah. Mereka mencarut. Mereka memaki hamun. Entah apa yang merasuk rakyat Malaysia sehinggakan seorang imam tidak lagi dihormati hanya kerana komen berkenaan vaksin. 

Masyarakat marah kerana beliau bukan ahlinya untuk memberi komen. Mengapa perlu marah? Bukankah kegemaran rakyat Malaysia untuk memberi komen dalam setiap perkara yang mereka bukan ahlinya pun? 

Jadi, keadilan perlu diberikan kepada imam muda itu. Jika engkau respek kebebasan bersuara, maka, terimalah pandangan beliau. Jika tidak setuju, beritahu saja tidak setuju dan sertakan hujah yang baik, lurus dan berilmu. Jangan memaksa orang untuk setuju dengan anda. Itu bukan konsep kebebasan bersuara. 

Aku bukanlah peminat rancangan realiti tv. Apatah lagi rancangan realiti tv yang telah 'diagamakan'. Tetapi, imam ini sudah berada di jalan itu dan tugas seterusnya adalah untuk berdakwah. Maka, dalam apa jua cara sekalipun, hormatlah dia kerana pastinya dia lebih berilmu (dalam hal ehwal agama) berbanding kita. Berhujah dengan baik dan lapangkan dada untuk menerima pendapat dia walaupun nampak seakan meninggi diri. Terima saja tanpa banyak soal.

Yang kita perlu fokuskan adalah terus menghina Umno. Penyesat sebenar kaum Melayu.

Tuesday, June 14, 2016

Sepuluh Tahun

Masuk haribulan 14 hari ini, genaplah usia Warkah Kembara (WK) menjadi 10 tahun 7 hari. Ketika aku memulakan WK 10 tahun yang lepas, aku hanya ingin mengisi masa lapang dan sekadar menukilkan pandangan aku yang ketika itu dilanda demam bolasepak Piala Dunia. Ya, tujuan utama WK ini sebenarnya lebih kepada bercerita perihal bolasepak. Namun, aku tahu, sedikit sebanyak, aku tidak boleh memendam rasa membiarkan diri sendiri sahaja yang tahu akan pandangan aku, maka, terlahirlah beberapa nukilan tentang kisah diri, perjalanan hidup aku, pandangan isu semasa dan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran.


Entri pertama yang sungguh merapu..

Bahkan, aku bukanlah berminat sebenarnya untuk menyampaikan isi pandangan aku untuk dijaja dan menawan orang terdekat atau sekeliling aku. Aku lebih suka kiranya pandangan aku itu dinukilkan secara bebas tanpa perlu menjaga hati sesiapa atau tidak terpaksa menurut sensitiviti yang perlu. Sebab itu, aku tidak mengkhabarkan kepada rakan-rakan tentang WK. Mungkin ada beberapa yang tahu, samada secara sengaja atau tidak sengaja, aku kurang periksa.

Menyentuh sedikit tentang era blog zaman 2006 tersebut, aku rasa blog adalah satu medium yang paling dekat dengan pengguna internet era itu. Ketika itu, Facebook tidak berkembang sehebat hari ini. Zaman tersebut adalah zaman Myspace, Friendster atau apa-apa sahaja laman sosial yang lain. Ada orang menulis di Myspace tetapi ia terhad dalam lingkungan rakan-rakan profil sahaja. Maka, adanya blog yang boleh diakses sesiapa menjadikan isi pemikiran penulis mudah disampaikan. Sebut sahaja nama penulis yang disegani ketika itu, pasti hari ini amatlah kurang mereka menulis di blog (suatu yang bagus adalah mereka sudah menulis buku!).

Untuk melengkapkan kewujudan WK ini, aku harus beri kredit kepada Mansur Shah yang telah merekabentuk header blog ini (yang sungguh comel) dan masih aku pakai hingga hari ini. Aku bersyukur kalau beliau sudi merekabentuk header lain sebagai suatu pembaharuan kepada WK (harapnyalah).

Aku tidak tahu berapa lama aku akan menulis di sini. Namun, aku yakin setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Aku berharap sempatlah aku merekodkan kembali tulisan-tulisan yang pernah aku garapkan di sini kerana ia bukan satu kerja mudah untuk mengumpulkan kembali tulisan-tulisan yang sudah berusia 10 tahun. Jangan risau, bukanlah aku hendak membuat buku atau apa, cuma mahu membaca kembali apa yang telah aku tulis (dengan merapu) ketika aku sedang duduk di beranda sambil menunggu cucu pulang kelak (itupun jika umur panjang, insyaallah).

Happy 10th Anniversary to Warkah Kembara!





Membuka Pekung



Dalam berita ini mari kita simpulkan beberapa perkara :

1. Dalam majlis pelancaran kereta, tiba-tiba kaitkan hal politik (Tun M), apahal?

2. Najib mengaku ada campur tangan politik sehingga menyebabkan Proton goyah. Ini satu pendedahan besar. Jika zaman Tun M ada campur tangan politik yang ketika itu diterajui kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mahathir, sememangnya Najib membuka pekung bahawa BN itu sendiri korup kerana suka campur tangan dalam sesuatu organisasi. Bila ada campur tangan yang sepatutnya membawa kebaikan tetapi menjadi sebaliknya, maka, apa makna campur tangan sehingga Proton menjadi goyah? Korupsi, kronisme, urustadbir celaka?

3. Najib mengaku bahawa kerajaan terpaksa campur tangan dengan memberi bantuan sehingga RM1.5 billion. Mengapa ada kegagalan dalam urus tadbir Proton sehingga ia menjadi goyah. Berbalik kepada point No.2. 

Ada campur tangan politik + Proton goyah = Wujud kegagalan urus tadbir?

Kesimpulannya, SPRM hendaklah dibawa masuk untuk menyiasat kegagalan Proton dan sebagai sebuah syarikat yang patut dikira sebagai bermasalah. Wujud campur tangan politik di era Tun M dan Najib perlu menjadi saksi di mahkamah.

Bermain Dalam Masjid

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat acapkali beberapa pandangan naik di FB tentang ketidaksetujuan mereka tentang pesanan-pesanan yang sentiasa ada di masjid. Pesanan tersebut berbunyi seperti di dalam gambar di bawah. 

Ya, memang betul hakikat orang kebanyakan sekarang bahawa tidak patut kanak-kanak dihalang daripada memasuki masjid. Bahkan ibubapa patut membawa anak-anak mereka ke dalam masjid untuk mendedahkan dan mendidik mereka tentang solat, kepentingan berjemaah dan sebagainya. Memang perkara ini bagus tetapi di Malaysia ini, ibubapanya tidaklah sepintar mana. Sebab itulah, masjid melarang kanak-kanak masuk ke dalam masjid.
Bawa anak masuk masjid itu bagus tetapi selepas itu, dibiar anaknya lepas laku, menjerit sana sini, berlari-lari sampai bunyi tapak kaki menganggu kekusyukan solat jemaah dewasa dan bermacam-macam lagi yang buat engkau rasa nak datang pada ibubapa anak tersebut dan tampar mereka kerana dungu dalam menjaga anak. 

Benarlah kata Prof Dr Muhaya bahawa, anak yang tidak baik, ibubapanya juga tidak baik. Sangat tepat ia ditujukan kepada golongan ibubapa yang tiada 'common sense' ini.

Penjual Khatira Yang Pasif

Tadi aku ingin membeli air khatira di satu bazar. Aku tengok satu peket berharga RM4. Aku merancang nak beli 3 peket untuk keluarga sekali. Jadi, aku pun mintak tawar dengan dia beli 3 untuk RM10. Diskaun RM2. Lama juga brader lewat 30an tu fikir. Lepas tu, dia tanya kawan dia yang mungkin bos dia. Kawan dia mula bisik-bisik sambil buat kira-kira. Aku rasa ada dalam 60 hingga 70 saat juga dia nak menerima tawaran aku tu. Akhirnya, dia bagi dua peket besar RM4 tadi dengan tambah satu peket kecil yang harga asal RM3. Jadi, harga RM11 dapat diskaun RM1.

Beberapa hari sebelum tu, aku ada beli air mangga yang cukup pekat dan padu di satu bazar lain. Sama jugak satu peket RM4. Aku macam biasa mintak beli 3 untuk RM10. Aku tawar dengan seorang budak perempuan yang aku rasa macam baru Tingkatan 1 atau 2. Masa aku tawar harga tu, dia pun tanpa fikir panjang, tanpa tanya sesiapa, terus angguk dan setuju untuk bagi diskaun RM2. 

Moralnya di sini, air khatira brader tadi dahlah tak sedap (rasa pewarna berlebihan), nak tawar menawar pun sampai nak kena tanya member. Apa salahnya kau buat keputusan sendiri macam budak sekolah menengah yang jual mangga pekat dan padu tu.

Broker Menjerat

Dalam FB, kita boleh lihat ramai penasihat-penasihat percuma yang memberikan nasihat yang nampak bernas tetapi kurang berpijak di alam nyata. Penasihat ni acapkali menasihatkan graduan muda agar membeli rumah sebelum membeli kenderaan terutamanya kenderaan baru. Betul, ini hakikat yang tidak dapat dinafikan. Tiada siapa menafikan kebenaran bahawa membeli rumah itu menguntungkan. Menguntungkan kerana banyak sebab. Antaranya, ia mendidik kau menjadi kapitalis dan menindas golongan bawahan.

Mari aku beri contoh. Penasihat percuma di FB ini siapa? Siapa kalau bukan broker hartanah. Berbaju kot, berpakaian kemas dan segak. Mereka inilah yang akan 'menghasut' graduan muda untuk membeli rumah. Kerana apa? Kerana mereka BROKER hartanah! Jika mereka peniaga pisang goreng, ada dia suruh engkau beli rumah dan beri nasihat percuma di FB? Mereka mungkin berjaya (tidak dinafikan), tetapi dengan cara buat seminar sana-sini, suruh orang hadir kelas atas nama usahawan muda dan pelbagai benda yang merapu dan hanya untuk memenuhkan kantung poket si kapitalis-kapitalis ini. 

Jika benar mereka ini power dan ikhlas, mereka selaku broker hartanah sepatutnya melawan sistem yang korup ni. Melawan sistem yang menekan pembeli. Mereka sepatutnya bangkit memperjuangkan hak rakyat yang masih mengidamkan rumah pertama. Tetapi, apa yang mereka buat? Sembang dalam FB, merembes air liur di seminar sana sini untuk golongan pertengahan sementara golongan bawahan masih lagi tidur di kaki lima. Apa engkau tak nampak apa yang berlaku?

Berbalik kepada alam realiti yang aku tuliskan tadi, mereka berkata bahawa kereta dengan bayaran bulanan sebanyak RM1200 boleh membeli rumah pangsa bawah RM200k. Masuk akal? Memang masuk akal tetapi lihat dahulu proses beli rumah itu bagaimana, proses beli kereta itu bagaimana? Ada pemuda dan graduan zaman sekarang mampu sedia downpayment 10% daripada RM200k?



Sunday, June 05, 2016

Memimpin Negara Maju

Suatu hari, bos aku menyuruh aku mencari sub-kontraktor yang boleh memasang pendingin hawa untuk satu projek ni. Aku cuba tanya orang-orang yang pernah aku pernah berurusan ketika di syarikat sebelumnya. Dengan mengikut prosedur sebetulnya iaitu dengan meminta sebutharga (quotation) dan sedikit senarai rujukan projek (project reference list) daripada mereka, aku kemukakan beberapa nama sub-kontraktor kepada bos aku untuk dia buat interview seterusnya membuat pilihan.

Ketika aku minta mereka beri sebutharga macam biasa, aku tak suruh mereka mark-up sebutharga bila projek ni dapat kat dia. Juga tak minta mereka 'percent' jika projek ni dapat kat dia. Dan akhirnya, projek memasang pendingin hawa ni dapat kat sub-kontraktor telah aku kemukakan dalam senarai beberapa nama kontraktor melalui pemilihan yang dibuat bos aku. Aku takde pengaruh apa-apa pada bos aku dalam membuat keputusan hatta 'memberi nasihat 25%' pun tidak. Apatah lagi nak minta upah atau 'percent' daripada yang berjaya tu. 

Bukan macam kau, duduk dalam pentadbiran organisasi dan kerja urus tender, lepas tu bocorkan harga tender dekat kawan-kawan kontraktor kau. Bila dapat kat kawan kontraktor kau, kau mintak 10 hingga 25% sebagai saguhati kononnya. Macamana negara nak maju bila harga asal projek terpaksa mark-up semata-mata nak bagi kat anak bini kau yang makan duit haram tu?

Konsep Sangka Baik Didikan Pemerintah

Kebelakangan ini, aku sungguh tak tahan melihat orang Melayu pasca GST ni yang bersungguh-sungguh membela jutawan Melayu, monarki dan orang-orang berpengaruh yang selalu menyebarkan keseronokan dan kemewahan kehidupan sosial mereka di dalam media sosial. Kehidupan sekarang ni bukan seperti zaman dahulu yang mana dahulu barangan masih rendah dan tidak ditekan dengan cukai celaka. Kehidupan kini adalah kehidupan yang menekan dan tidak berpihak kepada rakyat marhaen. 

Tetapi, yang menjadi persoalan adalah wujudnya golongan marhaen yang 'sering berfikiran positif', 'selalu bersangka baik', 'tidak berdengki', 'bermentaliti suka-hati-dialah-nak-post-apa' dan bermacam lagi yang korang mesti faham. Bukanlah aku ini terdiri daripada golongan yang berfikiran sebaliknya atau menentang perkara sebegini tetapi berpada-padalah dalam menunjukkan ketaksuban (yang diorang sendiri nafikan) terhadap golongan sebegini. Apabila semua harta benda nak ditayangkan di kala rakyat marhaen masih perlu membayar hanya untuk segelas ais kosong, masih lagi engkorang nak bermentaliti seperti yang disebutkan? Tak salah tapi tak kena tempat. Bahkan ia merosakkan lagi sistem menentang kebobrokan pemerintah yang sewenang-wenangnya membebankan rakyat di atas keborosan dan ketirisan mereka. Kerana apa ia rosak?

Masih ingat komen Najib bahawa GST diterima baik rakyat? Sebab apa dia berkata begitu? Sebab muncul jutawan-jutawan ini yang menayang harta dan engkau pula komen memuji, 'sangka baik' dan berseronok tumpang bangga atas harta yang mereka tayangkan.

Engkau ingat Najib dan geng cybertroopers dia tak baca ke komen jengkel kau?



Thursday, June 02, 2016

Syukur Apakah Yang Kau Dambakan?


Kadang-kadang ada benda dalam hidup ni kita boleh syukuri jika terjadinya lumrah kehidupan dan resmi alam. 

Tetapi, ada perkara yang patut kita lihat semula samada bolehkah kita mensyukuri dengan membabi buta atau patut sahaja kita bodohkan diri sendiri kerana memilih pemimpin yang babi.



Sunday, May 29, 2016

Meneladani James Brooke


Di sebuah perkampungan di kawasan Batu Kitang, terdapat satu perbualan terMahsyur antara dua beranak...

"Bapak..bapak...apa petanda dunia telah mengalami kebejatan?"

"Anakku. Dunia yang penuh kebejatan adalah apabila pemimpin yang kita semua puja berseronok dengan kehidupan mereka. Mereka cukup makan, bahkan terlebih daripada itu sehingga adakalanya mereka membuang makanan yang baru dijamah sedikit."

"Lagi pak?"

"Selain hidup mewah, mereka juga sebenarnya tidak pernah ambil peduli pun akan nasib rakyat seperti kita ni nak. Kerana yang penting bagi mereka, hanyalah bagaimana mahu menambah harta mereka sahaja.

Sudahlah, mari kita ambil air dari telaga yang jaraknya 1.5 km daripada pondok buruk kita ni. Bukankah, kamu harus segera ke sekolah anakku? Menuntut ilmu dan menjadi cerdik itu lebih mulia wahai anak...."

"Baiklah pak.."


Saturday, May 14, 2016

Tulisan Si 'Haters'

Ketika Johan Cruyff menerapkan bolasepak moden yang dikenali sebagai 'Total Football' ke dalam sistem bolasepak Belanda, tidak sekalipun beliau mendabik dada, menghina orang lain dan berkata, "Saya sudah 50 langkah ke hadapan."

Begitu juga dengan Sheikh Mansour ketika membeli Manchester City daripada ahli politik Thailand, tidak pernah dia memperlihatkan hartanya di page Manchester City FC. Bahkan, wajahnya juga amat jarang diperlihatkan di page tersebut. Belum ambil kira lagi jutawan-jutawan lain yang membeli kelab bolasepak. Tidak pernah pula mereka memperlihatkan hartanya atau kereta-kereta pemain mereka. Belum kira lagi yang terbaru ini iaitu Vichai Srivaddhanaprabha yang membeli Leicester City sekaligus merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Ada ketika, kita perlu bergerak belakang tabir dan bergerak senyap-senyap bagi memacu kejayaan. Dari sekadar muncul setiap hari atau setiap minggu semata-mata mahu membuat provokasi terhadap 'pendengki' kejayaan mereka. Pendengki akan tetap wujud dan ada di mana-mana. Orang yang bijak tidak akan mendengar kata-kata lawan mereka sebaliknya menumpukan fokus kepada kemajuan pasukan yang ingin dicapai. Apabila kata-kata haters sering dijadikan bahan untuk membuat provokasi kemudian hari, maka, ternyata provokasi sang haters sudah berjaya. Jika sebaliknya, maka, haters itu akan senyap juga di masa mendatang.

Betapa aku rindukan suasana bolasepak yang tenang sebagaimana sebelum ini.

70 Tahun UMNO

Semasa aku sedang tenang melihat sawah bendang yang terbentang luas sambil duduk di atas pangkin yang dibina guna duit biasiswa MARA, datang seekor monyet ke arah aku lalu bersila.

"Apa punya tak siuman orang sambut Hari UMNO ke 70 tu..", kata monyet tu sambil menggaru-garu punggung merahnya.

Aku sedikit kaget melihat beliau mampu bercakap namun aku berlagak tenang.

"Yelah, dah tertubuh sejak 1946 kan?"

"UMNO sekarang ni lahir tahun 1987 la bijak..", monyet tersebut meninggikan suara.

"Ah, siapa tak tahu. Tapi, ia tetap UMNO. Jadinya, mereka gunakan tahun lahir 1946 tu sebagai tarikh ditubuhkan. Tidak begitu?", soal aku.

"Bodoh. Aku bagi contoh JDT. JDT itu ditubuhkan tahun berapa? Mengapa mereka tidak sebut JDT lahir sebelum 2013 itu?"

"Hmmm....."

Sunday, May 08, 2016

Individualistik Dan Ketaksuban

Suka aku mengaitkan kisah Alif Syukri ni dengan politik kerana usahawan dengan ahli politik tidak jauh bezanya. Dua-dua mencari platform untuk mengembangkan pengaruh bagi ahli politik dan kekayaan bagi ahli usahawan. 

Terang-terang Aliff Syukri (dan isterinya) dalam PC mereka baru-baru ini berkata bahawa tiada siapa yang ingin melabur tanpa mendapat pulangan. Aku kira, ini adalah masalah kerosakan moral masyarakat hari ini. Walau benda ini sememangnya benar, tidak perlu engkau laungkan satu Malaya tentang niat kau itu. Rosak moral kerana apa? Tak perlulah aku huraikan lagi bagaimana sistem kapitalis berfungsi.

Satu lagi, masalah orang taksub dengan individu politik. Orang Kedah masih rindukan Mukhriz. Orang Sarawak dengan Adenan Satemnya. Kesemua ini semuanya najis Barisan Nasional. Namun, orang-orang dungu ini terlalu mengidolakan pemimpin mereka yang baik dan bagus itu sehingga terlupa apakah jenama 'seluar dalam' atau parti yang mereka duduki. Padahal, Mukhriz atau Adenan bukannya mampu menghalang PM Najib daripada melaksanakan GST, bukannya mampu menghalang daripada harga barang naik, kezaliman polisi kerajaan, ketidaktelusan urus tadbir negara, korupsi penjawat awam dan berbagai lagi yang berada di dalam tong najis Barisan Nasional. 

Yang mereka tahu, Adenan bagus! Mukhriz pemimpin rakyat! Bayar jelah GST asalkan kita ada kedua-dua ini. 

Dan pada akhirnya nanti, barangkali artikel ini akan dicemuh dengan perkataan 'dengki', 'irihati' dan 'melayu tak boleh tengok melayu lain senang'. Itu sahajalah zikir mereka.

Saturday, May 07, 2016

Kamu Halau Mereka Kerana Kamu Mahu Menghuni


"Syuhhh..syuhhh...!!"

Hamidah menghalau sekawan anjing liar dewasa yang merayau-rayau bersama beberapa ekor anak mereka. Hamidah risau akan keselamatan anak mereka yang baru berusia 4 tahun kerana Jamali anaknya itu, suka sangat bermain-main di luar. Khuatir digigit anjing, Hamidah segera mendapatkan suaminya.

"Abang ni nak sangat beli rumah kat sini. Banyak anjing liar tau kat sini!", Hamidah menjerkah suaminya tanpa berminat memberi salam.

Suami Hamidah, Abu Salam yang dari tadi tenang sahaja menekan butang kawalan jauh mengalih saluran TV lain bingkas bangun.

"Kejap, biar abang telefon pemaju kejap...," kata Abu Salam. Mungkin kerana tidak tahan dengan leteran isterinya hampir setiap hari berkenaan masalah anjing liar, beliau bingkas bangun mendapatkan telefon pintarnya. Sebaik memberi salam, Abu Salam pun terus menceritakan masalah yang mereka hadapi kepada pemaju perumahan mereka.

"Encik, jika risau dengan anjing, saya cadangkan encik berpindah sahajalah...", kata sang pemaju dengan nada selamba.

Abu Salam mula rasa nak meradang.

"Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, encik tidak patut jawab begini dengan saya. Apakah setelah encik seronok menerima bayaran daripada kami, maka, harus sahaja encik 'lepas tangan' atas perkara ini?"

"Maaf encik. Dunia ini perlumbaan mencari wang. Encik mampu membeli rumah di kawasan perumahan tersebut kerana encik ada wang. Disebabkan adanya orang macam encik ini, maka, kami selaku pemaju, hanya mengurus 'permintaan'. Encik tahu bukan konsep 'supply and demand'? Ada permintaan, maka, adalah pengeluarannya. Dan kami, hanya mengurus. Bukan tugas kami untuk mengurus anjing liar. Encik sendiri yang 'menghalau' penghuni habitat asal kawasan tersebut demi untuk encik dan keluarga menjadi pengganti habitat di situ."

"Celaka....", Abu Salam menghempas telefonnya ke bantal baldunya.

Tetapi, entah mengapa, herdikan itu seakan ditujukan buat dirinya sendiri.

Sunday, May 01, 2016

Tips Rendah Hati dari Si Genius


Walaupun benda ni simple dan dah banyak kali engkorang dengar, tetapi aku sendiri telah melalui beberapa pengalaman dan pemerhatian. Melalui pemerhatian terhadap orang sekeliling aku, antara faktor penyebab seseorang itu tak kaya adalah :

1. Suka dengki dengan orang yang lebih daripada kita.
- Contohnya dalam group wassap engkorang, ada orang pergi travel oversea dan post gambar percutian mereka. Dalam hal ni, engko perlu bertenang dan marahlah di dalam hati saja. Tak perlu sembang dengan orang lain hal mereka, tak perlu hasut orang lain pasal tingkahlaku mereka post gambar-gambar tu. Be cool dan simpan saja kemarahan dalam hati kerana mulut-mulut yang bercerita akan membuka seribu jalan kepada pertelingkahan lain dan nasib masa depan engko sendiri pun tak tahu macamana. 

Aku sendiri pernah mendengar dan menghadap kes macam ni di mana ada orang yang suka bising-bising pasal saudara mereka berjalan ke sana sini dan post gambar-gambar dalam group wassap. Kemudian, saudara yang bising-bising ni jugak yang bantu beliau dalam masalah kewangan. Sudahlah mengata orang yang lebih daripada kita, akhirnya, diri sendiri jugak terlungkup dari segi mengurus kewangan. Tambah buruk, diri sendiri malu akibat orang yang dihina tu jugak yang bantu engkau. Sedih bukan?


2. Tidak berfikir positif atas segala hal.
-Contohnya, dalam sekawan kawanan engkorang, ada beberapa yang suka menonjolkan diri. Ada yang suka bercerita hal diri sendiri berlebihan dalam group wassap. Walaupun engkorang marah dengan diorang atas tindak-tanduk mereka yang 'annoying' atau menjengkelkan itu, adalah lebih baik engkau sekali lagi ambil sikap berdiam diri dan marahlah di dalam hati. juga. Penceritaan kau pada orang lain kemungkinan akan membuka pekung engkau sendiri. Yelah, manusia kadang-kadang ada talam dua muka. So, lebih baik ambil jalan selamat dan rilek je.

3. Hentikan sifat suka memerli.
-Ini juga satu sifat yang buruk yang boleh membawa kepada perpecahan umat. Contohnya, ada beberapa orang dari selatan yang suka buat perkara pelik-pelik, lalu apabila kelakuan itu membangkitkan kemarahan beberapa orang, akan ada tindakan susulan yang mana lebih kepada 'menganjing' atau menghina kembali. Senang cerita, mereka hanya mahu tunjukkan kepada haters bahawa mereka lebih bagus. Aku bukan nak jadi orang macam dalam point No. 1 kat atas tu. Cuma, apa yang aku nak sampaikan, adalah lebih baik kita buat hal masing-masing dan jika ada haters, tak perlulah nak fokus sangat dengan isu yang haters bawakan. Itu hanya menunjukkan bahawa haters itu penting dalam hidup kau dan sekaligus menandakan bahawa haters itu telah berjaya menyusup dalam kehidupan kau. Kau bacalah buku Saiful Nang tu dan tengok berapa banyak dia tulis pasal haters berbanding dia bercerita pasal diri dan kehidupan dia. Tak ke memalukan namanya?

Setakat ni, tiga ajelah. Kalau ada, aku akan tambah.

Selamat menjadi rendah hati. Rendah hati takkan buat kau kalah. Rendah hati akan bukakan jalan kemenangan besar untuk kau di akhir nanti.


Buku dari PBAKL 2016

Tuesday, April 26, 2016

Belasah Dahulu Baru Soal Adalah Kegemaran Orang Melayu


Bab belasah orang sebelum soal siasat atau sebelum serah kepada polis ni memang dijuarai oleh Melayu. Aku di sini secara konsistennya sebelum ini telah mengkritik tindakan orang yang suka membelasah orang tanpa soal siasat, beramai-ramai menjatuhkan hukuman sendiri laksana monyet di rimba. 

Pada akhirnya, Melayu hanya berteriak....

"Eleh, kena kat mak kau, adik kau, bini kau, baru kau tau."

Bebal ayat apa ini yang keluar dari mulut kau ni? Jika kena pada saudara mara kau sekalipun, jalan terbaik adalah menghukum dengan hukuman undang-undang. Bukannya dengan tangan kau sendiri. Undang-undang tidak dicipta dengan sia-sia. Peraturan dalam agama juga tidak tercipta sia-sia. Kesan daripada membelasah orang tanpa sebab ni amatlah dahsyat. 

Kepada sang monyet di rimba yang berakal sebegini, bertukarlah segera menjadi hewan kerana manusia genius tidak memerlukan kamu.

Monday, April 25, 2016

Cerita Mini di Padang Arab


Pada suatu petang yang macam biasa, Saripudin bermain bolasepak dengan rakan-rakannya selepas balik sekolah agama belah petang. Dah nama pun main bolasepak, sudah tentulah bermain pada sebelah petang. Saripudin, Acap, Deraman, Jalil Mat Dom dan lain-lain memang selalu bermain di padang yang dipanggil Padang Arab. Mungkin kerana rupa padangnya yang tandus menyamai keadaan di negara Arab. Walaupun tandus rumputnya, itu tidak mematahkan semangat mereka semua bermain dengan semangat kesukanan dan penuh keikhlasan dalam bermain.

Masuk tahun baharu, datang seorang budak baharu yang baru berpindah ke kejiranan tersebut. Budak bernama Ismail ni adalah anak orang kaya. Rumah banglo di hujung simpang itu telah diubahsuai oleh kedua ibu bapanya dengan begitu cepat tanpa mengabaikan aspek keindahan dalam rekabentuknya. Ismail dengan tidak semena-mena telah datang ke Padang Arab bersama sepatu bolasepak berjenama Nike Tiempo II, berjersi Adidas original dan rambut dengan ber'pomade' disisir rapi. Tujuannya untuk berkenalan dengan Saripudin, Acap, Deraman, Jalil Mat Dom dan lain-lain serta ingin menyertai mereka bermain bolasepak.

Namun begitu, Ismail bukanlah seorang yang handal bermain bolasepak walaupun lengkap memakai pakaian berjenama mewah bersama sepatu bola mahal. Walaupun tidak handal bermain bolasepak, Ismail kerapkali bersembang kencang bahawa dia mampu lakukan perubahan terhadap bolasepak di dalam kejiranan tersebut. Ismail tidak berbohong. Sememangnya, Ismail telah mengotakan janjinya dengan beberapa perubahan di Padang Arab.

Bapanya sendiri telah membiayai bagi menukarkan padang tandus itu kepada padang berumput daripada jenis Bermuda Grass beserta dua set tiang gol aluminium. Manakala, rakan-rakannya mendapat sepatu bersama jersi Adidas original setiap seorang. Bukan itu sahaja, setiap rakannya juga telah dihadiahkan sebuah basikal daripada jenama Mountain Bike bagi memudahkan urusan mereka ulang-alik ke padang.

Biarpun begitu, perkara ini tidak digemari Saripudin. Saripudin bukanlah tidak suka kepada perubahan. Tetapi, Saripudin berasa jengkel melihat gelagat Ismail yang selalu mengemaskini laman sosial di Facebook mahupun Instagram dengan menayangkan perubahan-perubahan yang telah dilakukannya. Sambil update, Ismail kadangkala akan berselfie atau menyuruh Leman, si budak suruhan yang menjadi jurukamera tetap bagi Ismail mengambilkan gambarnya. 

Perubahan yang dilaung-laungkan Ismail mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan Saripudin yang lain. Apa tidaknya, dengan adanya Ismail, hidup mereka jadi senang. Ada basikal, jersi baru, sepatu baru dan macam-macam lagi kesenangan yang mereka dapat. Saripudin faham bahawa mereka semua jadi seronok kerana hidup mereka senang. Tetapi, bagi Saripudin, ia menjadikan rakan-rakannya lemah minda dan bersifat materialistik. Walaupun mereka selalu menang dalam beberapa pertandingan sejak akhir-akhir ini, ia ternyata tidak memberikan kepuasan buat Saripudin sehingga dia mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan yang telah Ismail bentuk.

Saripudin berpendapat, bolasepak tidak boleh digunakan untuk mengecap kekayaan segera atau dijadikan platform buat individu yang tidak ada 'jiwa' dalam bolasepak semata-mata hanya kerana mahu mengejar populariti. Perubahan memang perlu tetapi perlu ada teras dan tidak boleh mengorbankan falsafah di dalam seni bolasepak itu sendiri. Saripudin mahu melihat apakah pasukan yang dibentuk dengan limpahan wang ringgit dan material ini mampu bertahan dalam 10 tahun mendatang.


Nombor Ekor dan Saham


Sekitar aku darjah 4, aku dan beberapa rakan dalam perjalanan naik untuk masuk ke kelas bagi meneruskan sesi pembelajaran selepas tamat waktu rehat. Dalam perjalanan naik tangga tu, tiba-tiba Saiful (aku lupa nama sebenar dia) berkata,

"Eh, semalam bapak aku bagi duit belanja lebih. Tu yang aku belanja korang tadi."

Aizat, kawan aku pun menyoal, "Waa...yeke? Bapak kau baik pulak ye..", soal Aizat dengan jenaka kasar.

"Yela, semalam bapak aku menang loteri. Boleh tahan jugaklah dia dapat duit!", Saiful bercerita lanjut dengan muka kegirangan sambil membetulkan songkoknya yang berwarna putih. Dalam sekolah tu, hanya dia je yang pakai songkok berwarna putih dengan ada sulam-sulam.

"Eh, boleh ke main loteri ni? Macam nombor ekor tu kan?", aku pula menyoal.

"Mana adalah. Loteri ni samalah macam kau main saham tu ", Saiful memberitahu dengan penuh keyakinan.

Aku dan Aizat pun mengangguk tanda setuju.

Naif betul aku masa tu. Senang betul Saiful dan bapak dia memperkotak-katikkan anak dia. Dan kami berdua.


Sunday, April 17, 2016

Melayu Yang Lebih Sudu Daripada Kuah

Bab Ramasamy ni aku tengok orang Melayu pula lebih sudu daripada kuah. Dr Zakir Naik pun tak ulas apa-apa dan 'serang' pengkritiknya. Orang Melayu pulak sikit-sikit..

"Siasat dia!"

"Dakwa bawah Akta Hasutan!"

"Kenakan tindakan!"

Padahal, bukankah ini peluang baik untuk berdakwah pada non muslim dan tunjukkan ciri muslim yang tidak terkesan dengan kata nista malahan kita ajak mereka mengeteh sambil berbicara apa yang tersirat dalam hati?

Entah macamanalah agaknya kalau ada segelintir Melayu jenis ni yang hidup masa zaman Rasulullah SAW dilontar batu di Thaif.

Patuh Sistem


Kerapkali aku membaca di media sosial apabila ada antara rakanku yang bersuara keras menentang kezaliman dalam segenap sistem tidak kira di dalam politik, di dalam komuniti setempat atau lain-lain, aku akan membaca ayat seperti......

"Rilek ar bro. Takyah layan sangat benda remeh.."

"Kau ada anak bini bro. Takyah la nak lawan diorang sangat.."

"Kita hidup macam biasa je. Masing-masing ada tanggungan nak kena jaga.."

Jadi, adakah tugas melawan sistem hanya patut diberikan kepada anak muda sahaja? Adakah apabila sudah berkeluarga, kita perlu hidup macam biasa menjilat sistem dan menerima apa sahaja kebodohan sistem ibarat sang boneka bertali?

Tidak hairan ramai orang berusia akan end up di kedai makan melepak sambil mengutuk kerajaan sesama rakan sendiri, pergi ke masjid bersembang hal kampung masing-masing dan meneruskan kehidupan macam biasa. 

Kesian, patuh pada sistem mungkar.....
 
Google Analytics Alternative